SAHABAT BLOG

16 March 2014

Pray4MH370....Betul ke Minyak Hanya untuk 7 Jam perjalanan?

Pencarian pesawat malang dan para penumpang yang tidak berdosa telah masuk hari ke 9 pada hari ini. Pencarian menjadi semakin sukar kerana ianya melibatkan kawasan pencarian yang semakin luas. Umpama mencari jarum di dalam jerami.  Negara yang terlibat di dalam usaha mencari pesawat ini telah bertambah kepada 20 buah Negara dengan diketuai oleh Negara Malaysia.

Malaysia telah memutuskan untuk menghentikan pencarian di laut Cina Selatan apabila mendapat pengesahan daripada pihak angkatan tentera udara di raja Malaysia bahawa pesawat  MH370 telah diterbangkan oleh seseorang ke arah yang bertentangan iaitu ke arah barat ataupun di dalam istilah penerbangan dipanggil “Air Turn Back”. Pengesahan ini dikuatkan lagi oleh data statelit yang memberitahu bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan statelit ialah pada 8.11 pagi pada 08.03.2014.

Ada beberapa perkara yang menarik untuk aku ulas disini . Pertamanya, berapakah isipadu sebenar minyak yang dimiliki oleh pesawat MH370 semasa  melakukan penerbangan tersebut.  Pihak MAS hanya membuat anggaran dan tidak memberikan jawapan berdasarkan catatan iaitu minyak yang diisi di dalam pesawat tersebut hanya cukup sekadar untuk penerbangan ke Beijing iaitu sekitar 7 jam perjalanan sahaja. 

Mengikut penerangan yang diberikan oleh kapten Nik Ruzlan, para pilot  berhak untuk meminta minyak tambahan melebihi keperluan sepatutnya dengan pelbagai alasan seperti contoh keadaan cuaca dan sebagainya. Oleh yang demikian, jika sekiranya pilot penerbangan tersebut mempunyai perancangan untuk menerbangan pesawat tersebut ke destinasi selain Beijing, sudah tentu perkara yang paling utama untuk beliau lakukan ialah mengisi minyak melebihi waktu penerbangan 7 jam. 

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh CEO MAS, beliau hanya memberitahu bahawa pesawat tersebut hanya mempunyai minyak cukup untuk perjalanan ke Beijing iaitu 6 jam perjalanan dan tambahan selama 45 minit – 1 jam  jam perjalanan lagi. Kalau mengikut kepada jawapan beliau ini, aku berpendapat bahawa jawapan beliau ini tidak begitu konkrit. Sepatutnya beliau dengan yakin menjawab bahawa berdasarkan kepada rekod, pesawat tersebut telah diisi minyak sebanyak berapa tan dan mampu terbang sejauh 7 jam perjalanan. Jawapan yang tidak konkrit begini boleh menimbulkan banyak persoalan. 

Bagi menjawab bahawa pilot atau sesiapa sahaja di dalam penerbangan itu yang sengaja menjatuhkan pesawat bagi tujuan sabotaj ataupun psikologi seperti tuntutan Insuran, sepertimana yang ditimbulkan oleh Ketua Polis Negara, aku mempersoalkan kenapa ianya perlu berpatah balik. Mereka boleh sahaja menghempaskan pesawat ini dimana-mana kawasan di Lautan Cina Selatan tanpa perlu untuk berpatah balik. Oleh itu pada pendapat aku pesawat ini tidak disabotaj dan tidak bertujuan untuk dihempaskan.

Mengenai pihak yang menerbangkan pesawat ini sepanjang masa semenjak ianya hilang, aku berkeyakinan bahawa ianya dilakukan oleh salah seorang pilot yang bertugas samada kapten Zaharie ataupun pembantu beliau iaitu Kapten Farid. Namun demikian kenapa mereka berbuat demikian masih lagi menjadi isu. Adakah mereka melakukan dengan sengaja ataupun mereka telah diarahkan untuk menerbangkan pesawat ke satu destinasi lain. Inilah yang aku yakin, bahawa juruterbang itu telah diarahkan untuk menerbangkan pesawat ke satu destinasi lain.


Kesimpulan yang boleh aku buat disini ialah, berapakah isipadu sebenar minyak yang diisi kedalam pesawat berkenaan. Keduanya , aku berpendapat bahawa perampas pesawat ini tidak bertujuan untuk dihempaskan ke laut kerana jika mereka ingin menghempasnya, mereka tidak perlu untuk membuat “Air Turn Back”.  Aku juga berkeyakinan bahawa jika Kapten Zaharie yang merampas pesawat tersebut, sudah tentu beliau telah mengisi minyak melebihi keperluan yang diperlukan kerana dia tahu bahawa beliau akan berpatah balik dan memerlukan minyak tambahan. 

Akhir sekali, aku masih lagi berpegang kepada ulasan yang aku pernah buat pada 9 mac dahulu bahawa pesawat ini ada disembunyikan dimana dan para penumpangnya masih lagi selamat. Oleh yang demikian, tumpuan pencarian sekarang ini adalah bagi mencari dimana kemungkinan pesawat tersebut diterbangkan. Jika ianya membelah lautan Hindi, dimanakan destinasi yang mampu pesawat itu pergi dengan andaian minyak melebihi 7 jam perjalanan (kena lihat rekod sebenar). 

Malam ini, aku tertarik dengan ulasan Kapten Nik Ruzlan iaitu pihak pembuat kapal terbang sudah tentu akan lega jika sekiranya terbukti pesawat itu dirampas kerana ini membawa maksud mereka boleh mendakwa bahawa tiada apa masalah yang berlaku kepada pesawat ataupun dengan kata lain kehilangan pesawat MH370 ini bukan berpunca dari pesawat mereka. Boeing ini syarikat negara mana dan siapa yang mula-mula claim bahawa pesawat ini dirampas?... 

No comments: