SAHABAT BLOG

11 September 2011

PEMIMPIN KERAJAAN!! GUNAKAN KUASA RAKYAT UNTUK RAKYAT

Laporan Utusan semalam memaparkan beberapa pandangan daripada pihak pemimpin BN termasuk menteri dan PM yang tidak bersetuju dengan langkah syarikat telco untuk memindahkan cukai 6% prepaid kepada pengguna. Pada hari ini, syarikat Celcom telah bertindak menghantar sms kepada pengguna prepaidnya termasuk aku untuk memaklumkan bahawa mulai 15 September 2011, setiap pembelian prepaid akan dikenakan caj 6%. 

Apa yang boleh aku simpulkan ialah CEO syarikat di Malaysia ini termsuk CEO syarikat yang bergantungan kepada kerajaan untuk beroperasi sudah tidak menghormati ahli politik. Bagi mereka ahli politik ini menyusahkan dan menjadi penghalang kepada perkembangan syarikat mereka. Apabila CEO syarikat ini tidak menghormati ahli politik, bermaksud mereka sudah tidak menghormati pemimpin kerajaan kerana pemimpin itu terdiri dari ahli politik. Mereka beranggapan bahawa pemimpin kerajaan termasuk PM tidak boleh dan tidak berupaya untuk menentukan arah pejalanan mereka. Mereka beranggapan bahawa ahli politik ini tidak ada kuasa untuk menghalang mereka. Inilah mentaliti yang sedang  bersarang di dalam kepala CEO dan pengurusan syarkat besar di Malaysia ini. Jika tidak dihalang, mentaliti sebegini sangat berbahaya kepada pemimpin dan rakyat yang bakal menjadi mangsa

Sebagai kerajaan, sudah tentu mereka mempunyai kuasa yang boleh mengalang kegilaan para CEO ini dan mengajar mereka bagaimana hendak menghormati kuasa yang ada pada ahli politik. Tetapi sayang kerajaan dan menteri yang ada sekarang ini terlalu penakut dan tidak tahu untuk menggunakan kuasa mereka. Ketakutan dan kebaculanm mereka ini banyak menyusahkan rakyat. Pinsip rakyat didahulukan terpaksa diketepikan apabila berhadapan dengan kerakusan para peniaga dan pemilik syarikat besar ini. 

Aku nak bagitahu kepada ahli politik yang menjadi pemimpin sehingga bertaraf menteri mahupun perdana menteri, jika tuan-puan semua takut dan beranggapan bahawa tuan-puan tidak ada kuasa untuk menghalang kerakusan syarikat-syarikat korporat ini, tuan-puan sebenarnya silap. Sedarlah bahawa tuan-puan semua bahawa dibelakang tuan-puan ada satu kuasa besar iaitu kuasa rakyat yang sentiasa menyokong tuan-puan. Kuasa besar ini jika digunakan sebaik-baiknya, aku percaya boleh mengerunkan syarikat yang berani bertindak untuk tidak menghormati tuan-puan. Soalnya kenapa tuan-puan tidak mahu menggunakan kuasa rakyat untuk menentang mereka. Carilah kaedah bagaimana hendak mengerakkan kuasa rakyat ini untuk digembelengkan supaya ianya menjadi sesuatu yang digeruni. Janji tuan-puan untuk mendahulukan kami, hendaklah dibuktikan. 

Dari segi penggunaan peraturan, aku tidak bercaya bahawa tidak ada peraturan dan akta yang boleh digunakan menghalang tindakan CEO syarikat yang tidak menghormati ahli politik dan pemimpin kerajaan. Kenapa takut sangat hendak menggunakan peraturan dan akta tersebut.  Contohnya, batalkan segala lesen pengiklanan kepada mana syarikat yang tidak dengar cakap ni. Berapa banyak iklan yang ditarik balik, jadi kenapa perkara ini tidak boleh dilakukan kepada CELCOM, MAXIS, DIGI dan sebagainya. Jadilah lebih berani kerana sesungguhnya kuasa rakyat sentiasa dibelakang tuan-puan.

1 comment:

Anonymous said...

salam putrarahman - makin lama makin ganas orang kuala berang ! hehehehehe .... selamat HariRaya bro !