SAHABAT BLOG

27 September 2010

Stoking Punya Pasal.

Sudah puas aku mencari stoking aku. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 07:15 pagi. Ini bermakna sudah waktunya aku bergegas ke pejabat. Pagi ini Angah tidak ke sekolah kerana demam, jadi tidaklah aku bersusah payah untuk mengejutkan beliau untuk mandi pagi.

Mata aku masih melilau mencari stoking. Setelah puas mencari, tetapi tak jumpa juga. Ahkirnya aku pun mencapai telefon dan menalipon isteri aku, walaupun aku sudah tahu apa jawapan yang bakal aku terima.

“ Ma, mana stoking abang?” Aku mengucapkan dialog yang sama setiap pagi apabila Isnin menjelang tiba.

“ Abang ni, sejak dari zaman sekolah hingga sekarang, asyik cari stoking je, cuba cari di dalam bakul kain yang belum, berlipat tu”. Memang inilah pesanan isteri aku setiap kali aku menalipon beliau untuk mencari stoking. Sebenarnya isteris aku sudah menyediakan semua pakaian aku setiap pagi semuanya kecuali stoking. Itu pasal, kadang-kadang satu minggu tu, aku hanya memakai stoking yang sama sahaja.

Setelah mendapat panduan dari isteri aku, aku pun menyelak timbunan kain yang belum berlipat di dalam bakul. Alhamdulillah terjumpa satu. Aku mencari lagi, dan jumpa lagi satu tetapi berlainan kaler.

“ Alamak, macamana ni, takkan aku nak pakai stoking berlainan kaler pulak, kalau kaler lebih kurang tak pe jugak”. Bisik aku di dalam hati. Aku pun teruskan aktiviti menyelak dan alhamdulillah ahkir terjumpa juga stoking yang kalernya sama, tetapi bentuknya berbeza sedikit.
“ Tak jadi masalah” bisik aku di dalam hati

Stoking adalah pakaian yang paling kerja yang paling unit sekali selain kasut kerana dia ada sepasang dan tidak ada kiri dan tidak ada kanan, boleh pakai ikut suka. Oleh itu, jika tidak jumpa pasangannya, alamatnya ramai yang tidak berstoking. Ramai juga aku lihat kawan-kawan aku yang tidak berstoking, dan kadang-kadang ramai juga yang memakai stoking yang telah berlubang, malah ramai yang memakai stoking yang telah berbau. Ada yang menyimpan stoking di dalam kereta, di bawah meja pejabat dan sebagainya.

Masalah stoking ini aku fikir adalah masalah universal. Mana-mana lelaki yang mempunyai prinsip tak kesah seperti aku, aku percaya mempunyai masalah yang sama. Oleh yang demikian, mempunyai satu cadangan iaitu. Belilah stoking yang sama jenis dan sama kaler supaya senang. Kalau jumpa sepasang kira jadik.

No comments: