SAHABAT BLOG

21 November 2008

hARGA mINYAK dAH tURUN

Harga minyak dunia dan tempatan telah mengalami penurunan mendadak sejak akhir-akhir ini. tetapi harga makanan masih lagi ditakuk lama. Para peniaga nampaknya masih bertahan dengan harga yang dinaikkan ekoran kenaikan harga minyak dahulu. Jika keadaan berterusan, kesan positif penurunan harga minyak hanya kepada mereka yang berkenderaan sahaja. Manakala mereka yang tidak memiliki kenderaan seperti petani,nelayan dan penduduk kampung masih lagi mengalami kesan buruk kenaikan harga barangan. Para peniaga masih berdegil untuk tidak menurunkan harga barangan mereka kerana mereka menyatakan bahawa kos-kos tidak bergantung sepenuhnya kepada minyak. Yang peliknya semasa harga minyak naik, mereka menaikan harga barang kerana kata mereka sebab harga minyak naik. Inilah perangai dan sikap para peniaga kita, kalau boleh mereka langsung tidak mahu pendapatan mereka berkurangan. Kalau mereka sudah biasa memperolehi pendapatann RM10,000.00 sebulan, walau macamana cara sekalipun mereka akan cuba untuk memastikan pendapatan tersebut kekal. Jadi apabila kos meningkat, mereka menaikkan harga barang.
Apabila kos turun , mereka menjadi tamak pulak. Apa nak jadi dengan para peniaga kita. Mereka langsung tidak mempedulikan nasib para pelanggan dan rakyat yang berpendapatan rendah. Sepatutnya mereka menjadi rakan kepada rakyat dan bukannya musuh rakyat.

No comments: