SAHABAT BLOG

01 October 2010

Kakitangan Awam Dipantau?

Bumiputera terutama bangsa melayu sekarang ini berada di dalam keadaan yang amat tertekan gara-gara tekanan dan juga tuduhan yang dilemparkan oleh rakan-rakan sewarganegara mereka yang bukan melayu dan bumiputera berhubung rasis ataupun perkauman. Sekarang ini kaum lain sedang menggunakan pelbagai strategi dan taktik untuk menutup mulut bangsa melayu daripada membicarakan soal hak dan keistimewaan mereka yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Mereka akan mempastikan setiap kali jika ada pemimpin Melayu yang memperjuangkan hak kedaulatan dan juga hak-hak Melayu, mereka akan dilabelkan sebagai rasis. Kaum-kaum ini akan mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap pemimpin berkenaan. Perkara ini tidak hanya melibatkan pemimpin politik sahaja, tetapi telah merebak di kalangan kakitangan awam terutama di sekolah-sekolah Kebangsaan. Para guru dipantau oleh ejen-ejen mereka iaitu anak-anak mereka yang telah dilatih dan diasuh supaya peka kepada isu-isu rasis dan perkauman.

Pada ketika yang sama, mereka dengan bebas mempraktikkan segala macam perbuatan dan juga perkataan yang boleh dikategori sebagai rasis. Contohnya mereka mengutamakan pekerja yang boleh berbahasa mereka untuk bekerja di syarikat-syarikat kepunyaan mereka. Mereka juga menggunakan akhbar-akhbar mereka untuk memperjuangkan kepentingan bangsa mereka dan menuntut pelbagai hak untuk bangsa mereka daripada kerajaan, seperti peruntukkan untuk sekolah-sekolah persendirian, pengiktirafan daripada kerajaan terhadap sijil-sijil persekolahan persendirian mereka. Mereka juga menuntut supaya kuota-kuota yang diperuntukkan kepada bumiputera dilonggarkan kepada bangsa mereka juga. Semuanya ini adalah rasis dan perkauman yang amat dasyat.

Kaum yang pada asalnya pendatang ini semakin berani menuntut pelbagai perkara daripada kerajaan disebabkan mereka berpendapat bahawa kerajaan Melayu yang dipimpin oleh UMNO sekarang ini sedang goyah. Mereka beranggapan bahawa undi majority mereka boleh menentukan siapakah yang bakal memerintah Negara menjelang PRU 13 nanti. Sungguh tidak berperikemanusiaan betul kaum-kaum ini> Selama ini mereka snetiasa menanam ke dalam jiwa dan raga mereka dan keturunan mereka bahawa merek adalah warganegara kelas ke dua dan ke tiga dan Melayu pula adalah warganegara kelas pertama. Doktrin ini ditanam ke dalam jiwa anak-anak mereka dari generasi ke generasi sehingga melahirkan generasi baru yang beranggapan bahawa mereka perlu berjuang untuk mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan dan tidak lagi dianggap sebagai warganegara kelas kedua atau kelas ke tiga. Generasi membuat pelbagai pelbagai tuntutan kepada kerajaan supaya kesamarataan ini dapat diadakan. Pelbagai cara dan kaedah digunakan termasukkan bekerjasama dengan pemimpin Melayu yang kemaruk kuasa.

Kaum-kaum yang tidak sedar diri ini tidak pernah mempunyai rasa ikhlas dan bersyukur berada di bawah pemerintahan bangsa Melayu. Mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya pemimpin melayu yang berkuasa akan memenuhi segala kemahuan mereka dan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya pemimpin melayu dn bumiputera yang lantang mempertahankan dan menyentuh hal ehwal bangsa mereka dilabelkan sebagai rasis. Lihat sahaja apa yang telah diperkatakan oleh mereka terhadap NGO-NGO melayu yang lantang seperti PERKASA. Mereka akan mendesak dan mengugut pemimpin UMNO supaya memutuskan hubungan dengan NGO-NGO ini kerana mereka sedar bahawa semakin ramai pemimpin melayu yang telah sedar akan taktik dan strategi mereka ini.

No comments: