1. Semalam negara dikejutkan buat seketika dengan isu caj atau cukai yang pra bayar 6% bakal dikenakan kepada para pembeli. Sebelum ini cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi untuk dibayar kepada kerajaan.
2. Kerajaan tetap akan dapat cukai 6 % tersebut samada diserap oleh syarkat atau dipindah kepada pengguna. Semakin banyak orang guna pra bayar, maka semakin banyak kerajaan dapat cukai. Semakin tinggilah pendapatan negara dari sumber cukai.
3. Dalam teori ekonomi, apabila harga meningkat, maka permintaan berkurangan. Jadi apabila harga kad prepaid semakin meningkat dari biasa, maka orang akan semakin kurang membeli. Mereka akan lebih berhemah untuk menggunakan prepaid masing-masing. Maknanya rakyat akan mengurangkan pembelian kad prabayar.
4. Apabila permintaan semakin berkurang, maka kad yang djual pun berkurangan dari biasa. Apabila kad semakin kurang, cukai yang kerajaan dapat pun semakin berkurang.
5. Apabila kerajaan menerima semakin kurang cukai, semakin kuranglah pendapatan kerajaan. Dalam keadaan sekarang ini, mengurangkan pendapatan negara adalah satu langkah yang tidak betul.
6. Kerajaan pun, jika berniat untuk mengurangkan pendapatan dari sumber cukai, mereka sepatutnya memikirkan bagaimana untuk tidak membebankan rakyat. Contohnya meningkatkan perlepasan cukai individu atau mengurangkan kadar tol, menurunkan harga minyak atau sebagainya.
7. Bagi syarikat telekomunikasi pula, jangan asyik memikirkan tembelok masing-masing sahaja. Fikirkan juga pasal kerajaan dan rakyat yang semakin susah sekarang ini.

No comments:
Post a Comment