SAHABAT BLOG

01 October 2010

Jumpa Kawan Lama

Baru-baru ini aku terjumpa kawan lama di sebuah pusat rawatan Islam di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Di dalam ingatan aku, sudah hampir 10 tahun kami tidak berjumpa. Sepuluh tahun yang lalu, kami pernah bersama-sama bekerja di sebuah organisasi swasta di Sabah iaitu Rimbun Bayu Sdn Bhd. Namanya Ahmad Ismail, tetapi lebih dikenali dengan nama Mat Kedah kerana Ahmad memang berasal dari Kedah. Mat Kedah semasa di Rimbun Bayu dulu seorang kerani pentadbiran, manakala aku pula eksekutif Pemasaran. Hobi kami ialah memancing dan juga mengembara. Boleh dikatakan hampir semua kawasan tempat memancing di Sabah itu telah kami kunjungi. Aku pulang ke Semenanjung setelah aku kecewa dengan seorang awek Bajau Semporna. Orangnya cantik giler macam peragawati. Mat pula meneruskan kehidupannya di Tawau setelah dia bertemu jodoh dengan seorang perempuan Bugis.

Terkejut juga aku bila berjumpa dengan Mat Kedah di Kuala Lumpur ni kerana setahu aku dia telah pun bertekad untuk menjadi penduduk tetap negeri di bawah bayu kerana merasakan keperluanya sudah dipenuhi. Ada rumah, ada tanah, ada perniagaan ( marisan keluarga mertua).

“ Kamu tak mahu balik ke Mat? Tanya aku pada suatu hari semasa kami sama-sama memancing di Mabul.

“Mahu, kenapa tak mahunya. Tetapi aku risau kut-kut Lina tak mahu ikut. Kau tahule Pak Susilo, bapaknya Herlina, dia bukan suka kalau anak-anaknya menetap di Semananjung”. Mat memberitahu yang beliau juga mempunyai hasrat untuk pulang ke Semenanjung suatu hair nanti.
Mat Kedah sudah banyak berubah berbeza 10 tahun dahulu. Rambut sudah semakin jarang dan dahi beliau semakin melebar. Kalau dahulu hanya Foker sahaja yang boleh landing, tetapi kini Boeing 747 pun sudah boleh mendarat. Perut beliau semakin buncit. Kulitnya pula semakin gelap tetapi tidaklah segelap aku.

“ Bila kau pulang ke Semenanjung?” Aku melontarkan pertanyaan setelah kami selesai berdakap-dakapan dengan penuh mesra.

“ Sudah 2 tahun aku di sini, bah.” Jawab Mat yang masih belum hilang loghat Sabahnya.

“ Isteri kau ikut sekali ke Mat”. Tanya aku lagi sambil melihat sekeliling dia untuk mencari jika terlihat kelibat Herlina, iaitu isteri dia yang memang aku kenal. Selain Mat, Sanusi, Othman, Abidin iaitu rakan-rakan seperjuangan kami semasa di Rimbun Bayu dulu menaruh hati pada Herlina, tetapi disebabkan Mat Kedah lebih menarik dan hensem berbanding yang lain, maka Herlina memilih Mat untuk dijadikan pasangan hidupnya.

“ Aku sudah berpisah degan Lina 3 tahun sudah”. Mat menjawab pertanyaan aku.

“ Keluarga dia tidak mengizinkan dia ikut aku pulang ke Semenanjung, dan Lina akur dengan kehendak orng tua dia”. Tambah Mat lagi. Aku memang kenal dengan Pak Susilo iaitu bapa Herlina. Orangnya memang tegas dan berprinsip. Sebagai ketua kampung, aku fikir sifat-sifat sedemikian amat perlu, tetapi untuk masa depan anak-anak beliau, sepatutnya beliau lebih bertolak ansur.

“ Oh macam tu, habis anak-anak kau ikut Lina ke?” Aku cuba mengorek sedikit rahsia. Aku memang tidak tahu bahawa Mat sudah bercerai. Seingat aku, Mat ada dua orang anak semasa aku tinggalkan dia dahulu.

“Ye, mereka semua ikut mak mereka. Kadang-kadang aku ada juga pulang ke Sabah sekali sekala untuk menjenguk mereka, Lina pun dah kahwin lain”. Mat menjelaskan kepada aku bila menyedari aku seperti akan meneruskan dengan soalan perihal Lina.

“ Siapa yang sakit, Mat?” Aku mengalihkan topic perbualan kami kepada perkara lain.

“Isteri aku yang masuk wad kerana nak bersalin” Jawab Mat sambil matanya tertumpu kepada berita yang terdapat di dalam akhbar.

“ Kau pula putra, sape yang sakit?. Mat pula bertanya aku.

“Aku ada temu janji dengan doctor kerana kencing manis”. Aku menjawab.

“Oooooo. Bila kau kena kencing manis. Dulu kau sihat je dan bukan main aktif lagi”Mat melanjut perbualan kami.

“ Entahlah Mat, mungkin disebabkan keturunan kot. Akupun masih di tahap border. Cuma baru-baru ni semasa aku kena denggi, kandungan gula aku naik mendadak. Pasal tu doctor menasihatkan aku makan ubat”.Aku menjelaskan kepada Mat sejarah kenciong manis aku. Aku agak Mat faham kerana kepalanya terangguk-angguk bila aku menjelaskan perihal kencing manis aku.

“Bila kau kahwin semula Mat, orang sini ke orang Sabah” Aku tanya Mat.

“ Orang Perak. Isteri aku kerja di Maybank Ampang Park. Ni..anak ke dua kami”. Mat menjelaskan serba sedikit perihal keluarga barunya.

Sebenarnya ada lagi yang nak aku tanya pada Mat, tetapi nombor giliran aku telah di panggil. Aku pun minta izin kepada Mat untuk masuk ke bilik doctor. Sebelum aku pergi, aku minta nombor HP dia terlebih dahulu. Mat kemudian menghulurkan Business Kadnya kepada aku. Tertera di situ namanya dan jawatannya sekali.

“ Hebat kau Mat, dah jadi General Manager sekarang”. Aku melahirkan rasa kagum aku kepada Mat.

“Rezeki anak-anak Putra. Kau pula apa dibuat semenjak berhenti kerja dengan Rimbun Bayu”. Tanya Mat.

“ Aku buat business kecil-kecilan je, bolehlah buat menampung kehidupan”. Aku menjawab sambil menghulurkan salam kepada Mat. Kami berjabat salam dengan erat dan berjanji akan menghubungi antara satu sama lain. Aku pun terus menuju ke bilik doctor. Apabila aku keluar setelah selesai rawatan, aku dapati Mat sudah tiada di kerusi yang didudukinya. Entah bila pula aku akan hubungi Mat Kedah

No comments: