Saya cukup tak setuju dengan tindakan pihak-pihak yang mempertikaikan fatwa-fatwa yang dibuat oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan. Apa masalahnya dia orang ni. Pihak Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan fatwa bagi tujuan memberi panduan kepada umat Islam. Kaum-kaum agama lain tak terlibat. Fatwa ini sebagai panduan kepada umat Islam dalam amalan beragama mereka. Masalah dia orang mahu ikut atau nak ikut itu terpulang kepada individu masing-masing. Kalau perkara dah haram, maka haramlah hukumnya. Macam merokok, ada fatwa mengatakan ianya haram, tetapi ramai juga orang Islam merokok. Syarikat rokok tak bising pun kerana mereka tahu bahawa menjadi tugas Majlis Fatwa untuk mengeluarkan sesuatu fatwa yang memberi kebaikan kepada umat Islam. Contohnya pengharaman daging Babi kepada umat Islam. Penternak babi tak bising pun dan tak membantah. Begitu juga haram mendedah aurat bagi wanita Islam, pereka fesyen tak bising pun, kerana mereka tahu walaupun haram, masih ada lagi wanita Islam yang mendedah aurat. Begitu jugalah dengan fatwa pengkid ni, kenapa pulak ada pihak yang nak bising, kerana macam selalu walaupun diharamkan, sudah pasti ramai perempuan-perempuan yang gian nak jadi lelaki akan langgarnya. Apa majlis fatwa boleh buat? Sedangkan dedah aurat tu terang-terang haram, tak ada tindakan diambil pun. Sesiapa yang nak langgar fatwa berkenaan, langgarlah tetapi tunggulah pembalasan dari Allah S.W.T.
Bagi orang agama lain, mereka juga mempunyai peraturan beragama masing-masing, Orang Islam tak bising pun, contohnya ada agama yang tidak membenarkan makan daging lembu, penternak lembu tak bising pun dan tak ada yang membuat bantahan kerana mereka tahu menghormati hak-hak beragama masing-masing. Yang dia orang sibuk-sibuk tu pasal apa?

No comments:
Post a Comment