SAHABAT BLOG

18 November 2011

MENTALITI DANGDUT



Apabila membaca beberapa laporan yang disediakan oleh wartawan yang sedang mengikuti perkembangan sukan SEA di Palembang dan Jakarta Indonesia, aku aku cukup sedih dan terharu dengan semangat juang athlit kita yang sedang bertanding di sana. Yang paling aku sedih dan tidak sanggup untuk menerimanya, apabila lagu kebangsaan 'Negaraku' langsung tidak dihormati oleh rakyat Indonesia. Mereka bukan sahaja tidak berdiri bagi menghormati, tetapi membuat bising. Kita boleh melihat perbuatan biadap mereka ini apabila setiap kali menonton siaran langsung seperti perlawanan Bolasepak pada malam tadi.

Memang mentaliti dangdut betul para penyokong Indonesia ini.

Bukan itu sahaja, para athlit kita yang bertanding pula terpaksa menahan telinga dan menahan kemarahan apabila negara Malaysia telah diejek dan dihina oleh penyokong Indonesia dengan pelbagai kata nista termasuk perkataan 'maling' ataupun pencuri. Pencuri apa? Apa yang kita telah curi daripada mereka? Bahkan mereka perlu sedar bahawa ramai rakyat mereka yang berkerja di Malaysia yang telah menjadi pencuri. Jika tidak mencuri wang ringgit, mereka juga telah mencuri peluang rezeki rakyat Malaysia.

Sepatutnya mereka patut sedar bahawa mungkin ramai dikalangan mereka yang mengejek serta menyorak para athlit Negara itu mempunyai saudara mara yang bekerja di Malaysia. Tidakkah mereka merasa sedih apabila bertindak mengejek dan menghina bangsa negara serumpun ataupun bangsa serumpun. Apa yang mereka tidak puas hati sangat dengan Malaysia.

Aku melihat bahawa rakyat Indonesia ini sebenarnya marah dan geram dengan pemimpin mereka sendiri kerana tidak mampu untuk menguruskan negara dengan baik sehingga menyebabkan ramai rakyat mereka yang terpaksa menadah tangan menagih simpati dengan Malaysia. Untuk melepaskan geram mereka, maka mereka mengalihkan kemarahan dan kebencian mereka kepada Malaysia.

Kalau di Malaysia, bukan main elok lagi perangai yang mereka tunjukkan. Pijak semut pun tak mati. Hakikatnya itu semua hanya satu kepura-puraan semata-mata. Jika ada peluang dan jika ada masa, barulah kita boleh melihat perangai sebenar rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia ini. Apabila pulang ke Indonesia, mereka perlekeh dan mengejek rakyat Malaysia. Aku percaya ramai dikalangan para penyokong yang mengejek para athlit Malaysia itu pernah bekerja di Malaysia.

Kalau melihat kepada beberapa insiden dan juga perangai dan layanaN rakyat Indonesia terhadap Malaysia, aku cukup berbesar hati jika sekiranya Malaysia memikirkan semula hubungan dua hala antara Malaysia dengan Indonesia dalam bidang perlancongan. Istiharkan bahawa Indonesia adalah negara yang tidak selamat untuk dilawati oleh rakyat Malaysia. Kita bimbang dengan pelbagai Insiden mutakhir ini, termasuk pembunuhan pelajar perubatan Malaysia, keselamatan rakyat Malaysia tidak terjamin apabila melawat Indonesia . Kalau tidak boleh diistiharkan semua, maka istiharkan beberapa bandar seperti Jakarta yang tidak selamat untuk dilawati.

Untuk membaca beberapa catatan para wartawan sila klik _SINISINI dan banyak lagi di UTUSAN.

No comments: