SAHABAT BLOG

03 February 2013

Rakyat Tranung Wajib Baca...

Daripada berbelanja RM400 juta untuk memudahkan orang datang ke Tasik Kenyir, lebih baik jumlah tersebut dibelanjakan untuk membangunkan Tasik Kenyir itu sendiri supaya menjadi tarikan seluruh dunia. RM400 juta tu bukan jumlah yang sedikit,banyak tu dan pelbagai perkara boleh dilakukan untuk membangunkan tasik kenyir dengan jumlah tersebut.

Kalau tak percaya, cuba buka tender kepada konsultan, pelbagai cadangan menarik akan diberikan oleh banyak konsultan perlancongan dari seluruh negara dan seluruh dunia. Aku fikir, jumlahnya taklah sampai RM400 juta pun. 

Aku bukannya nak kondem, tetapi aku rasa pelik dengan idea kerajaan Tranung ni. Jumlah RM400 juta bakal digunakan untuk membina lebuhraya sepanjang 24 KM dari gemuruh ke Tasik Kenyir. Maknanya secara purata untuk membuat lebuhraya sepanjang 1KM memakan belanja RM16.7 juta.  Buat apa nak pendekkan perjalanan. Kalau pelancong datang menggunakan jalan sedia ada, secara tidak langsung perniagaan pinggiran jalanraya akan meriah. Restoran akan boleh bernafas. Kedai-kedai runcit pun bolehlah cari untung sringit dua. Kalau bina lebuhraya, tak ada satu benda pun boleh dibuat disepanjang pinggir lebuhraya. Rakyat pun tak merungut pun pasal jarak , apa yang mereka sungutkan pasal Tasik kenyir tak hebat di mata dunia. 

Aku tak tahulah kos sebenar untuk membuat lebuhraya, tetapi kalaulah sebegini  besar jumlah yang perlu dibelanjakan, aku fikir kerajaan patut memikirkan kembali pembinaan lebuhraya berkenaan. Dah banyak  jalanraya yang menghubungkan Tasik kenyir ke Kuala Terengganu. Bukan masalah jalanraya sebenarnya kenapa orang tidak ramai datang ke Tasik kenyir, tetapi Tasik Kenyir itu sendiri yang tidak menyediakan sesuatu yang menarik untuk mereka datang. Bayangkan jika terdapatnya sesuatu yang menarik orang ramai datang ke Tasik Kenyir, bukan setakat jalanraya, merendah hutan rimba pun ada yang sanggup datang. Contohnya Danau Toba, aku pernah pergi ke sana. Bukannya hebat mana pun tempatnya dan jalanraya pun teruk sangat, berliku-liku tetapi ada juga yang datang. Nama Danau Toba terkenal juga diserata dunia. Tetapi Tasik kenyir, terkenal ke di seluruh dunia??

Aku tidak mahulah perkara yang diperkatakan oleh bekas seorang tecknisen sebuah Syarikat kelas A yang dah bersara kepada aku baru-baru ini benar-benar terjadi. Dia kata, kalau kos sesuatu projek tu RM200 juta, RM50 juta adalah untuk pemimpin kerajaan (UMNO). Syarikat cuma dapat RM150 juta sahaja. Aku harap dakwaan beliau ini tidak benar. Akun tidak fikir pemimpin UMNO sanggup makan duit haram untuk memerintah negeri atau negara. Lagi teruk , dengan duit haram itu juga mereka menyara keluarga sehingga ke anak cucu. 

Ce baca berita di bawah dan perhatikan juga kasut yang dipakai oleh YB Rozi Mamat. Macam tak kena je beliau memakai kasut sukan dengan sepasang baju melayu lengkap. Ikut panda dialah. Harap-harap dia masih dicalonkan untukPRU 13 nanti. 

Malas aku nak edit, kalau ada salah silap tu, harap maaflah.

Bina Lebuh Raya Gemuruh-Kuala Jeneris RM400 Juta Tahun Ini


Projek pembinaan lebuh raya sepanjang 24 kilometer dari Gemuruh di Kuala Terengganu ke Kuala Jeneris di sini dijangka akan bermula tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata pembinaan lebuh raya dengan kos RM400 juta itu dapat memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa demi keselesaan penduduk dan pelancong yang ingin ke Tasik Kenyir.

"Pembinaan lebuh raya ini dapat dapat memendekkan masa perjalanan kepada 20 minit berbanding 90 minit sebelum ini dan harap kemudahan ini dapat merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan di Kuala Berang khususnya di Tasik Kenyir," katanya ketika merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul yang dihadiri 40,000 orang di Kuala Berang, kelmarin.

Beliau sebelum itu mengetuai perarakan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan dan berakhir di padang Astaka Kuala Berang yang turut disertai 225 kontinjen termasuk jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, sekolah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ahmad Said juga berkata sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013), kerajaan negeri akan membeli lebih banyak bot besar yang mampu memuatkan 100 penumpang pada satu-satu masa untuk ke Tasik Kenyir.

"Kita juga akan menyediakan pinjaman khas kepada pengusaha bot sedia ada untuk membeli bot yang lebih sesuai supaya mereka boleh menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelancong.

"Kita tidak mahu imej Tasik Kenyir tercalar dengan kemudahan pengangkutan air yang tidak efisyen, malah mahu pengusaha bot sedia ada mengutamakan kebersihan sepanjang berurusan dengan pelancong," katanya.

Mengulas mengenai kehadiran 40,000 penduduk setempat ke majlis itu, Ahmad menegaskan ia adalah manifestasi sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Pembangkang tak akan hadir dalam majlis seperti ini, yang datang hanyalah mereka yang memberi sokongan kepada kerajaan dan saya yakin Parlimen Hulu Terengganu akan terus menjadi milik BN serta merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir," katanya.


4 comments:

dinturtle said...

adeeeh ...

Bagus point saudara.

Walet Bumiputra said...

jangan budus sangat.....kos ni termasuk ambil alih tanah rakyat...bukan seperti kelantan main rampas je tanah rakyat untuk diberikan kepada tauke2 cina....

putrarahman said...

Aku kata, kalau mahal tinggi sangat buat lebuh raya, baik fikir semula.
Lagi satu, kalau terpaksa ambil tanah rakyat walaupun dibayar pampasan, lagilah kena fikirkan semula.

Lagipun kalau setakat nak pegi ke Tasik Kenyir tu, banyak jalan boleh lalu. LPT pun ada.

Kat mana budusnye...artikel aku ni..

Anonymous said...

Dasar air tasik kenyir kena taburkan batu2 ataupun konkrit + unsur2 pemantul cahaya utk menjernihkan pemandangan aie ke dasar tasik tersebut.kalau tak boleh buat anggap aje la projek tasik kenyir gagal sbb tak mampu bersaing dgn tasik toba.Infaskuktur ok tapi tak mampu menarik minat fitrah manusia iaitu pemandangan alam dan dasar tasik yg indah.