SAHABAT BLOG

11 March 2014

Penumpang Misteri MH370 dikenalpasti?

Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 sehingga kini masih belum terjawab. Ikhtiar dan usaha telah dilakukan oleh banyak pihak samada di dalam mahupun diluar negara dalam pelbagai bentuk ilmu nyata dan juga ilmu ghaib. Semua pihak termasuk pakar-pakar ilmu nyata (ilmu yang bersumberkan maklumat dan kebijaksanaan sains) sungguh bingung memikirkan bagaimana sebuah pesawat yang begitu canggih, bergerak di dalam laluan yang rendah risiko, boleh hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan.

Bagi pengamal ilmu ghaib dan juga kepada mereka yang mempercayai kebesaran Allah S.W.T. perkara ini bukanlah sesuatu yang terlalu bingung untuk difikirkan. Bagi pengamal ilmu perubatan tradisional yang terkenal yang dikatakan boleh berbicara dengan alam ghaib iaitu Mahaguru Ibrahim Mat Zin,  beliau menyatakan bahawa melalui tilikannya yang dilakukan di KLIA, pesawat malang tersebut telah disembunyikan oleh makluk bunian dan pesawat tersebut dan para penumpangnya masih selamat hidup cuma masih belum masanya lagi untuk 'dilepaskan'  kembali ke bumi.  

Pendapat dan kaedah yang digunakan oleh para pengamal perubatan tradisional ini ada yang mengatakan sebagai tahyul dan khurafat, tahyul dan boleh memberikan gambaran yang songsang terhadap ajaran Islam. Benarlah jika sekiranya ianya dikaitkan dengan Islam, tetapi bagi aku, apa yang diamalkan oleh pengamal perubatan tradisional atau bomoh ini bukanlah ajaran Islam tetapi ianya adalah budaya di dalam dunia melayu dan ianya telah diamalkan sejak sekian lama. Orang asing tidak menganggap bahawa itu sebahagian amalan Islam tetapi mereka menganggap itulah sebahagian daripada budaya melayu. Cuma kebetulan ianya dilakukan oleh orang Islam. Bagi orang Islam seperti aku ini, apa yang diperkatakan oleh bomoh itu adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai akan kebenarannya.

Namun demikian, keberkesanannya budaya ini dipercayai kerana acap kali kita diperdengarkan dengan berita dimana orang yang sesat dihutan berhari-hari akhirnya dijumpai dikawasan yang sungguh tidak masuk akal setelah mendapat bantuan para bomoh. Adakalanya ianya dijumpai dikawasan yang tidak disangka-sangka. Dalam hal ini, aku tidak mahu mengulas panjang, tetapi aku yakin bahawa alam bunian yang dimaksudkan itu adalah alam jin. Jin dan manusia berkongsi dunia yang sama, berkongsi ruang udara yang sama, berkongsi air yang sama. Mereka juga membentuk kerajaan mereka sendiri sebagaimana manusia membentuk kerajaan. Isunya kenapa mereka 'menculik' pesawat berkenaan. Mungkinkah ianya dilakukan atas arahan seseoprang yang begitu marah dengan kerajaan Malaysia. Siapa? 

Dua hari lepas, sedikit harapan menjelma bilamana terjumpanya tompokan minyak di Lautan Cina Selatan dan juga terjumpanya objek yang memungkinkan ianya adalah sebahagian daripada serpihan kapalterbang malang tersebut. Namun semuanya kecewa pabila tompokan minyak tersebut disahkan bukan milik pesawat tersebut dan juga objek yang terampung itu juga disahkan hanyalah longgokan kayu terampung. Harapan para pencari dan pihak berkuasa semakin bercelaru. Sekarang ini mereka mula keblai kepada pangkal kepada misteri ini. 

Pihak berkuasa cuba untuk mengaitkan kehilangan misteri ini dengan keganasan bilamana terdapatnya 2 orang penumpang misteri di dalaam penerbangan berkenaan. Penumpang misteri ini dipercayai telah menggunakan pasport kepunyaan orang lain. Fakta ini telah menimbulkan spekulasi baru bahawa berkemungkinan pesawat malang berkenaan telah dirampas. Perkara ini telah menarik minat para penyiasat daripada negara luar termasuk FBI. Menurut menteri dalam negeri Zahid Hamidi, wajah penumpang misteri itu adalah berwajah asia. Menurut DCA pula mengatakan penumpang misteri itu berwajah afrika (berwajah balotelli). Ada berita terbaru dari Thailand yang mendakwa bahawa penumpang misteri itu adalah rakyat Iran yang sedang mencari suaka politik ataupun penempatan baru di Jerman dan Denmark. Entahlah mana satu yang betul. 

Dalam pada itu terdapat nelayan tempatan yang mendakwa mereka ada melihat satu kapal terbang yang terbang rendah pada malam kejadian iaiti kira-kira 1.40 pagi Sabtu. Ada penduduk awam pula mendakwa beliau melihat cahaya terang di laut Cina Selatan pada waktu yang hampir sama pesawat malang itu hilang dari radar. Semua maklumat-maklumat ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Dalam pada masa yang sama, para nelayan laut dalam yang sedang menjalankan kegiatan menangkap ikan pada waktu kejadian mendakwa bahawa mereka tidak melihat sebarang letupan di lautan. Kenyataan ini boleh membantu untuk menolak ramalan bahawa pesawat tersebut telah terhempas. Ianya semakin membingunkan para pencari dan juga penyiasat. 

Dalam masa yang sama ada waris penumpang di Cina mendakwa bahawa beliau berjaya menghubungi telefon satelit abangnya sebanyak 3 kali selepas kejadian. Kalau benar, bermakna kapal terbang berkenaan tidak hancur dan tidak tenggelam di dalam air kerana kalau ianya hancur dan tenggelam di dalam air adalah mustahil untuk telefon satelit menerima panggilan. 

Di akhir coretan kali ini, aku ingin merumuskan bahawa terdapat dua kemungkinan yang bermain dalam fikiran aku iaitu pertamanya kapal terbang itu mengalami kerosakan teknikal dan juruterbangnya berjaya mendarat di atas air tanpa terhempas tetapi pesawat telah tenggelam secara perlahan-lahan tanpa sempat anak-anak kapal melakukan tindakan kecemasan. Kenapa ianya tenggelam dengan begitu cepat, mungkin juga akibat kebocoran pada perut pesawat. Isunya kenapa juruterbangnya atau pembantu juruterbangnya langsung tidak menggunakan kecanggihan yang ada di dalam pesawat berkenaan untuk menghubungi sesiapa sahaja dan juga kenapa pemilik telefon statelit yang didakwa berada di dalam pesawat berkenaan tidak cuba menghubungi saudara -mera mereka dikesempatan yang ada tersebut. Mustahil juga kerana setahu aku anak-anak kapal telah dlatih untuk keluar dari pesawat dalam masa 90 saat sebaik sahaja pesawat mendapat dalam keadaan kecemasan. Maknanya jika pesawat berjaya mendarat di dalam laut tanpa terhempas dan akhirnya tenggelam, anak-anak kapal mempunyai masa yang cukup untuk keluar dari pesawat dan kapten pesawat dan pembantunya mempunyai masa untuk menghubungi sesiapa sahaja untuk bantuan. Jika pesawat tersebut terhempas dan langsung tenggelam tanpa meninggalkan kesan, inilah yang kemungkinan besar berlaku kepada pesawat berkenaan. Aku percaya inilah kemungkinan yang sedang bermain di benak para pencari. 

Kemungkinan kedua ialah pesawat tersebut  itu telah dijadikan pesawat 'halimunan' iaitu pesawat yang langsung tidak dapat dikesan oleh radar ataupun ianya diterbangkan diluar radar dan dibawa ke satu distinasi baru. Dalam erti kata lain ianya dirampas. Isunya siapa yang cukup berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang cukup mahir berkenaan pesawat MH370 tersebut dan kenapakah pihak ini bertindak demikian. Kalau untuk tujuan tebusan, sudah tentu sudah ada tuntutan daripada pihak berkenaan kepada kerajaan Malaysia. Mungkin juga mereka sengaja membiarkan dahulu ataupun 'hold' dahulu tuntutan mereka sehinggalah disaat dimana kerajaan Malaysia sudah terlalu tertekan, maka barulah mereka membuat tuntutan. Namun demikian, isunya mampukah pihak perampas ini menutup sebuah kapal terbang yang begitu besar tanpa diketahui oleh orang awam. Kalau ada, sudah tentu negara yang digunakan untuk menyembunyikan pesawat ini adalah sebuah negara yang cukup mundur yang mana rakyatnya langsung tidak mempunyai alat komunikasi moden seperti facebook, twitter dan sebaginya. Adake negara sedemikian dalam lingkungan 7 jam perjalanan dari tempat terakhir pesawat tersebut dikesaan? Kalau inilah cerita sebenarnya, maka kerajaan Malaysia sebenarnya sedang 'diserang'. Siapa yang menyerang, siapa yang begitu benci dengan kerajaan Malaysia, takkan Anwar dan kuncu-kuncunya. Walaupun aku percaya mereka cukup benci dengan kerajaan BN, tetapi aku tidak percaya mereka sanggup melakukan perbuatan sekejam itu. 




No comments: