SAHABAT BLOG

16 September 2011

SI PENJUAL UBAT DAN PATI

MAT SABUN SI PENJUAL UBAT

Hampir seminggu aku tidak kemaskini blog aku ni. Bukan malas atau tiada idea tetapi kebetulan aku pulang ke kampung halaman untuk memberi semangat kepada anak sulung aku menghadapi UPSR. Di kampung aku, tiada kemudahan untuk aku kemaskini blog aku.

Sepanjang aku bercuti itu, pelbagai isu hangat dibincangkan. Sudah pasti isu Mat Sabun dan Arwah Komunis Mat Indera memenuhi ruang berita. Aku sebenarnya sudah  bosan dengan isu ini. Mat Sabun tu memang lagu tu, jenis orang yang cakap lepas je. Dia bukannya cerdik mana pun. Kawan aku yang senegeri dengan dia kata sebelum menceburi politik, Mat Sabun ini adalah seorang penjual ubat. Oleh itu tak hairanlah strategi politik beliau sama seperti strategi seorang penjual ubat. Nak tahu apa strategi penjual ubat, baca perenggan berikutnya.

Cuba perhatikan kepada penjual ubat. Semasa beliau berceloteh, kita dapati begitu ramai orang yang keliling untuk mendengar celoteh dan loyar buruk mereka. Namun apabila tiba masa penjual ubat mempromosi, ramai yang mula angkat kaki. Bukan tak percaya tetapi macamana nak percaya kerana mereka akan kata ubat mereka boleh mengubati semua jenis penyakit. Kalau betul, buat apalah kerajaan perhabiskan berjuta-juta ringgit untuk melatih para doktor dan membangunkan hospital.  Yang beli ubat si penjual ubat itupun hanya dikalangan kawan-kawan dia sahaja. Sebenarnya mereka dah berpakat, kononnya sebagai strategi untuk mengatakan bahawa ubatnya laku. Orang yang mudah kena tipu pun ikutlah beli ubat yang sangat mujarab tu.

Kadang-kadang penjual ubat ni pandai. Mereka sengaja melambakkan duit mereka sendiri bagi dalam bekas duit. Kononnya untuk memberitahu orang ramai bahawa ubat mereka laku. Hakikatnya baru sahaja buka meja atau baru susun atur ubat, tetapi duit dah berlambak dalam bekas duit. Orang-orang mudah kena tipu pun percayalah bahawa ubat si penjual ubat tu dah ramai yang beli kerana dah berlambak duit dalam bekas duit. 

Kalau penjual ubat yang menggunakan silap mata lagi syiok. Mula-mula dia buka cerita nak buat silap mata, berpusu-pusu orang datang termasuk aku. Akhirnya apabila orang dah ramai keliling, mulalah dia promosi ubatnya, tetapi silap mata tak juga dimainkanya. Last sekali ramai yang bosan tunggu untuk lihat silap mata, terus angkat kaki. 

Apa yang boleh aku simpulkan, Mat Sabun ini adalah macam seorang penjual ubat. Cuba perhatikan, setiap kali beliau ceramah, pasti ramai yang datang. Macam penjual ubat, ceramah beliau penuh dengan senda gurau dan lawak jenaka. Macam penjual ubat, beliau akan cakap bahawa semua perkara yang kerajaan buat tak betul belaka. Hanya Parti beliau sahaja yang boleh selesaikan semua hal. Bagi orang yang mudah kena tipu, semua yang Mat Sabun cakap tu betul belaka. Macam penjual ubat, jika Mat Sabun ni, dibiarkan, maka akan senyaplah juga akhirnya. Bila ceramah ditempat lain, dia akan buka cerita yang sama juga. Namun jika beliau dilayan dan diberi perhatian, maka semakin galaklah beliau. Macam penjual ubat, semakin orang layan, semakin suka dan semakin galaklah beliau membuat cerita.  Aku percaya selepas ini akan ada lagi isu-isu baru yang Mat Sabun akan keluarkan kerana beliau dah naik lemak dan dah naik syeikh, kerana cerita beliau diberi perhatian. Sape mereka yang mudah kena tipu tu, dan siapa yang bodoh kerana layan si penjual ubat??

PATI DAH KENAL PASTI , BILA NAK SURUH MEREKA BALIK.

Dalam pada aku layan cerita Mat Sabun yang tak ada kesudahannya ini. Aku baca dalam Utusan, Hishamuddin boleh keluarkan pula cerita bahawa lebih 62,000 orang anak kecil dan remaja PATI yang mendaftar. 62,000 bukan jumlah yang sedikit woo. Kalaulah mak bapak budak-budak ni datang dengan tiada anak, bermakna mereka dah mendiami negara dan mencari rezeki secara haram dalam negara kita ini sudah bertahun-tahun sehingga beranak pinak. Macamana mereka boleh bebas dan beranak pinak tanpa dapat dikesan? Siapa yang membidankan mereka? Aduh naik pening dan sesak nafas aku bile memikirkan pasal pendatang asingt n. Bila mereka nak kembali kenegara asal mereka? Aku fikir mereka tak akan balik-balik sehingga dikuburkan disini. 

Aku difahamkan, lebih 2 juta orang PATI yang didaftarkan dalam program 6P baru-baru ini. Program ini bagus kerana PATI ini boleh dikesan dimana mereka berada dan dengan siapa mereka bekerja. Isunya, apabila dah dapat kesan, apa tindakan kerajaan? Takkan nak biarkan sahaja mereka ini bersenang lenang. Bila nak suruh mereka balik ke negara masing-masing. Dah naik meluat dan rimas dah aku dengan orang asing ni. Di KLCC tu, kalau hari minggu, bersepah Mat Bangla dan Mat Indon berpeleseran. Orang kampung aku kata,Kalau dulu di KLCC tu "selak warganegara baru jumpa orang asing, sekarang ni, selak orang asing baru jumpa warganegara. 

Aku tak mahu ulas lagi pasal ISA yang dimansuhkan. Cuma aku kurang tahu kaedah dan cara untuk memansuhkan sesuatu akta tu. Kalau nak buat akta, para wakil rakyat kita bertegang urat membahaskannya, takkan nak memansuhkan akta hanya boleh dilakukan dipentas ceramah sahaja? Ini yang aku tak faham ni. Takkan begitu mudah untuk memansuhkan sesuatu akta. Adakah ianya tidak perlu diusul dan dibahaskan di dalam Parlimen terlebih dahulu? 

No comments: