SAHABAT BLOG

09 September 2011

SEJARAH PELAKON SEKS CINA DOLL SEDANG DIUKIR - BAIK PERBETULKAN CEPAT SEBELUM TERLEWAT

Aku nak habaq pada puak-puak PAS yang cadang nak ubah sejarah tanahair ni. Aku cadangkan supaya mereka perbetulkan dan perjelaskan dahulu beberapa perkara penting yang berlaku akhir-akhir ini. Jika ianya tidak diperbetulkan dari sekarang ni, aku bimbang apabila ianya telah menjadi bahan sejarah, maka generasi yang akan datang akan hadapi kesukaran untuk mengubahnya.

Pertama sekali aku cadangkan kepada puak-puak PAS supaya membetul dan mencari penjelasan dahulu berkenaan pelakon Video Seks dengan Cina Doll. Sekarang ini secara perlahan-perlahan sejarah sedang diukir dan dipahatkan bahawa pelakon lelaki itu adalah Anwar Ibrahim iaitu tokoh politik pembangkang dan menjadi ketua pembangkang. Jika tidak diperbetulkan aku percaya apabila sejarah menceritakan berkenaan Anwar Ibrahim, maka salah satu perkara yang menjadi pengisian dalam bicara berkenaan ialah keterlibatan beliau dalam skandal seks berkenaan.

Sehubungan itu, aku cadangkan supaya PAS menyokong supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat siapakah pelakon lelaki yang melakukan hubungan seks dengan pelacur cina berkenaan supaya sejarah boleh diberi kefahaman yang jelas sebelum ianya dicatatkan. Tindakan PAS untuk membiarkan supaya kejadian itu tidak disiasat secara menyeluruh terutama untuk mengenalpasti pelakon lelaki itu boleh menyebabkan aib yang keterlaluan kepada waris-waris Anwar Ibrahim untuk ratusan tahun yang akan datang.

Generasi akan datang tidak berada pada zaman ini untuk mengetahui cerita sebenar dan kita tidak tahu siapa yang bakal menulis buku sejarah dimasa yang akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

sejarah yg ditulis tegar umno memang berbeza dgn sejarah yg sebenar....itu kenyataan.

putrarahman said...

Terima kasih kerana memberi komen. Apa yang tuan katakan itu suatu yang tidak pelik jika tuan penyokong tegas PAS, DAP atau PKR.