SAHABAT BLOG

11 February 2011

Polis Bantuan atau Sukarelawan Polis?

Isu polis bantuan telah menjadi isu hangat. Aku mungkin terkeliru antara Sukarelawan Polis dengan Polis Bantuan. Setelah disemak dan dibuat beberapa carian google, baru aku sedikit faham bahawa Polis Bantuan adalah satu jawatan yang bergaji tetap yang dibayar pelbagai kemudahan oleh majikan yang mengajikannya. Pasukan Polis Bantuan menjalankan tugas-tugas pengawal Keselamatan bagi sesebuah organisasin seperti Poilis Bantuan TNB, PETRONAS, BSN dan banyak lagi.

Polis Bantuan berbeza dengan sukarelawan polis. Sukarelawan polis adalah rakyat biasa yang menjadi anggota sukarelawan polis. Mereka ini tidak bergaji tetap dan cuma dibayar elaun bertugas sahaja. Ini bermakna mereka melapor terus kepada PDRM.

Permohonan kerajaan Selangor untuk menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri memang satu objektoif yang berkesan. Namun demikian, sebagaimana dijelaskan di atas, polis bantuan menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan ataupun jaga bagi majikan yang mengajikan mereka. Jika kerajaan Selangor menubuhkan pasukan polis bantuan mereka sendiri, ini bermakna polis bantuan ini akan menjadi pengawal keselamatan kepada kerajaan selangor. Sebagaimana diketahui setiap negeri mempunyai anggota PDRM. Anggota PDRM ini telah bertugas untuk menjaga keamanan bagi negeri dimana mereka ditempatkan. Oleh sebab itu, jika kerajaan Selangor ingin menubuhkan polis bantuan yang menjalankan tugas dan fungsi yang sama dengan PDRM, sudah tentu pertindihan tugas dan arahan bakal berlaku kerana masing-masing mempunyai ketua masing-masing dan tidak melaporkan kepada satu pihak sahaja. Perkara ini mungkin boleh dipraktikkan jika kerajaan selangor hendak menjaga permis milik kerajaan negeri seperti bangunan Dewan Undangan Negeri ataupun mana-mana permis milik kerajaan negeri. Jika ini, saya fikir tidaklah memerlukan kelulusan untuk penubuhannya, cuma memerlukan lantikan baru sahaja.

Polis bantuan berbeza dengan sukarelawan polis.Sukarelawan Polis atau dikenali sebagai “Auxiliary Police” terdiri dari orang-orang awam yang diberi kuasa Polis untuk menguatkuasakan undang-undang serta memastikan keamanan dan keselamatan kawasan setempat. Sukarelawan Polis Kontinjen Selangor telah ditubuhkan pada 1957 dengan keanggotaan sejumlah 475 orang. Anggota SPDRM yang terdiri dari orang awam ini kebanyakanya adalah dari kalangan golongan profesional seperti peguam, guru, doktor, ahli perniagaan, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan juga swasta. Disebabkan minat yang begitu mendalam terhadap bidang kepolisan ini telah terpanggil golongan tersebut untuk menyertai bidang ini.

Kewujudan SPDRM ini bukan sahaja memberi peluang untuk menjiwai kehidupan sebagai seorang anggota polis malahan memberi ruang bagi mengeratkan hubungan di antara polis dan masyarakat. Pasukan Sukarelawan Polis pada kebiasaanya adalah menjalankan kerja-kerja latihan dan perbarisan ketika tidak diletakkan dibawah kerahan secara aktif.

Walaubagaimanapun sebagai tambahan kepada latihan dan perbarisan mereka ini menjalankan tugas-tugas seperti berikut :

-Pejabat pertanyaan / tugas telefonis

-Tugas Bit

-Tugas Rondaan

-Tugas Trafik

-Tugas Teknikal (WT, MT & MARIN)

-Tugas-Tugas di Pusat Kawalan Kontingen atau Daerah

-Pegawai Bertugas di Daerah atau IPK

-Pentadbiran Biasa / Harian

-Tugas Kawalan Perhimpunan

-Tugas kawalan


Kesimpulannya, kalau dah ada pasukan sukarelawan polis untuk membantu pihak polis mencegah jenayah, kenapa kerajaan selangor masih mahu menubuhkan polis bantuan sendiri. Saya menyokong langkah kerajaan tidak meluluskan permohonan ini kerana tidak ada sebab dan alasan yang kukuh.

Rujukan:

http://www.spdrmselangor.org.my

6 comments:

hingus said...

mungkin kalau kerajaan negeri johor atau melaka mintak spt selangor tu...pusat akan luluskan... ini ada kene mengena dgn politik saudara...

Anonymous said...

jangan libatkan kerajaan negeri lain. tak kedangaran pun mana-mana negeri lain yg memohon penubuhan pasukan polis bantuan negeri seperti yg dilakukan oleh negeri selangor.

jadi... siapa yg bermain politik?

sepatutnya pasukan sukarelawan pdrm yg perlu diperkuatkan dan aku pasti kerajaan selangor sedar akan kewujudan pasukan sukarelawan polis ni.

tapi kenapa meraka tak nak bantu memperkuatkan pasukan sukarelawan polis ni? kenapa tak promosikan pada anak-anak negeri selangor untuk memasuki pasukan sukarelawan polis ni?

ni semua mainan politik yg membazirkan masa dan langsung tak berfaedah.

@peez

Anonymous said...

agensi penguatkuasaan lain kan dah ada seperti kastam,jpj,imigresen dan aadk....itu yg perlu diperkuatkan lagi....jabatan ini la sekarang yg menjalankan tugas2 polis sebenarnya.

Anonymous said...

[p]Discover developing imitation wrist watches nevertheless, [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]cheap ralph lauren polo shirts
[/url] take a look and then private these folks at this point just as were unable hence cheap actually . Still today, many stars can be seen wearing a bohemian version of the granddad shirt, with bright colors . Denim: Dark wash denim should be a staple of every man's [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]ralph lauren outlet uk[/url] wardrobe . planning on fashion your [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]polo ralph lauren outlet[/url] video game could endure . And also [url=http://www.ralphlaurenoutletonlinee.co.uk]ralph lauren outlet[/url] like Beyonce, today's Elsie attaches no shame to a weave . Tv set is [url=http://www.ppoloralphlauren.co.uk]polo ralph lauren uk[/url] actually remarkable . You can wear such necklace with any type of clothing and at any party . This means that this fabric can easily run throughout earth, debris, and also waste . They offer both supreme comfort and unparalleled [url=http://www.ppoloralphlauren.co.uk]cheap ralph lauren polo[/url] elegance.[/p]

Anonymous said...

Hi everyone, it's my first pay a visit at this web site, and post is truly fruitful for me, keep up posting such posts.

Feel free to surf to my web site ... ralph lauren polo sale

Anonymous said...

I like the helpful information you supply in your articles.
I will bookmark your weblog and test again right here regularly.
I'm somewhat sure I will learn plenty of new stuff right right here! Good luck for the next!

Also visit my weblog - Oakley Sunglasses Cheap