SAHABAT BLOG

01 October 2010

Pemimpin Melayu tidak menuju titik yang sama

Perpaduan melayu sebenarnya tidak pernah menjadi persoalan apabila dilihat kepada peringkat akar umbi. Orang melayu diperingkat akar umbi masih boleh bersatu padu untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti harian. Namun demikian mereka bukannya orang melayu yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dan juga menentukan hala tuju melayu.

Perpaduan melayu telah dipisahkan ataupun kelihatan tidak brcantum apabila kita menyuluh kepada peringkat pemimpin. Pemimpin melayu dari parti mana sekalipun kelihatan tidak pernah menuju ke titik yang sama untuk mencapai kata sepakat. Masing-masing menuju dan mengemudi parti masing-masing ke haluan yang berlainan. Kenapa perkara ini boleh berlaku sedangkan mereka semuanya disokong dan dinaikkan oleh akar umbi. Jawapannya disebabkan pemimpin yang memantau akar umbi dan bukannya akar umbi yang memantau pemimpin. Jika diambil kira sejarah Islam, pemimpin hebat Islam telah memohon supaya mereka dipantau oleh rakyat dan bukannya mereka yang akan memantau rakyat.

Oleh yang demikian, perpaduan melayu sebenarnya mula merenggang diperingkat pemimpin yang disebabkan mereka telah melupakan perkara asas didalam Islam iaitu menyerahkan kepimpinan mereka untuk dipantau dan dinilai oleh rakyat sebagaimana dilakukan oleh pemimpin Islam terdahulu seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar Al Khatab, Umar Abd Aziz dan lain-lain lagi.

No comments: