SAHABAT BLOG

08 December 2010

PARTI MCA , KHIR TOYO, SEPARUH AKHIR

TIADA ABANG, TIADA ADIK - KATA MCA

UMNO beranggapan bahawa persefahaman di antara parti-parti politik di dalam BN seumpama hubungan adik beradik. Di dalam hubungan adik beradik, sudah pasti ada abang dan ada adik. BN itu umpama Ibu manakala , UMNO, MCA, MIC dan lain-lain lagi itu adalah anak-anak. Disebabkan UMNO anggap bahawa hubungan ini seperti adik-beradik maka UMNO beranggapan bahawa mereka adalah 'abang'kepada parti-parti lain. sebagai abang sudah tentulah parti-parti lain kena menzahirkan rasa hormat mereka kepada UMNO. Secara logiknya perkara ini sesuai diamalkan kerana UMNO itu mempunyai banyak kelebihan berbanding parti-parti lain di dalam BN. Mereka paling ramai ahli, mereka paling ramai MP, PM dan TPM terdiri daripada ahli UMNO, Anggota kabinet paling ramai UMNO dan macam-macam lagi. Oleh itu memang layaklah UMNO itu dianggap sebagai abang di dalam BN dan tugas abang adalah menasihati adik-adiknya.

Akan tetapi, MCA tidak pernah menganggap sedemikian. Bagi mereka semua parti mempunyai taraf yang sama sahaja di dalam BN. Tidak ada abang dan tidak ada adik. Mereka beranggapan bahawa tidak ada sesiapa yang boleh mencampuri urusan parti masing-masing. Biarlah parti nak lingkup atau nak mampus pun, tidak ada pihak-pihak lain yang boleh memberikan nasihat atau pandangan. Bukankah sombong pendirian sebegini. Adakah mereka tidak tahu bahawa mereka adalah sebuah parti di dalam BN. Jika rosak atau teruk masalah mereka, maka bahananya akan diperolehi oleh BN. MCA juga berangapan bahawa BN ini adalah kepunyaan semua parti komponen yang berada di dalamnya. Berdasar anggapan ini, mereka mendakwa mereka ada cara tersendiri untuk memancu BN sebagaimana mereka kehendaki. Tidakkah ini membelakangkan jawatankuasa yang dilantik di dalam BN.

Jika beginilah sikap MCA, sudah tentu para pemimpin lain di dalam BN akan susah dan parti akan rosak. Penolakan orang Cina kepada BN akibat krisis dalaman MCA yang tak sudah-sudah. Apabila Lim Liong Sik mula mengudurkan diri, krisis kepimpinan mula berlaku. Pada masa Ong Ka Ting krisis ini tidak kelihatan, tetapi apabila zaman Ong Tee Keat, barulah nampak perbezaan pendapat di kalangan pemimpin MCA. Semuanya ini sedikit sebanyak disumbang oleh Chua Soi Lek. Kalaulah skandal seksnya tidak diketahui ramai, saya percaya keadaan di dalam MCA masih lagi seimbang.


DATO' SERI KHIR TOYO

Aku pun hairan bagaimana tanah dan lot rumah yang berharga RM6.5 juta telah turun nilai kepada RM3.5 juta. Mungkinkah pada masa harta itu dibeli dahulu harta tersebut tidak dinilai dengan sebetulnya oleh para penilai. Siapa tahu pembeli sengaja menaikkan nilai pasaran bagi tujuan tertentu. Namun demikian, saya percaya kes ini akan menarik perhatian rakyat kerana melibatkan seorang bekas MB yang masih aktif di dalam politik. Aku pun percaya nilai RM6.5 juta itu juga diberikan oleh penilai dan Nilai RM3.5 juta itupun diberikan oleh penilai. Kedua-dua pembeli dan penjual mekakukan transaksi pembelian berdasarkan nilaian yang diberikan oleh penilai. Dalam soal ini penilai yang salah membuat nilaian. Siapakah penilai-penilai tersebut?


MALAYSIA KE SEPARUH AKHIR - TERIMA KASIH PENGADIL

Malaysia menang bergaya untuk ke separuh akhir piala Suzuki di Indonesia. Malaysia mengalahkan Loas dengan agregat 5 -1 . Kemaraan Malaysia turut dibantu oleh pengadil kerana memberikan tendangan Penalti kepada Indonesia. Kalau tak ada penalti tersebut, belum tentu Indonesia boleh menang.

1 comment:

Anonymous said...

konsep 1malaysia lah yg menjahanamkan umat melayu. kaum lain nampak 1Malaysia ini adalah peluang utk mereka menikmati apa yg melayu dapat. hasilnya amat memberansangkan. syabas 1malaysia pak najib kerana membenarkan kaum lain "meminta" hak mereka sama dengan hak melayu....bagusss.