SAHABAT BLOG

15 December 2008

kELAHIRAN nURUL hUSNINA

Lama dah tak menulis. Bukan apa, baru-baru ini keadaan tidak mengizinkan kerana sedang tunggu kelahiran anak ke empat. Angah dengan along pulang ke kampung ikut Tok Wan mereka. Tok Wang mereka datang pada 20 November 2008. hari Ahad 23 November 2008 mereka pulang ke kampung menaiki bas Eksperess Tasik Kenyir. Pada 25 November 2008, aku bawak Isteri aku pergi buat pemeriksaan kandungannya seperti biasa. Apabila diperiksa, laluan telah pun terbuka 2 – 3 cm. Kalau ikutkan hasil scan, tarikh laghirnya ialah 10 Disember 2008, tak sangka pulak akan mengambil masa yang cepat dari tarikh sebenarnya. Doktor minta supaya isteri aku buat pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan, doctor beri pilihan samada nak duduk wad ataupun balik ke rumah. Kami ambil keputusan nak duduk wad sahaja kerana di rumah pun tak ada apa yang perlu di risaukan. Persiapan untuk menyambut kelahiran anak baru telah kami sediakan dan stand by dalam kereta, jadi tak perlu risau.

Kira-kira pukul 10.00 9.30 malam, isteriku dibawa masuk dalam level room. Doktor Norlida terus dipanggil kerana laluan kelahiran makin membesar. Segala persiapan telah dibuat untuk menyambut kelahiran oleh bidan yang bertugas. Kalaulah kami pulang ke rumah, tentu keadaan menjadi kelam kabut sedikit. Kira-kira pukul 10.00 , Dr Norlida sampai dan beliaupun mengeluarkan air ketuban. Kira-kira pukul 10.30 malam, isteri aku mula merasa sakit di Bahagian pinggang. Aku dah tahu bahawa tak lama lagi, beliau akan bersalin. Doktor dan bidan yang bertugas dan mula sibuk dan membuat persiapan akhir. Kira-kira pukul 10.45 malam, isteri aku diminta untuk berkedudukan posisi untuk bersalin. Setelah 4 kali isteri aku ‘meneran’ maka pada pukul 11.08 minit malam 25 November 2008, kedengaranlah tangisan anak kami yang ke empat. Sebagaimana dijangkakan, anak yang lahir adalah perempuan. Alhamdulillah, semuanya selamat dan anak yang lahirpun cukup sifatnya.

Akupun diminta keluar dari level room dan bersiap-siap untuk mengazan dan menqamatkan anak aku. Akupun ambil wuduk dan bersembahyang Isyak. Kira-kira jam 11.40 malam, akupun datang ke bilik persiapan dan mengazankan di telinga kanan serta menqamatkan di sebelah telinga kiri anak aku.

Kira-kira pukul 1.00 pagi 26 November 2008, isteri aku dah pun di bawa masuk ke katil untuk berehat. Anak kami dijaga oleh pihak hospital. Dapatlah isteri aku berehat dan aku pun ambil peluang berehat.

No comments: