SAHABAT BLOG

05 December 2010

Datuk Idris..Kalau tak naik tak boleh ke????

MINYAK NAIK LAGI….APA DIKATE, TERIME JE LE…..

Minyak naik lagi. Macam biasa, bila minyak naik sahaja, sudah pasti barang-barang akan naik. Jangan haraplah para peniaga nak dengar saranan kerajaan supaya tidak menaikkan harga barang. Mereka mempunyai seribu alasan untuk menaikkan harga barang setiap kali minyak naik. Semenjak Idris jala menjadi menteri yang menjaga ekonomi negara, huru hara dibuatnya. Apa, dia ingat menguruskan Negara ini seperti menguruskan sebuah syarikat ke? Dulu dia kata negara bakal muflis jika terus menerus memberi subsidi. Bukan malaysia sahaja negara yang memberi subsidi kepada rakyatnya, boleh dikatakan setiap negara dalam dunia ni memberi subsidi kepada rakyatnya. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan memikirkan bagaimana cara dan kaedah untuk mensejahterakan rakyat dan bukannya memikirkan bagaimana nak teruskan suvivor politik masing-masing. Aku bukan risau pasal harga minyak tu kerana nilai 5 sen sekarang ni bukannya dipandang pun. Kalau jatuh dijalanan pun tak ada sesiapa yang peduli untuk memunggutnya kembali. Peminta sedekah pun tak jeling. Yang di risaukan adalah apabila kenaikan harga minyak ini jika tidak dibangkitkan oleh rakyat, maka ianya akan menjadi satu trend kepada kerajaan.

MemBandingkan harga minyak dengan negara jiran adalah perkara biasa bagi kerajaan setiap kali menaikkan harga minyak. Yang dibandingkan ialah harga RON95, tetapi mungkin rakyat jiran kita tak pakaipun RON95 ni. Mungkin mereka pakai minyak RON93 atauRON yan lebih rendah. Apa nak hairan. Ada lagi yang ulasan yang lebih kasar akan mengatakan, kita bukanya beli minyak di Indonesia, maka apa nak hairan jika minyak dia lebih tinggi atau lebih rendah.

KEBEBASAN BERDEMONSTRASI

Semalam, banyak NGO pro sultan yang mengadakan demonstari dan dengarnya dalam masa terdekat ni akan ada lagi beberapa sri demonstrasi. Jika dahulu kita dapati pihak yang sering mengadakan demonstarsi adalah pihak pembangkang. Namun sekarang ini, pelbagai pihak samada pro kerjaan, atau pro pembangkang dan juga pro sultan telah mengadakan pelbagai siri demonstrasi. Sebagaimana biasa, pihak polis sudah pasti akan menasihatkan orangramai supaya tidak ikut berdemo kerana tidak ada permit. Yang ruginya adalah para pendemo yang prokerajaan ataupun pro sultan kerana kebanyakkan para penyokong kerajaan ataupun sultan ini adalah mereka yang bekerja dengan kerajaan. Jadi mereka bimbang jika keluar pergi berdemo, mereka akan ditangkap dan akhirnya menjejaskan periuk nasib mereka. Perkara ini berbeza dengan penyokong parti pembangkang. Kebanyakkan mereka tidak bekerja ataupun bekerja sendiri. Apa mereka peduli kalau ditangkap sekalipun. Lagipun ramai peguam yang sanggup untuk membela mereka. Oleh itu adalah lebih baik pihak polis keluarkan permit kepada mereka yang ingin berdemonstrasi dengan syarat-syarat tertentu. Bukannya menghalang terus rakyat hendak berdemostransi.


MALAYSIA BERNASIB BAIK SERI DENGAN THAILAND

Kebetulan aku menonton perlawanan bolasepak piala Suzuki antara pasukan Negara menentang pasukan Thailand. Sebenarnya aku tak sanggup untuk menonton sehingga habis perlawanan kerana aku kesian kepada pasukan Negara kerana asyik kena serang sahaja. Namun aku kuatkan semangat menonton sekali skala dan Alhamdulillah akhirnya Malaysia bernasib baik seri walaupun pada minit-minit akhir perlawanan, Malaysia mempunyai peluang untuk menjaringkan goal melalaui Khairil Muhaimen. Namun takdir telah menetapkan hanya keputusan seri sahaja yang bakal terjadi. Ini bermakna Malaysia mempunyai 1 mata sama dengan pasukan Loas. Jika ditakdirkan Indonesia memenangi perlawanan menentang Thailand dan Loas dan Malaysia pula menang ke atas Loas, maka Malaysia akan masuk ke separuh akhir.

Melihat keadaan padang di Istora Senayan, aku teringat kepada kejohanan Liga Musim banjir di Tempat aku suatu ketika dahulu. Masa itu aku masih aktif bermain sekitar pertengahan 80 an hingga pertengahan 90 an. Sekarang ni aku tak tahu masih ada tak lagi Liga berkenaan. Apabila bermain bolasepak dimusim tengkujuh, padang akan menjadi seperti kubang kerbau. Namun demikian, kemeriahannya cukup terasa dan kadang-kadang dalam hujan ribut pun, masih bermain juga.

Cukup sayang jika Liga-liga sedemikian tidak diteruskan oleh generasi terkemudian ini. Jika dahulu, boleh dikatakan setiap bulan akan ada sahaja persatuan belia 4B yang anjurkan kejohanan 7 sebelah. Kebiasaannya hadiah utama seperti seekor lembu dan juga wang tunai. Aku pernah mengecapi kemenangan kejohanan 7 sebelah. Manakala liga musim banjir pula tak pernah menjadi juara.



ANAK-ANAK AKU DAH PULANG

Hari ini, rumah (Apartment sebenarnya) kembali riuh dengan keletah anak-anak aku kerana mereka telah kembali bercuti dari kampong. Riuh rendah jadinya dengan suara tangisan, jeritan dan juga hilai tawa mereka. Si angah macam biasa akan menjadi dominant kerana dia sorang je yang lelaki. Si Alia selalu menjadi mangsa buli Angah. Nina, iaitu yang paling kecil pun sudah pandai dalam banyak perkara. Walaupun umurnya baru 2 tahun, tetapi dia cepat memahami setiap arahan dan juga suruhan yang diberikan kepadanya. Anak-anak dah semakin membesar, maka keperluan mereka pun semakin bertambah. Kadang-kadang pening juga memikirkan perbelanjaan persekolahan mereka. Si Along akan masuk Tahun 6 tahun depan. Angah pula tahun 4, Alia akan berada di tahun akhir Tadika. Kalau dihitung perbelanjaan keseluruhan kelengkapan mereka, hampir RM1,500.00. Mujurlah majikan aku perihatin kerana memberikan pendahuluan bonus sebanyak ½ bulan gaji. Bolehlah juga digunakan untuk membeli keperluan sekolah dan membayar yuran prsekolahan mereka. Along bersekolah di kampong dan tinggal bersama nenek sebelah maknya. Yang lain-lain sebenarnya suka bersekolah di kampong tetapi, mana boleh. Tak tahulah kenapa anak-anak aku kesemuanya suka suasana kampong. Esok, janji nak pergi ke Kamdar untuk membeli peralatan sekolah. Duit pendahuluan bonus bukannya dapat lagi. Alamatnya kena hutang dahulu dengan bank ( kad kredit). Tak habis-habis timbus lubang, korek lubang. Entahlah sampai bila hidup aku ini akan bebas dari hutang.

2 comments:

hingus said...

Rakyat didahulukan (bebankan hutang kpd rakyat), pencapaian di utamakan (kpi pak-pak mentori)

putrarahman said...

Terima kasih Hingus. Buat hutang kerana nak laksanakan pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat.