SAHABAT BLOG

15 November 2011

Wajarkah Rasionalisasi Jabatan Perkhidmatan Awam

Baru-baru ni riuh pasal statement oleh seorang pemimpin pembangkang (PR) yang berkata bahawa jika sekiranya PR berjaya memerintah negara, antara perkara utama yang bakal mereka lakukan adalah mengurangkan bilangan penjawat awam. Mereka hanya akan mengekalkan penjawat awam yang efesien dan kompiten sahaja.

Dalam ertikata lain pihak PR ( PAS, DAp dan PKR ) akan melakukan satu proses rasionalisasi Jabatan perkhidmatan Awam bagi tujuan  menjadikan sektor perkhidmatan awam negara kita ini lebih berdaya maju dan mampu bersaing dengan harapan ianya hanya dijawat oleh mereka yang benar-benar berkemampuan dan serius sahaja ( harapan mereka ). Mana-mana penjawat awam yang tidak serius dan asyik ponteng kerja tidak ada tempat dan bakal disingkirkan.

Di sisi lain aku melihat, tujuan mereka ini tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan sektor perkhidmatan awam ini terbuka untuk semua orang bangsa yang berkelayakanb mereka hendak menjadikan sektor perkhidmatan awam bukan bukannya hak keistimewaan orang melayu atau dalam kata lain, mereka hendak merampas hak keistimewaan tersebut secara sah. Sekarang ini diperakui sektor perkhidmatan awam dipenuhi oleh lebih 80%  bumiputera. Jumlah ini dilihat oleh PR sebagai tidak munasabah. Oleh sebab itulah proses rasionalisasi perlu dilaksanakan supaya nisbah ini boleh dikurangkan.

Pada pendapat aku, perkara ini boleh jadi berpunca daripada sikap terlalu memandang rendah keupayaan orang melayu untuk mentadbir negara. Di samping itu juga masih wujud lagi dikalangan pemimpin sesetengah bangsa yang menganggap bahawa orang Melayu ini malas dan lembab, suka ponteng kerja dan kaki rasuah. Orang yang mengeluarkan statement ini masih lagi beranggapan bahawa jika sekiranya bangsa mereka diberi kepercayaan untuk mentadbir negara ini, mereka mampu untuk berbuat lebih banyak perkara untuk memajukan negara ini dengan bermentorkan negara jiran selatan kita.

Di samping itu juga aku melihat, statement ataupun niat sebenar mereka hanya untuk memberikan harapan kepada para pengundi lain-lain bangsa bukan melayu untuk menaruh harapan dan memberikan peluang kepada mereka dalam PRU 13 nanti.

Hakikatnya perkara ini (rasionalisasi) ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Walaupun tidak mustahil, tetapi hampir mustahil untuk dilakukan kerana beberapa kekangan yang perlu mereka lalui terutama perlembagaan, dan juga kesatuan sekerja iaitu CUEPACS.

Niat dan kenyataan ini  aku lihat hanyalah sebagai janji manis politik semata-mata. Walaupun demikian, perkara ini dipandang serius kerana ianya melibatkan kepentingan orang melayu secara khusus. Sesuatu kenyataan atau niat yang dilihat boleh menganggu gugat kedudukan dan keistimewaan orang melayu tidak boleh diperdagangkan dalam politik.

Oleh sebab itu, aku berpendapat bahawa usaha untuk menolak impian kuasa ataupun impian Putrajaya PR hendaklah dipergiatkan. Setiap orang melayu atas pagar ataupun golongan yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik hendaklah menyata pendirian mereka untuk menolak gagasan Pakatan Rakyat.

Jika PR tidak ditolak secara mentah-mentah, lebih banyak kesengsaraan dan kesulitan bakal dihadapi oleh rakyat majoriti samada majoriti bangsa mahupun majoriti Agama. Kepada para penyokong mereka, jika tuan-puan tidak mahu memperjuangkan kelangsungan kuasa bangsa Melayu, fikirkanlah pasal Agama Islam. walaupun tidak nampak kaitan secara langsung, tetapi semua pihak perlu ingat dan perlu sedar bahawa kekuatan Islam di Malaysia ini disebabkan kekuatan kuasa politik yang dimiliki oleh penganut terbesarnya iaitu orang Melayu.

Jika sekiranya orang melayu itu berjaya dilemahkan kuasanya, tidak ada halangan lagi bagi musuh-musuh Islam untuk menumbangkan dan menindas Agama Islam. jika tidak melalui kekuatan fizikal, tetapi boleh melalui kekuatan kuasa politik.

No comments: