SAHABAT BLOG

17 November 2011

UPSR - BEKAS SEKOLAH AKU TERBAIK TERENGGANU

Keputusan UPSR dah keluar hari ni. Anak aku yang sulung Alhamdulillah dapatlah juga 4A 1B. Itupun setelah aku pindahkan di ke Sekolah di Terengganu. Sebelum aku pindahkan dia, aku target dia dapat paling hebat pun 3A 2B sahaja. Matematik tu aku tak target pun dia dapat A. Macamana nak target, darjah 4, sifir pun masih tak hafal.

Alhamdulillah, bila tukar ke Terengganu, pihak sekolah memainkan peranan untuk meningkatkan pembelajaran anak aku. Namun sayang sungguh kerana pihak sekolah hanya berusaha, Allah yang menentukan segalanya. Daripada hampir seratus orang murid, takde sorang pun dapat 5A. Aku ucapkan terima kasih jugaklah kepada pihak sekolah. Walaupun dalam hati kecil aku berkata, tukar je Guru besar. Orang kampung menaruh harapan besar kepada anak-anak mereka, tetapi sayang mungkin ada kegagalan perancangan pihak tenaga pengajar yang diketuai oleh Guru Besar, maka keputusan kurang memuaskan ini dapat dihasilkan. Anak aku memanglah aku tak target tinggi pun, kira bersyukurlah. Namun aku percaya, jika pihak tenaga pengajar memperhebatkan lagi usaha  dengan dipantau oleh Guru besar, kejayaan bukannya sesuatu yang mustahil.

 Bekas sekolah aku terbaik di Terengganu. Bukan nak bangga diri tetapi ada mesej yang aku nak kongsikan.  Pada zaman aku sekolah dulu hingga sekarang, tak pernah mencapai angka seratus jumlah muridnya. Sekolah aku ni, adalah sekolah tertua di Mukim Jenagor. Dia banyak melahirkan guru-guru Rakyat tahun 50 an, 60 an dulu. Masa para pelajar menulis atas batu lagi, sekolah aku ni dah wujud.

UPSR tahun ni,  Daripada 15 orang murid, 7 orang dapat 5A, 5 orang dapat 4A 1B dan 3 orang dapat 3A. Aku tak sekolahkan anak aku di sini pasal dia tak mahu tinggal dengan Tok Wan dia iaitu mak aku. Dia nak tinggal dengan Tok Wan dia sebelah isteri aku. Kalau tidak dia pun mungkin ada rezeki dapat 5A. 

Masa aku taklah secermerlang macam ni. Ada kawan aku, sampai darjah 6, masih tak boleh membaca lagi. Yang paling cemerlang no 2 pun iaitu aku, cuma dapat 3A 1B 1C je dalam penilaian darjah 5.

Malam ni, kalau tak ada aral melintang, bekas sekolah aku pasti akan masuk TV3 ataupun TV1. Kira bangga jugak le.

Kesimpulannya, Terengganu memang hebat dalam Pendidikan. Ramuan bagaimana hendak menjadi hebat, kenalah tanya tenaga pengajar di Terengganu.

Mesej yang aku hendak sampaikan berkenaan bekas sekolah aku tu, lagi satu, makin kurang murid , makin cemerlang sekolah tersebut dengan syarat, Guru Besar dan tenaga pengajar kena mainkan peranan. Mak bapak pun kena pantau juga pasal guru-guru ni. kalau kelihatan mereka sambil lewa atau keputusan murid tidak memuaskan, kena laporkan kepada pihak PPD.  PIBG kena mainkan peranan, jangan asyik kautim sangat dengan tenaga pengajar ni.

Disamping itu,  kerajaan kena ikhtiarkan untuk memperbanyakkan sekolah dan meramaikan lagi tenaga pengajar. Untuk memperbanyakkan sekolah, tak perlu menggunakan kawasan yang berekar-ekar. Cukuplah setakat ada dua atau tiga bangunan dan sedikit kawasan permainan. Apa yang penting adalah tumpuan guru kepada para murid lebih fokus.

No comments: