SAHABAT BLOG

17 May 2013

3 Pilihanraya Kecil (PTK) Sedang Menanti....

Perkembangan terbaru yang sempat aku rumuskan ialah, 3 pilihanraya kecil bakal diadakan sehingga hujung tahun ini. PRK pertama ialah Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi oleh DS Anwar. Sebagaimana diketahui, beliau akan menghadapi kes liwat yang belum berkesudahan dan akan dibicarakan di Mahkamah Rayuan dalam bulan Julai ini. Jika beliau di dapati bersalah (besar kemungkinan beliau akan di dapati bersalah), maka PRK terpaksa di adakan kerana sudah tentu hukuman yang bakal diterima oleh beliau akan menghilangkan kelayakan beliau untuk menjadi seorang Ahli Parlimen.

PRK kedua pula ialah di Parlimen Pandan di mana YB Rafizi bakal menghadapi perbicaraan kerana membocorkan rahsia berhubung akaun milik NFC. Dengar ceritanya beliau dituduh bersama-sama dengan kerani bank yang bersubahat dengan beliau. Kalau beliau di dapati bersalah, hukumannya boleh menyebabkan beliau akan kehilangan gelaran YB. Mungkin lewat sikit berbanding DS Anwar kerana baru diperingkat rayuan untuk membatalkan pertuduhan.

PRK ke 3 pula ialah di DUN Seri Setia Selangor dimana ADUN di kawasan tersebut iaitu YB Nik Nazmi telah di dakwa di mahkamah kerana kesalahan Akta Perhimpunan Aman. Kalau di dapati bersalah, beliau juga akan kehilangan gelaran YB.

Itu baru 3 kes. Belum lagi kes Pencerobohan Lahad Datu. Aku percaya sekarang ini pihak pendakwa sedang menyiapkan kertas pendakwaan untuk mendakwa beberapa YB dari Pakatan Rakyat.

Sedang Blackout 505 masih berlangsung, aku fikir akan ada lagi pemiimpin pembangkang yang akan di dakwa. Lagipun Pendakwaan ke atas Nik Nazmi itu adalah amaran awal oleh Menteri Dalam Negeri yang baru. Beliau ingin membuktikan bahawa beliau bukan seorang 'pondan' dan bukannya menteri 'amaran'.

Kita tunggu jelah, apa yang berlaku. Dalam kes DS Anwar tu aku dah ulas sebelum ini bahawa hanya jawatan PM sahaja yang boleh menyelamatkan beliau dari meringkuk dalam penjara buat kali kedua.

15 May 2013

Kenapa PR Beria Sangat Menolak Keputusan PRU 13 Terjawab.

Adakah Anwar mahu Obama tangani demokrasi di Malaysia sebagaimana USA tangani di Iraq. kalau itulah yang dimaksudkan oleh beliau semasa ucapan 505 di kuantan, negara dan rakyat sebenar sedang menghadapi suatu keadaan yang menuju kepada kemusnahan.

Bagi aku, jika Pakatan Rakyat beranggapan bahawa demokrasi telah mati di negara ini, aku fikir mereka telah melakukan perbuatan yang sia-sia dengan menyertai pilihanraya. Bukan sahaja membazirkan masa, malahan membazir wang ringgit. Apabila mereka turut serta di dalam pilihanraya malahan berjaya memenangi kebanyakkan kerusi samada parlimen ataupun dun, ini bermakna mereka, mengiktiraf sistem demokrasi dalam negara ini.

Oleh yang demikian, mereka tidak boleh mendakwa bahawa demokrasi sudah mati dan meminta campurtangan asing hanya disebabkan mereka tidak berjaya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan. Bagi Rakyat yang rasional dan masih belum diracun fikirannya, boleh memikirkan perkara ini dengan waras.

Perbuatan Anwar & Geng Ni sebenarnya sesuatu yang amat merbahaya kerana mereka sanggup untuk menggunakan kuasa asing untuk merampas kuasa. Perbuatan ini hanya sanggup dilakukan oleh pengkhianat negara. Jika pengkhianat negara dibiarkan, aku fikir negara kita yang tercinta ini akan hancur Dan musnah sepertimana yamg dialami oleh Iraq.

Disisi lain, aku tertanya2,kenapa Anwar beria sangat menolak keputusan pru 13 ini sedangkan pada masa yang sama,pemimpin Pas pasrah dengan kekalahan ini & pada masa yang sama juga Timbalan Presiden PKR juga telah redha menerima keputusan ini. Adakah Anwar dilihat terlalu mengidamkan jawatan pm. Apakah yang beliau ingin lakukan jika,menjadi pm. Adakah ini ada kaitannya dengan kes liwat beliau yang masih belum selesai yang akan dibicarakan di peringkat mahkamah rayuan. Aku pun tidak boleh membuat sebarang komen, masing-masing boleh membuat andaian sendiri.


14 May 2013

Akta dan Mahkamah Perlembagaan Negara Bakal Diwujudkan?

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara Dan ianya menjadi kitab utama bagi setiap warganegara. Sudah tentu isi kandungannya hendaklah dipelihara dengan sebagus mungkin supaya kehormatan perlembagaan itu sentiasa dipelihara.

Namun demikian,sentiasa sahaja ada pihak-pihak yang secara jelas telah mencemar Dan melakukan perbuatan yang menghina kemuliaan perlembagaan.

Pihak-pihak ini tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja. Merrka hendaklah dihukum kerana tindakan mereka mencemarkan perlembagaan.

Bagi tujuan memberi hukuman kepada pesalah perlembagaan,aku cadangkan supaya diwartakan,satu akta bagi melindungi kemuliaan perlembagaan. Akta Perlembagaan persekutuan ini hendaklah bertujuan memelihara perlembagaan dan menghukum mereka,yang bersalah berdasarkan akta ini.

Mungkin aku tersilap, rasanya tidak ada akta khusus yang bertujuan memelihara perlembagaan persekutuan. Bagi mereka yang mencemar dan menghina perlembagaan,setahu aku,mereka akan dibicarakan berdasarkan akta hasutan dan sebagainya.

Disamping itu juga, satu mahkamah khas hendaklah diwujudkan bagi mengendalikan kes-kes yang didakwa dibawah akta perlembagaan ini. Aku percaya dengan adanya akta dan juga mahkamah ini, maka tidak ada Rakyat negara ini ataupun sesiapa sahaja boleh terlepas jika menghina Dan mencemar perlembagaan negara.

BN, mesti buat petisyen kawasan kalah...

Pakatan Rakyat sedang berusaha dengan bersungguh untuk ambil alih Putrajaya Dari BN. Mereka sanggup untuk melakukan perkara yang melanggar undang-undang asalkan hasrat mereka tercapai. Dimulai dengan perhimpunan ditempat tertutup, tidak mustahil mereka akan merebak ke jalanraya, jika sekiranya perhimpunan mereka yg dipanggil 505 itu tidak berjaya.

pada mass yang sama mereka juga sedang. Merancang untuk membuat petisyen di 27 kawasan yang mereka kalah tipis dengan harapan keputusan petisyen itu Nanti akan memihak kepada mereka. Walaupun aku percaya bahawa tindakan mereka tersebut bakal sia-sia, namun BN hendaklah jangan memandang ringan kerana itu merupakan satu ancaman kepada bn. Oleh yg demikian, bn hendak mengambil tindakan yang sama dengan membuat petisyen di kawasan yang bn kalah tipis.

BN hendak melaksanakan gerak kerja untuk mengumpul bukti Dan maklumat untuk dijadikan bukti petisyen itu nanti.

Kalau dibuat kajian, kenapa pengundi cina hampir 90 %menolak bn. Tidak logik rasanya perkara ini berlaku dalam keadaan ekonomi negara tidak menghadapi masalahsemasa pemerintahan Najib. Sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena dimana-mana sehingga perkara ini terjadi.

Tentu ada sesuatu yang dilakukan oleh pihak pr sehingga perkara ini berlaku. Bn tidak boleh hanya menerima dengan berlapang dada sahaja tanpa disiasat.
.


 

12 May 2013

Apa lagi Pakatan Rakyat Mahu?

Aku tertunggu-tunggu bile lagi Anwar & the gang hendak buat demostrasi jalanan bagi membantah keputusan Pru 13. Stakat buat perhimpunan di stadium tu tak jadi apa bro. Buatlah perhimpunan setiap hari pun, yang akan perginyer muka-muka yang sama je. Kalau buat demonstrasi jalanan lagi gempak bro. Barulah negara jadi huru hara. Bukankah itu memang niat PR iaitu hendak menimbulkan huru haraa dan menghasut rakyat

Minta maaf pak polisi, aku bukan menghasut, tetapi saja hendak perli muka-muka tembaga pemimpin pr yang tak tau malu. Kalau tak silap aku, Nabi SAW ada bersabda bahawa jika sudah hilang malu dalam diri seseorang itu, maka dia sanggup buat apa sahaja. Jadi aku fikir, pemimpin pakatan rakyat mungkin ditarik perasaan malu dalam diri mereka sehingga sanggup mengadaikan maruah masing-masing.

Aku sebenarnya meluat bebenor dengan perangai pemimpin pakatan rakyat ni. Kalau dah kalah tu terima jelah keputusan rakyat. Memang benar peratus rakyat yang memihak kepada mereka lebih besar berbanding BN, tetapi majoriti itu disumbangkan oleh satu bangsa sahaja. Dalam lain perkataan, hanya satu bangsa adalah penyumbang terbesar undi popular Pakatan Rakyat.

Tidak ada kemungkinankah bangsa tersebut akan menuntut lebih kerana mendakwa mereka lebih popular. Apa dorang ingat Pru ni macam anugerah bintang popular berita harian. Siapa yang mendapat undi paling banyak, maka dialah yang paling popular dan diistiharkan pemenang. kalau macam tu, nampaknya kita kena ubah sistem pru kite dengan mengambil anugerah bintang popular berita harian sebagai benchmarking.

Penipuan, rasuah dalam pru 13 hanya rekaan pemimpin pakatan rakyat semata. Kalau betul bn dan spr menipu, kenapa kemenangan bn makin merosot. Adake orang sengaja menipu untuk rugi diri sendiri. Kalau pakatan rakyat yang menipu dan main kotor ada munasabahnya kerana mereka yang berjaya  dan menambah kerusi. Lagipun, ejen-ejen calonyang dilantik  buat apa, tidurke sehingga tak berjaya mengesan penipuan yang berlaku jika ada.

09 May 2013

MB Selangor wajar ditentukan,berdasarkan undi popular

aku percaya sehingga berita ini ku tulis, Mb selangor masih belum diputuskan. Sekarang mereka tentunya masih tercari siapa calon terbaik untuk dilantik. Aku cadangkan supaya rakyat selangor menilai siapa diantara pas dan,pkr yang mendapat undi popular. Memang benar pas mendapat lebih satu kerusi berbanding pkr, tetapi jika dicampur jumlah keseluruhan undi yang diperolehi pas belum tentu ianya lebih banyak berbanding pkr. Jika diperingkat nasional, pr mendakwa mereka yang lebih popular berbanding bn, maka kenapa tidak menggunakan kaedah,ini untuk memilih Mb selangor.

 
 

08 May 2013

MB Selangor...PAS bakal Dikhianati di Selangor DAP???

Aku sebenarnya malas nak komen pasal MB Selangor ni. Namun demikian situasi sekarang ini amat menarik untuk diberikan komentar. Siapa bakal MB yang baru. Kalau dilihat komposisi parti yang memenangi kerusi dan juga kalau dilihat kepada keperluan semasa, Parti PAS adalah lebih layak untuk dilantik sebagai MB yang baru. Sebagaimana diketahui MB hendaklah seorang Melayu Islam. Dengan DAP tidak ada sorang pun ADUN yang beragama Islam, maka peluang itu terbuka kepada PAS dan PKR.

Jika dilihat kepada PAS dan PKR, masing-masing memenangi 15 dan 14 kerusi. Maknanya PAS lebih 1 kerusi berbanding PKR. Dari segi heirakinya , PAS adalah lebih layak untuk dilantik sebagai MB. Namun demikian jangan lupa perana  DAP. Mereka juga ada peranan untuk memberikan restu kepada parti mana yang bakal menjadi MB. Sudah tentu mereka juga inginkan seorang MB yang mempunyai visi dan misi yang paling hampir dengan mereka. Kalau tidak silap aku, DAP sudah pasti akan menyokong PKR. Jadi pilihan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. PAS tidak boleh buat apa-apa kerana itu adalah keputusan teramai. Dalam masa yang sama ADUN BN tidak boleh membantu. Jadi terpulang kepada Sultan untuk merestui siapa yang baginda restui untuk menjadi MB. Sultan tidak terlibat dengan politik. Baginda hanya mahukan seorang MB yang boleh menjaga negeri dan membawa kesejahteraan rakyat baginda. Jadi aku tidak fikir Sultan akan campur tangan. Baginda akan merestui siapa sahaja yang dipilih oleh Parti kecuali jika baginda mendapati ADUN tersebut mempunyai moral yang kurang bagus. Jadi Azmin Ali aku fikir tidak akan direstui oleh Baginda.  

Dengan menyokong PKR, bermakna PAS terlepas peluang untuk menjadi MB. Ianya membawa maksud tersirat bahawa DAP telah mengkhianati PAS kerana kenapa DAP tidak menyokong PAS sedangkan PAS memiliki kerusi yang lebih besar berbanding PKR. PAS akan menerima sahaja apa jua keputusan yang diputuskan kerana itu memang sudah menjadi adat di dalam sebuah Pakatan. Suara majoriti suara dituruti. Jika PAS membantah, bermakna PAS telah ingkar. Hubungan akan menjadi keruh dan jika PAS di singkirkan dari Pakatan, DAP dan PKR masih boleh membentuk kerajaan.

07 May 2013

Ini Kalilah.......

Ini kalilah..ha ha ha.
Ini kalilah ..he he he.
Ini kalilah..hu hu hu...

Pertanyaan yang mencabar minda anda. Mana lebih hebat, slogan "1Malaysia" ataupun slogan "Ini Kalilah". Bagi akulah, slogan "Ini Kalilah" lebih hebat, lebih transformer .

Slogan 1Malaysia dah berkumandang selama 4 tahun tetapi hasilnya amat menyedihkan. Minta maaf DS Najib, inilah realitinya. Lihatkan apa yang dilakukan oleh kaum cina dalam PRU 13.

Slogan "ini kalilah" hanya diperkenalkan kurang dari sebulan yang sudah. Hasilnya cukup hebat, cukup power, cukup mengujakan. Ianya telah mentransfomer kaum Cina hampir 100%.

Jika benarlah slogan "ini kalilah" ini cukup berkesan, maka DS Najib bolehlah meminjam slogan ini untuk digunakan dalam beberapa perkara untuk melihat keberkesanannyan. Antara perkara yang aku boleh cadangkan seperti di bawah:-


Ini Kalilah...
Orang Cina telah memberi makna kepada perjuangan politik mereka. Kalau orang melayu tak faham-faham lagi, aku tak tahulah apa nak labelkan dorang ni.

Ini Kalilah..
Orang Melayu tahu sejauh mana semangat setia kawan orang Cina. Kesian MCA dan Gerakan. Mereka telah dikhianati oleh ahli mereka sendiri.

Ini Kalilah..
Orang Cina tak memerlukan Barisan Nasional lagi untuk membela nasib mereka. Aku bengang dan geram bila melihat majoriti yang diperolehi calon DAP. Kalau majoriti lebih kurang aku tak kisah sangat, tetapi majoriti melampau sangat.

Ini Kalilah..
Orang India melakukan tindakan bijak dengan memihak kepada BN setelah kecewa dengan layanan DAP dan PKR. Nasib baik India menjadi penyelamat di sesetengah kawasan seperti di Cameron Highland.

Ini Kalilah...
Masanya UMNO dan PAS wajib bersatu demi mempertahankan kuasa politik Melayu Islam agar tidak tergugat. Aku harap kedua-dua pemimpin UMNO dan PAS berfikir dengan akal dan bukan dengan nafsu bila berbicara tentang survival orang Melayu Islam.

Ini kalilah..
Orang Melayu dan bumiputera Luar bandar dan India  dibantu untuk memajukan diri. Mereka telah menunjukkan bahawa mereka adalah kawan sejati BN.

Ini kalilah..
Orang Melayu Luar Bandar menunjukkan sokongan mereka kepada UMNO dan menolak PAS dan PKR.

Ini Kalilah..
Masanya UMNO ambil balik kawasan Melayu yang diberikan kepada MCA kerana MCA sudah tidak mampu lagi menjaga kawasan yang dihadiahkan kepada mereka. PRU 14 nanti, pembahagian kawasan bergantung kepada majoriti penduduk. Kalau Melayu majoroiti, maka calon UMNO yang wajib bertanding.

Ini Kalilah..
Anak-anak muda Melayu dan India diberikan segala bentuk bantuan untuk memulakan sekecil-kecil perniagaan sehingga ke sebesar-besar. Orang Cina tidak perlukan bantuan lagi kerana mereka sudah boleh berdikari.

Ini Kalilah..
Anak-anak muda Cina digalakkan untuk meneruskan kehidupan mereka tanpa bergantung harap kepada kerajaan BN. Harap mereka berjaya seperti selalu.

Ini Kalilah..
Masanya MCA tiada  wakil dalam kabinet sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Mungkin juga sorang dua Cina dari Sarawak akan dilantik. Cina Sarawak lebih bersifat kenegerian.

Ini kalilah..
Masanya Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah-Sekolah Pondok dibantu sepenuhnya, tidak ketinggalan juga Sekolah  Jenis Kebangsaan Tamil.

Ini kalilah..
Masanya aku kena start bayar hutang PTPTN yang tertangguh buat seketika. Nasib baik belum black list..ha ha ha ha. Kalau PR menang tak payah bayar...Tapi takkan aku sanggup gadai masa depan anak cucu aku dek kerana hutang beberbelas ribu tu.

Ini kalilah..
Masanya BN pening kepala memikirkan bagaimana hendak mengembalikan sokongan kaum Cina kepada BN.

Ini kalilah..
Masanya aku mula memikirkan samada hendak bertanding jawatan Ketua Cawangan ataupun tidak.

Ini kalilah...ini kalilah... banyak lagi sebenarnya.



06 May 2013

6 Cadangan Putrarahman kepada DS Najib.

Ohhh...lega rasanya kerana pertarungan telah tamat. Terbukti BN masih diberi kepercayaan untuk menerajui Malaysia untuk tempoh 5 tahun lagi. Banyak benda yang tidak disangka sebenarnya berlaku dalam PRU13 ni. Maklumlah aku bukannya membuat analisa dengan teliti pun. Aku jangkakan kemenangan yang akan diperolehi oleh BN dan PR hampir sama iaitu perbezaan yang terlalu sedikit. Maklum sahajalah, kalau kita lihat akhir-akhir ni, PR begitu mendabik dada bahawa mereka bakal menawan Putrajaya. Gerun juga aku mendengarnya. Rupanya habuk pun tara. Bahkan parlimen Putrajaya yang digegarkan dengan ribuan pendengsar semasa ceramah PR pun hanya sekadar masuk angin keluar asap. 

Namun kalau aku lihat secara kasar, aku dapati bahawa pengundi melayu terutama pengundi luar bandar cukup berterima kasih kepada BN. Terima kasih daun keladi.ha ha ha. Namun demikian, melayu bandar ataupun melayu pinggir bandar, mereka sudah tidak sabar hendak tukar kerajaan. Kalau 2008 mereka sokong BN, tetapi tahun 2013, mereka berpaling tadah menyokong pembangkang. Contoh di negeri aku iaitu Terengganu. Semua DUN termasuk Parlimen yang mempunyai pengundi bandar dan pinggir bandar di sapu bersih oleh PAS dan PKR. Nasib baik pengundi di hulu yang jauh dari bandar masih setia kepada BN. Orang luar bandar ni lebih pandang kedepan berbanding orang bandar. Orang bandar ni kira nak ubah je, tak kisahlah apa bakal berlaku, mereka tidak peduli. Janji ubah. 

Orang Cina. Ada orang kata "Chinese Tsunami". Apa yang boleh aku katakan kepada pengundi Cina. Hampir 90 % dari mereka adalah rakan atau teman yang tidak boleh dipercayai. Apabila ada peluang baik, mereka sanggup tinggalkan rakan dan bukan setakat tinggalkan rakan, tetapi sanggup tikan dan hentam rakan yang telah bersama-sama mereka selama ini. Inilah yang berlaku kepada Cina MCA. Semasa BN kuat dahulu, merekalah yang menjadi rakan setia BN untuk menentang DAP. Akan tetapi bila DAP menjadikan "ini kalilah" Putrajaya akan berubah kepada Pakatan Rakyat, Cina MCA ni telah berpaling tadah. Mereka melihat ini kalilah peluang mereka untuk melepaskan diri dari cengkaman UMNO dalam pemerintahan negara. Mereka sudah tidak sanggup lagi untuk diberikan peranan sebagai Timbalan dalam apa jua kementerian, maka mahukan jawatan yang lebih besar. Maka tidak hairanlah mereka tanpa ragu dan dengan begitu bersungguh-sungguh menolak BN dan memilih PR. Bukan sorang dua, atau seribu dua, tetapi hampir 99% (aku agak je) Cina memilih PR dalam PRU 13 ini. Mereka tak peduli calon tu Melayu atau India, yang penting PR, mereka akan pilih. 

Berbeza dengan kaum India. Sokongan mereka kepada BN semakin meningkat. Sebenarnya kaum India ni tak ramai dalam Malaysia ni. Mereka cuba bergantung kepada DAP, mereka dipinggirkan. mereka cuba bergantung kepada PKR, mereka dipinggirkan. Akhirnya mereka kembali kepada BN. Sekurang-kurangnya ada juga kaum mereka yang mkenjadi Menteri dan Timbalan menteri. Terbela juga nasib mereka. Kalau nak mengharap lebih susahlah. 

Jadi saranan aku kepada DS Najib:-

1. Orang Cina usahlah dijadikan teman atau kawan yang boleh dipercayai kerana kalau mereka ada peluang, mereka akan sabotaj dan hentam kawan. Ini terbukti dalam PRU 13 ini.

2. Orang Melayu dan bumiputera Sabah/Sarawak luar bandar hendaklah diberikan keutamaan kerana terbukti merekalah penyokong kuat BN dalam PRU 13 ini. Tanpa sokongan  mereka, BN bakal kecundang. Orang Melayu bandar pula, pandai-pandailah hendak tarik kembali sokongan mereka. 

3. Orang India ni kena dibantu kerana terbukti mereka kembali memberikan sokongan kepada BN. Namun kenalah tengok-tengokkan kerana mereka pun bukannya boleh dipercayai sangat. Kalau DAP dan PKR kembali menerima mereka, tidak mustahil mereka akan kembali kepada PR. Pakatan Rakyat sedar bahawa mereka rugi besar tanpa sokongan kaum India kali ini.

4. Di Terengganu tu, iaitu Negeri Kelahiran aku, usah ditukar MB sedia ada. Bukan bermakna dia bagus sebenarnya dia tidak bagus pun kerana kalau dia bagus takkan Terengganu hampir jatuh kepada PAS. Bimbang kalau tidak dilantik semula, dia buat perangai keluar parti dan menyokong PAS. Jadilah macam kes di Perak dulu. Jadi walaupun tak bagus, kena terima hakikatlah. Bila dah masuk 4 tahun, bolehlah tukar dia dengan orang lain pulak.

5. Aku janji yang dibuat dalam manifesto BN hendak dilaksanakan. Kalau boleh utamakan janji-janji untuk rakyat luar bandar dan kaum India. Yang lain-lain tu "lain Kalilah". 

6. Akujanji kepada Sekolah Cina kalau ada,  tangguhkan dahulu, kerana kalau beri atau tidak beri pun mereka tetap sokong PR. Jadi lebih baik tak bagi. Agihkan peruntukkan itu untuk diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tamil. 

Putrarahman mohon mencadangkan. Sekian Terima Kasih.


















03 May 2013

"Goncang Dulu Maa".... Baru ada Ummph....

Komen aku ada di bawah artikel bodoh Guang Eng ni. Sebelum tu baca kenyataan bertaraf budak degil oleh Guang Eng ni,

Guan Eng pertikai goncang botol
Wartawan Sinar Harian
3 Mei 2013
Guan Eng pertikai goncang botol
Guan Eng (tengah) pada sidang media, semalam.
JOHOR BAHRU - Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengenai botol dakwat kekal perlu digoncang terlebih dahulu supaya kesannya tahan lama dipersoalkan Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kenyataan SPR tidak masuk akal dan mempersoalkan jenama yang digunakan sehingga terpaksa digoncang terlebih dahulu bagi mendapat kesan yang tahan lama.

“Sungguh tak logik. Kenapa dakwat kekal perlu digoncang dahulu baru boleh pakai?

“Berapa kali perlu digoncang? Sejam sekali atau dua jam sekali? Jadi, ejen tempat mengundi sekarang kena goncang dahulu baru boleh pakai?” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Guan Eng berkata, DAP mengecam permainan yang cuba dibuat SPR yang secara sengaja mempermainkan proses demokrasi di negara ini.

Menurutnya, SPR seolah-olah tidak menghormati apa yang telah diputuskan rakyat kerana pilihan raya mesti berjalan dalam proses yang bersih, adil dan bebas.

“Perkara ini akan mungkin mencemarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini,” katanya.

Putrarahman: Memangdah kena goncang dulu supaya segala bahan yang ada dalam botol dakwat itu bercampur. Dawat tu bukan dibuat dari sjenis bahan sahaja, mesti banyak bahan termasuk air dan minyak. Kalau tak goncang, mana mungkin air dapat bercampur dengan minyak. Itu peraturan pengeluar dakwat. Kalau pengeluar dakwat kata goncang, maka kena goncanglah. Inilah susahnya kalau budak degil yang tak dengar cakap dan tak mahu ikut peraturan.

Kalau nak makan ubat pun biasanya doktor suruh goncang dulu baru boleh makan supaya lebih berkesan. Cakap doktor tak pertikai pulak. Tahu pun takut.

Kalau nak 'main' pun kena 'goncang' dulu baru naik syeikh. Mana boleh terus 'tusuk' je, kurang berkesan. Entah-entah guang eng ni terus 'tusuk' je dan tak 'goncang' dulu. Kena goncang dulu, kena lambung-lambung dulu, kata orang kena warm up dulu, baru boleh berkesan dan tahan lama.

Inilah masalahnya jika kalau dah benci sangat pada orang melayu. DAP ni memang sengaja mempertikaikan kerja-kerja orang Melayu. Mereka anggap hanya orang Cina sahaja yang baguih buat kerja. DAP sengaja hendak 'membunuh' kuasa melayu supaya kaum mereka boleh berkuasa.

Orang PAS pun bengong. Memanglah DAP tak musuhi Islam, tetapi musuhi Melayu. Orang PAS ni tak tahu ke bahawa Islam di Malaysia ni kukuh dan kuat kerana Melayu kuat, kerana kuasa Melayunya kuat. Setakat ni kaum lain yang memeluik Islam masih belum mampu lagi mempertahankan Islam di Malaysia ni. Hanya Dr Ridhuan Tee, Dr Ravi, Hussein Yee sahaja yang boleh diharapkan. Sekadar menyebut beberapa nama. Tapi mereka bukan orang politik. Kuasa datang dari orang Politik.

Jadi kalau kuasa melayu dapat dihapuskan, maka secara automatik kuasa Islam di Malaysia ni akan turun kecundang. DAP itu dikuasai oleh Kristian. Kristian pula sering sahaja dengki dan sakit hati dengan Islam. Jadi bila kuasa Melayu turun, kuasa Kuasa Islam pun terumbang ambing, maka kuasa Kristian pula yang akan mengambil tempat. Dari mana, kalau bukan daripada pemimpin-pemimpin DAP.

PAS tak tahu, sifir ni. Mereka anggap DAP tak musuhi Islam, tetapi musuhi UMNO. UMNO tu Melayu, Melayu tu Islam.

Sifir nya macam ni:

UMNO + Melayu = Islam Kuat

DAP - UMNO   = Melayu Lemah

Melayu Lemah = Islam Lemah

Islam Lemah = Kristian Kuat

DAP - UMNO = Kristian Kuat.





Kerana Dendam Negara Bakal Kecundang

Setiap manusia yang waras di atas muka bumi ini mempunyai pegangan agama dan kepercayaan agama tersendiri. Bukan sekarang sahaja, tetapi sejak dahulu kala sebelum ke datangan Islam lagi. Manusia akan mencari-cari sesuatu yang pada anggapan mereka hebat dan berkuasa untuk disembah dan dimuliakan.

Bukan pasal ini aku nak cakap. DAP adalah sebuah parti yang begitu kuat kebencian mereka terhadap bangsa Melayu. Bagi mereka bangsa melayulah yang menjadi penghalang kepada tujuan dan cita-cita mereka untuk membolot kesemua peluang mencipta kekayaan di Malaysia ini. Mereka cukup meluat kepada bangsa melayu kerana mereka terpaksa memberikan rasuah kepada pegawai-pegawai melayu dan pemimpin-pemimpin melayu. Setelah rasuah diberikan, barulah mereka diberikan peluang untuk memperolehi apa jua peluang untuk berniaga. Pasal itu mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menentang rasuah. Itu kata mereka. Maknanya DAP sebenarnya mempunyai darjah kebencian yang tinggi terhadap pemimpin UMNO kerana mereka beranggapan bahawa pemimpin UMNO menganaktirikan bangsa Cina dan India dan mengutamakan bangsa Melayu. DAP beranggapan bahawa kaum Cina dan India terpaksa merayu dan memberi rasuah , barulah mereka boleh membina kejayaan.

PAS...Sebuah parti yang telah mendidik para penyokongnya sejak dari dalam buaian lagi agar membenci UMNO dan pemimpin UMNO. Aku tidak faham dan keliru kenapakah kebencian pemimpin PAS terhadap UMNO begitu ketara sangat, begitu mendalam sangat. Kedua-duanya dipimpin oleh orang Islam. Kedua-duanya memiliki alim ulama. Bezanya, alim ulama di dalam PAS juga terlibat dengan politik manakala alim ulama dalam UMNO tidak terlibat secara langsung dalam politik. Alim Ulama dalam PAS memimpin manakala alim ulama dalam UMNO dipimpin. Itu tak kisahlah samada memimpin ataupun dipimpin. Yang penting perana mereka sebagai alim ulama sepatutnya menggalakkan perpaduan dan persaudaraan sesama Islam dan bukannya menggalakkan perpecahan dan pergaduhan. Ulama adlah pewaris Nabi. Nabi tidak pernah menghasut umatnya untuk saling membenci sesama mereka.

PKR.. parti yang tidak ada nilai berita bagi kecuali berita pasal seks dan berita pasal rancangan tak tentu hala mereka untuk menghancurkan Islam dan Melayu di negara ini. PKR ini dipimpin oleh seorang manusia yang mempunyai dendam yang begitu mendalam terhadap UMNO disebabkan tindakan UMNO yang menghalang beliau untuk menjadi PM suatu ketika dahulu. Hanya satu langkah sahaja lagi kaki beliau untuk menjawat jawatan PM. Siapa yang tak meroyan dan siapa yang tak berdendam. UMNO yang telah mengaibkan beliau lebih 1 dekad sudah tentu perasaan dendam dan bencinya pada UMNO begitu mendalam.

Apa yang aku ingin kongsikan disini ialah ketiga-tiga parti yang menjadi seteru BN dalam PRU 13 ini adalah parti yang mempunyai sejarah dendam yang mendalam terhadap UMNO yang menjadi tunjang kekuatan BN. Kalau disimpulkan, UMNO ditentang kerana dendam bukan kerana UMNO itu teruk ataupun bukan kerana UMNO dan BN itu merosakkan negara. Malahan UIMNO dan BN telah berjaya membawa Malaysia kemercu tanda yang amat tinggi dikalangan negara-negara membangun bahkan dalam banyak perkara Malaysia telah dipacu oleh BN mengatasi negara-negara maju. Bahkan jika dibandingkan dengan rakan-rakan ASEAN, Malaysia boleh dikatakan ,mengatasi mereka di dalam banyak perkara. Semuanya ini atas usaha gigih pemimpin BN yang ditunjangi oleh UMNO.

Persoalannya, adakah kita mahu menyerahkan nasib negara kita ini kepada mereka yang pendendam. Mereka tidak akan membawa kemajuan kepada negara kerana tujuan mereka untuk memerintah adal;ah semata-mata untuk menghancurkan UMNO. Setelah berjaya menghancurkan BN dan UMNO, mereka bakal terkapai-kapai untuk memerintah. Banyak perkara yang bakal mereka lakukan tidak akan mencapai kejayaan. Untuk menjadi pemerintah negara yang sedang pesat membanguin seperti Malaysia ini, kita memerlukan pemimpin yang boleh memimpin dan bukannya pemimpin yang masih terrkial-kial untuk mencari trentak untuk memimpin. Dalam masa mereka terkial-kial itu, sudah tentu banyak pihak asing yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Negara akan mencuri masuk dan menceroboh tanpa disedari.

Manusia pendendam adalah manusia yang bertuankan nafsu, bukannya bertuankan akal. Tindakan yang bertuankan nafsu selalunya tidak menguntungkan, bahkan ianya akan membawa kepada kemusnahan. Kerana dendam negara bakal kecundang, percaya;lah.




02 May 2013

Kenapa Mesti Pilih BN dan Tolak PR.

Aku percaya sekarang ni dalam kepala setiap pengundi sudah terbayang-bayang lambang mana yang hendak dipangkah pada 5 mei nanti. Namun demikian, jangan tak percaya bahawa perubahan masih boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Setiap hari dalam akhbar melaporkan penyokong parti berpaling tadah. Yang paling ramai berpaling tadah adalah ahli dan para penyokong parti PKR. Ada sampai tutup cawangan. DAP pun tak kurang hebatnya. Ramai yang keluar parti dan menukar sokongan terutama kaum India. BN nampaknya tidak ada yang berbuat demikian kecuali Mat Taib Mantan MB Selangor. 

Baiklah, pada malam ni aku nak kupas isu kenapa kita mesti pilih BN dan tolak Pakatan Rakyat. 
Malaysia ni sebuah negara yang cukup unik. Semenjak ianya wujud dalam peta dunia lagi, Malaysisa ini dikenali sebagai sebuah negara melayu. Ianya diperintah oleh orang melayu yang beragamja Islam. Bukan pasal ni aku nak cakap. Cuma nak bagi tau bahawa semua pihak tak kira Melayu, Cina , India dan laion-lain hendaklah kena terima hakikat bahawa Malaysia ni sebuah negara yang bertunjang dan  beridentitikan Islam dan Melayu. Cuba untuk mengubah tunjang dan identiti ini, maka ianya akan menjadi satu malapetaka. 

Bukan ini juga nak  yang aku cakap malam ni. Mengundi adalah hak masing-masing. Setiap orang berhak menentukan kepada siapa undi mereka hendak diberikan. Ada sesetengah tempat, para pengundinya memilih calon, ada sesetengah tempat pengundinya memilih parti. Kalau dipermatang pauh tu, jelas dn nyata bahawa pemilihnya memilih calon berbanding parti. Dulu semasa Anwar mewakili BN, beliau dipiih oleh rakyat. Bila Anwar mewakili PKR pun beliau masih dipilih oleh rakyat. Mungkin ramai yang lupa, Anwar sebenarnya tak pernah menghadapi pertandingan semenjak tahun 1998. Beliau menang PR kecil 2008 pun pasal BN tak meletakkan calon. Maknanya beliau menang percuma. Jadi 05 mei ni adalah pertandingan pertama yang beliau bakal hadapi. Kalau dilihat kepada sokongan yang beliau perolehi sekarang ni, kemungkinan besar beliau boleh mengekalkan kerusi Permatang Pauh. Tapi aku doakan supaya beliau kalah.

Kenapa kita mesti undi BN dan bukannya PR. Sifir mudahnya macam ni. Negara sudah diperintah oleh BN selama 50 tahun lebih. Alhamdulillah ianya semakin baik dari masa kesemasa. Keadaan yang dinikmati oleh kita pada hari ini adalah disebabkan keputusan bijak ibu bapa kita 50 tahun yang lalu kerana memberikan kepercayaan kepada BN untuk menjadi pemerintah. Jadi jika keadaan dan keharmonian yang kita nikmati ini hendak kita wariskan kepada anak cucu kita 50 tahun akan datang, maka 05 Mei nanti pilihlah parti BN ataupun lambang dacing. Insyaallah, anak cucu kita 50 tahun akan datang akan menimati keadaan yang jauh lebih baik daripada kita nikmati sekarang ini.

Negara kita ini penduduknya berbilang kaum. Setiap kaum mempunyai adat resam dan kepercayan agama yang berlainan. Setiap kelainan ini diraikan oleh BN. Orang Islam dibenarkan mendirikan malahan dibantu untuk mendirikan masjid mengikut kesesuaian. Ini termaktub di dalam perlembagaan negara. Kaum lain pun diraikan dengan diberikan kebebasan untuk mendirikan rumah ibadat masing-masing. Tempat-tempat perjudian diberikan lesen sebagai meraikan rakyat yang bukan beragama Islam. Banyak lagilah kalau nak dihitungkan. Tidak ada kaum yang dipinggirkan. Inilah kesepakatan yang diamalkan oleh BN. Yang paling penting, ialah selagimana BN berkuasa, selama itulah Islam dan Melayu akan sentiasa diutamakan. 

Manakala Pakatan Rakyat pula, mereka pun ada kesepakatan juga. Jangan kata tak ada. namun kesepakatan mereka tidak begitu kukuh sangat kerana masing-masing mempunyai ideologi dan matlamat masing-masing. PAS dengan matlamat menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Impian dan harapan ini tidk pernah terpadam daripada sanubari pemimpin dan penyokong PAS. DAP pula mempunyai matlamat hak rakyat adalah sama rata dalam semua aspek bauk agama ataupun pengagihan kek ekonomi. Tidak ada kaum yang boleh diberikan keistemewaan. Siapa yang kuat berusaha, maka merekalah yang  berhak mendapat kekayaan. Sekarang ini memang benar kaum Cina ni kaya dan raya., tapi merekA beranggapan bahawa lebih ramai orang cina yang boleh menjadi kaya raya jika tidak ada rasuah kerana mereka beranggapan bahawa kaum cina lebih rajin berusaha berbanding kaum lain. Mereka juga beranggapan bahawa orang melayu ni semuanya pemalas.

PKR pula sebuah parti yang terlalu liberal. Kiri kanan, depan belakang semua mereka hentam. Maksudnya mereka tidak ada identiti. Nak kata mereka memperjuangkan Islam, tidak juga. PKR ini sebuah parti yang ingin meliberalkan semua hal. Dalam soal agama pun mereka hendak liberalkan. Ini terbukti apabila mereka membenarkan kalimah Allah itu digunakan oleh orang kristian dalam bible mereka.. PKR ini sebenarnya sebuah parti yang paling memberhaya berbanding DAP dan PAS kerana identiti dan arah tujuan mereka tidak begitu jelas. Tanpa identiti dan prinsip yang jelas ini memungkinkan mereka diresapi oleh pengaruh-pengaruh yang berbagai. 

PAS pula. Sejak dahulu lagi mereka bising dan menuduh UMNO itu kapir kerana membenarkan pusat judi beroperasi. Namun demikian, kenapa apabila mereka semakin hampir dengan Putrajaya (mereka yang kata), walau sepatah pun tidak ada perkataan yang keluar dari mulut mereka bahawa mereka akan memberhentikan pemberian lesen judi dan menutup pusat judi di Genting. Mereka tidak berani kata kerana mereka tahu bahawa, untuk membentuk sebuah kerajaan di Malaysia, kaum-kaum lain mesti dilibat sama. Jika mereka bertekad untuk menutup Pusat Judi Genting, sudah pasti DAP akan menentang usaha mereka tersebut. Pusat-pusat hiburan yang berleluasa di sentiasa dijadikan modal oleh PAS untuk mengutuk pemimpin UMNO, kenapa mereka tidak ada niat dan sebut untuk tutup. Kenapa apabila mereka berkongsi pakatan, lidah mereka kelu. Daklam masa yang sama, para penyokong mereka dikampung-kampung masih lagi galak mengutuk kepimpinan UMNO kerana membenarkan pusat-pusat hiburan, arak, judi beleluasa. Simbol kekafiran pemimpinan UMNO ialah Genting. 

Jadi, kenapa kita mesti pilih PAS jika mereka pun sama sahaja dengan UMNO jika berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Mereka juga tidak mampu untuk menghapuskan maksiat, arak dan judi yang berleluasa. Tidak ada walau sepatah pun perkataan di dalam manifesto mereka untuk membendung perkara ini.