SAHABAT BLOG

08 September 2011

Noramfaizul - Hero yang didendangkan

Aku tak mahu cerita lagi pasal kisah Mat Indera kerana dah buat kesimpulan bahawa Mat Indera itu seorang Komunis. Dalam komunis mungkin ada yang baik dan berakhlak dan Mat Indera mungkin salah seorang darinya kerana beliau seorang yang mendapat pendidikan Islam dan pernah bertugas sebagai guru Agama Islam, tetapi beliau tetap seorang komunis. Oleh itu sebagai seorang berfahaman komunis dan menganggotai Parti Komunis Malaya, walau sealim mana dan sebaik mana akhlak beliau, beliau tidak wajar diangkat sebagai salah seorang pejuang dan hero kemerdekaan negara.

Sekarang ini aku nak cerita pasal kisah Kelab Putera 1malaysia yang pergi ke Somalia. Memang betul Somalia itu sebuah negara yang sedang bergolak akibat perang saudara. Perang saudara ni dulu-dulu aku ingatkan perang sesama adik beradik. Rupa-rupanya perang sesama warganegara yang berlainan bangsa dan agama pun boleh dikatakan perang saudara. Dalam bahasa mudah jika perang saudara ini boleh tercetus apabila ada sekumpulan rakyat yang tidak puas hati dengan satu kumpulan lagi dan mereka pun bergaduh dan berperang. Perang saudara ni dasyat dan mengerikan. 

Pemerintahan yang lemah, takut untuk bertindak untuk menjatuhkan hukuman dan mengambil tindakan awal kepada punca-punca keganasan, memberikan terlalu besar ruang kepada kebebasan bersuara, memberi lesen pemilikan senjata api kepada rakyat secara berleluasa dan sebagainya   boleh menjadi punca kepada perang saudara. Alhamdulillah Malaysia yang telah merdeka selama 54 tahun berada di dalam keadaan aman sejahtera kerana kerajaannya berjaya untuk mengelakkan tercetusnya kejadian yang tidak diingini. Pembubaran Parti Komunis Malaya adalah kejayaan terbesar Kerajaan Barisan Nasional dalam usaha untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Komunis Malaya jika tidak dicegah dan dianggap sebagai musuh no 1 negara, ancamannya cukup besar. Mereka boleh merekrut kader-kader baru terutama para golongan anak muda sekarang ini termasuk golongan pemimpin PAS seperti Mat Sabu untuk menyertai gerakan mereka.

Somalia adalah negara yang sedang bergolak dasyat akibat perang saudara. Kesanggupan dan keberanian Datuk Azeez untuk pergi memberi bantuan kepada mangsa kebuluran Islam di Somalia sangat aku puji. Di ketika negara besar lain tidak berani untuk menghulurkan bantuan, Kelab Putera 1Malaysia sanggup bergadai nyawa untuk membantu mereka yang memerlukan. Walaupun banyak pihak yang mengecam Datuk Azeez di atas tindakan luar biasanya ini sehingga mengorbankan nyawa seorang jurukamera iaitu Allahyarham Noramfaizul, tetapi tanya balik kepada mereka yang mengecam dan mengutuk itu, apa yang mereka buat. Adakah hanya berdoa kepada Allah supaya diturunkan makanan dari langit kepada penduduk Somalia itu. Pepatah orang kampung aku ada mengatakan, " Capailah sebatang cangkul baru boleh tanya mana nak gali lubang".  Sekarang ni, ramai yang tanya mana nak gali lubang tetapi tangan masih berpeluk tubuh.

Ajal maut ditangan Allah swt. Setiap hari kita dikhabarkan dengan berita kematian di Malaysia. Ops Sikap yang baru habis baru-baru ini telah mencatatkan beratus-ratus kematian. Maknanya kematian itu boleh berlaku dimana-mana sahaja dan tidak mengira samada negara aman seperti Malayssia ataupun negara bergolak seperti Somalia. Waris allahyarham Noramfaizul boleh bangga kerana Noramfaizul meninggal dunia disebabkan tugas suci  membantu orang saudara sesama Islam yang kelaparan. Berapa ramai orang meninggal di negara aman Malaysia ini kerana terlibat dengan kemalangan. Nyawa mereka pergi begitu sahaja. Tiada penghormatan negara pun diberikan kepada mereka.

Syabas dan tahniah kepada Kelab Putera 1Malaysia kerana berani bergadai nyawa untuk membantu saudara sesama Islam. Kepada pihak yang mengecam tindakan Kelab Putera ini dengan pelbagai thomahan seperti nak cari glamour, nak menarik perhatian PM untuk jadi calon, riuh rendah dan sebagainya, aku nasihatkan supaya renung dan hayati pepatah orang kampung aku itu terlebih dahulu.

"Capailah sebatang cangkul baru boleh tanya mana nak gali lubang" dan bukannya berpeluk tubuh sambil sibuk komplen lubang yang telah digali tak cukup dalam dans ebagainya.

No comments: