SAHABAT BLOG

03 December 2010

PM dilantik oleh Agong dan Bukannya oleh PR

Kuasa untuk menentukan siapa yang menjadi PM adalah dibawah kuasa Yang Dipertuan Agong, manakala bagi jawatan Menteri Besar pula di bawah kuasa Sultan bagi negeri masing-masing. Carilah dalam perlembagaan kalau nak tahu betul ke tidak. Dalam sejarah perlantikan jawatan PM, belum pernah berlaku di dalam Negara sejarah Yang Dipertuan Agong tidak memperkenan calon PM yang dicalonkan oleh parti yang memperolehi majoriti di dalam PRU. Namun demikian, bagi jawatan MB, sejarah pernah mencatatkan bahawa selepas PRU 12, Sultan Terengganu, Perlis dan Perak tidak berkenan kepada calon yang dikemukakan oleh parti untuk dilantik sebagai MB. Kalau pernah berlaku, bermakna ianya boleh dijadikan panduan oleh mana-mana Sultan termasuk yang Dipertuan Agong.

Oleh itu, jika ada PR telah merancang untuk melantik Anuar Ibrahim sebagai PM, ini sudah lebih. Kalau Yang Dipertuan Agong tidak perkenan macamana? Lagipun, cadangan ini seolah-olah mendahului Yang Dipertuan Agong. Oleh yang demikian, tindakan PR ini sudah dikira membelakangkan perlembagaan. Lebih malang lagi apabila Anuar Ibrahim mengumumkan akan Lim Kit Siang sebagai TPM.
Bagi orang Islam dan melayu khususnya yang masih waras dan sayangkan Sultan mereka, perbuatan ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan dan patut ditolak.

Sebagaimana biasa, TGNA akan membenarkan perkara ini berlaku kerana bagi beliau apa sahaja yang difikirkan boleh memberikan kelebihan politik kepada PR untuk menumbangkan UMNO, akan dipersetujui. Namun sekarang ini sudah kedengaran perasaan tidak puas hati para pemimpin PAS yang terutama pengikut PAS yang sayangkan kepada TGHH. Namun demikian, seperti yang sudah-sudah, apabila pemimpin lain mengutarakan cadangan, semuanya dikatakan oleh TGNA sebagai pendapat peribadi dan pemimpin tersebut secara diam akan ditazkirah oleh TGNA atau TGHH.

WARNA BARU DACING

SU Agung ,UMNO menyatakan bahawa logo BN akan berubah warna bagi menyerap konsep terkini BN setelah konvensyen ke 13 baru-baru ini. Walaupun berubah warna, sedikit sebanyak ianya akan meberi kesan kepada para pengundi untuk menjadi biasa dengan warga baru ini. Mungkin ada diantara para pengundi saluran 1 hanya kenal warna biru sahaja kerana sejak merdeka , hinggalah sekarang itulah warna yang telah tertanam di dalam memori mereka. OLeh itu, bila lambang dacing berubah warna, mereka akan keliru dan akan tercari-cari mana pergi lambang dacing yang dikenali oleh mereka. Perlu ke tyukar warna dan tak ada faedahnya kepada BN bahkan mungkin akan membawa keburukan pula.

Warna baru itu nanti saya percaya akan mengambarkan konsep 1Malaysia PM Najib dan sudah tentu salah satu warna yang akan digunakan ialah warna Merah. Kenapa saya katakan warna merah, kerana warna merah adalah warna kegemaran bagi kaum Cina. Timbul pula persoalan, apa pula kaitannya perubahan warna logo dacing dengan kaum Cina? Persoalan ini ditinggalkan untuk sesiapa sahaja mencari jawapannya.

CATATAN TERPINGGIR

Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof , Persatuan Sejarah Malaysia, Kedah menuntut supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah. Fakta sejarah jelas negeri itu adalah satu wilayah kepunyaan kedah sejak dari zaman Pra Sejarah hingga sekarang.
Bila negara merdeka, sepatut Pulau Pinang yang dipajak oleh Sultan Kedah, Sultan Dhiaudin Mukarram Shah kepada Inggeris bernilai RM 10,000 setahun itu secara automatik pajakan itu batal dan ia kembali sebagai sebahagian dari negeri kedah seperti asal.
Kerajaan Persekutuan telah menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri dengan hanya menyambung pajakan Inggeris membayar RM 10,000 setahun hingga sekarang ini.



Catatan terpinggir ini membuktikan bahawa Tanah melayu ini pada asalnya adalah kepunyaan Sultan. Kalau bukan kepunyaan mereka, takkan mereka boleh memajak sebuah wilayah yang sebegitu besar. Saya tidak tahu bilakah tempoh pajakkan ini akan tamat. Kebiasaannya sesuatu pajakkan akan mempunyai tempoh tamat tertentu. Negeri Kedah sepatutnya melangsaikan pajakkan itu dan ambil kembali Pulau Pinang. Kenapa perkara ini tidak terfikir oleh Kerajaan UMNO semasa mereka memerintah dahulu?. Masalah dahulu atau sekarang tidak timbul. Kepada sesiapa yang berhak, wajib dikembalikan hak mereka. Sekurang-kurangnya, perkara ini memberi ingatan kepada mana-mana pihak yang ingin menjadikan Penang itu sebuah Negara dengan berpisah daripada Malaysia ( tak kisahlah merdeka atau autonomi).

No comments: