SAHABAT BLOG

11 December 2010

Kisah menteri dan namewee

Namewee adalah nama samaran bagi seorang budak cina. Nama sebenarnya aku tidak tahu dan tak ada selera nak tahu nama sebenarnya. Mungkin nama Wee Kue Teaw ataupun Lim Chong Wee.Nasib bukan Wee Teck Leong kawan aku semasa belajar di sekolah dulu. Ramai orang melayu yang marah betul kepada Namewee ni kerana beliau telah menghina lagu kebangsaan dan menghina Islam di dalam karyanya.Penghinaan beliau bukan hanya disebarkan dalam negara sahaja, tetapi disebarkan ke seluruh dunia. Seluruh dunia yang memahami bahasa Melayu yang menonton youtube beliau tahu bahawa ada budak cina yang menghina Islam tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh pemimpin Islam. Sekurang-kurang keluarkanlah fatwa bahawa kapir seperti Namewe ini adalah kapir yang memusuhi Islam ataupun kapir harbi dan layak untuk dimusuhi.

Suatu ketika dahulu semasa seorang penyanyi melayu yang menyanyi lagu Negaraku dengan tempo yang berlainan telah dikritik hebat dan adan pemimpin melayu yang mencadangkan supaya beliau dilucutkan kerakyatannya. Itu baru tempo sahaja yang lari, Namewee bukan sahaja tempo tetapi lirik pun diubah. Namun tidak ada apa-apa tindakan diambil terhadap beliau. Tak tahulah apa Ilmu yang beliau pakai ataupun mungkin juga beliau menjadi ikon warganegara 1Malaysia. 1malaysia apa kalau yang dihina adalah melayu dan Islam sahaja, tetapi kaum lain tidak disentuh. Inilah pemahaman yang silap konsep 1Malaysia yang diwahyukan oleh PM DS Najib tetapi telah difahami dengan pelbagai fahaman. Sedangkan Islam itupun terdapat perselisihan di dalamnya, inikan pula 1malaysia.Sepatutnya 1malaysia ini dikitabkan supaya mudah difahami dan tidak ada yang keliru seperti namewee ni. Ini tidak semua perkara sudah hendak disatukan. Nasib baik tidak ada kempen 1Suami 1Isteri 1Anak. Kalau macam ni, tak berkembanglah Umat Muhammad S.A.W. Mungkin berkembang juga tetapi dalam keadaan yang salah iaitu anak tidak sah taraf.

Mungkin dari segi perundangannya Namewee tidak bersalah (dalam kes menghina pengetua) tetapi dari segi moral dan juga imej yang dibawa oleh beliau amat rendah dimata orang Melayu dan Islam. Apabila moral dan Imej beliau begitu jatuh dan amat rendah maka segala bentuk tindakan akan diambil untuk memulihkan moral dan imejnya. Apabila seorang menteri Melayu (aku tak selera nak tulis namanya) menyokong ataupun membelakangi (bolehke guna perkataan ini)ataupun berada dibelakang beliau untuk mempertahankan beliau dari segi undang-undang,tindakan tersebut telah menaikkan kemarahan orang melayu. Orang melayu beranggapan bahawa Menteri tersebut telah bermain dengan emosi orang Melayu. jika benar menteri itu beranggapan bahawa namewee tidak bersalah, sepatutnya beliau membiarkan sahaja budak cina itu dan bukannya memberi sokongan (sudi untuk berjumpa membawa maksud memberi sokongan kerana bukan senang nak jumpa pak menteri di parlimen).

Tulis panjang pun tak guna kerana sudah ramai yang telah menulis pasal ni. Cuma kesimpulan aku, namewee itu jangan dibiarkan berkarya secara bebas di dalam Malaysia apatah lagi memberi peruntukkan kepada beliau selagi beliau tidak meminta maaf kepada seluruh orang Islam dan orang Melayu khususnya kepada pengetua yang dihinanya itu. Mana-mana pihak yang menyokong beliau untuk berkarya hendaklah dipinggirkan. jika menteri sekalipun yang menyokong beliau, menteri tersebut hendaklah diminta untuk meletak jawatan. Janganlah dijadikan Namewee ini sebagai kambing hitam untuk menguji tahap kemarahan orang melayu terhadap perbuatan menghina Islam. Janganlah dijadikan namewee itu sebagai ikon 1malaysia kerana fahaman 1malaysia itu ternyata sesat dan menyesatkan.

1 comment:

hingus said...

inilah hasil nya dari semanagt pak najib - 1Malaysia.... kan dah kena kat melayu...