SAHABAT BLOG

22 February 2012

Ye Ke Berdosa mengundi PAS dalam PRU 13 ?.

KOTA BHARU 21 Feb. – Seorang tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah tetap dengan pendiriannya bahawa menyokong parti Pas termasuk pada pilihan raya umum akan datang adalah berdosa.


Malah, Abdullah menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana individu termasuk pemimpin Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau itu.

Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak sedar bahawa Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu yang tidak lagi bertegas dengan dasarnya menegakkan negara Islam.

“Pas masuk dalam pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan DAP yang tidak terima Islam sebagai dasar.

“Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dasar dia liberalisme dan pluralisme yang menyatakan semua agama termasuk Islam adalah sama, orang Islam dan orang lain sama rata. Perjuangan liberalisme, pluralisme, sosialisme ini haram.

“Pas duduk sekali dan reda serta menyokong pula calon-calon DAP, PKR. Pas juga sokong dan reda bila DAP menang dan jadi pemimpin, Timbalan Perdana Menteri, berdosa dari segi hukum syarak.

“Sokongan Pas itu menghancurkan Islam dan orang Islam. Umat Islam perlu menarik balik sokongan mereka kepada Pas,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Abdullah diminta mengulas kenyataannya sebelum ini yang menyatakan berdosa menyokong Pas kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat Islam apabila bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Menurut Abdullah, kerjasama Pas dan DAP berbeza dengan kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah memperakui kedudukan agama Islam dan umat Islam sejak sekian lama.

Sementara itu, bekas anggota Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyokong pandangan Abdullah itu mengambil kira perjuangan politik semasa Pas yang lebih ghairah untuk berkuasa dan tidak lagi memperjuangkan pembentukkan negara Islam sebaliknya negara berkebajikan.

Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan turut berpendapat, sokongan kepada Pas boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam yang sepatutnya bersatu.

“Penyatuan umat Islam tunjang kepada kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana bertautnya kaum Muhajirin dan Ansar, bahkan antara Aus dan Khazraj di Madinah.

“Sekarang umat Islam berpecah kepada dua, sokong Pas dan UMNO. Sokongan sepatutnya diberikan kepada UMNO yang lebih lama (tertubuh) berbanding Pas dan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga terang-terangan sebut menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara.

“Pas pula bersifat was-was, dulu kata nak tegak negara Islam, sekarang negara berkebajikan. Dulu Pas tentang kerjasama dengan orang kafir, sekarang Pas bekerjasama dengan orang kafir. Pas parti yang tidak tetap pendirian dan tidak ada istiqamah,” katanya.

COKAM: Alamak, macamana ni. Keluarga terdekat aku pun ramai yang menyokong PAS dan ramai yang memberi undi mereka kepada PAS. Untuk larang mereka undi PAS, suatu yang mustahil  kerana dah bertahun Undi PAS.

Kepada yang cuba-cuba nak undi PAS pada PRU 13 nanti., fikir-fikirkanlah. Kena ingat bahawa menyokong PAS dalam PRU 13 nanti bermakna memberi peluang kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dan berkemungkinan salah seorang pemimpin Kapir DAp menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim seorang yang berpendirian liberal berkenaan agama. Beliau juga ada menyatakan bahawa Israel itu sebuah negara yang perlu dijamin keselamatannya. Dijamin keselamatanya dari apa dan siapa? Siapa yang mengancam Israel? Adakah negara barat dan eropah mengancam Israel?. Adakah negara kapir mengancam Israel? Tak mungkin rasanya. Jadi hendak dijamin keselamatan Israel dari siapa?

Pemimpin Utama DAP pula ramai yang kapir menolak Islam. Paling koman pun jawatan TPM akan mereka tuntut.



7 comments:

dinturtle said...

MB Matsaid patut ajak tok guru ni ke Ganu dan jadi wakil debat ngan orang Pas isu Pas Ajaran Sesat.

Jangan tunggu orang terima sahutan tapi masuk kem Pas dan cabar kuat2 !

putrarahman said...

Molek, benar. Biar Prof. Madya Mohd Nor Deris lawan debat dengan Haji Hadi.

Anonymous said...

debat ni dah lama dah ajak. byk sangat dok konar baring mengelak nyer. sebelah puak hanya berani memekak kat surat kabar jer. ajak debat...katanya buang masa, tak layak dan mcm2 alasan budak tadika. dah nak masuk negara maju pun...masih takut nak berdebat. bukan nak cari sapa pemenang. just nak memberi ruang dan menambahkan pengetahuan. byk baik nya. jgn dok asyik bagi alasan jer...selalu mengelak dgn alasan lapuk (20tahun dulu)

Anonymous said...

majlis fatwa kan ada...kenapa perlu 100% ikut ulamak mesra bn tu. majlis fatwa negara diakui sah dan diterima pakai. sepatutnya utusan kena rujuk dengan pakar dan ahli agama spt persatuan ulama malaysia dan mufti2. jagan dek kerana kredit politik - sanggup mengambil jalan mudah yg membabaitkan soal halal haram dan dosa. ianya akan menjadi bertambah parah. kpd akhbar tersebut jgn sekadar disitu shj, perlu rujuk kpd mereka yg lebih pakar dab berwajib. perkara dosa tu bukan boleh main-main. tkasih

putrarahman said...

Surat kabor cuma tukang sampai berita je. Kalau semua berita nak kena tapis dulu baru nak siarkan, alamatnya seminggu sekalilah surat kabor keluar.

Yang seminggu sekali keluar pun tak buat rujukan juga. Dapat berita sensasi terus keluar. Kalau berita tak ada nilai, tak de sape nak beli.

Anonymous said...

dah merudum pun surat kabar tu.... ibarat boleh sapu taik cicak jer...
tp bernasib baik lagi sebab gomen diwajibkan melanggan. berita nya skrg ni umpama kerang busuk. tak macam awal 80an...dan 90an... ada kualiti dan ada byk manafaat utk rakyat.

putrarahman said...

Manfaat banyak, kenapa nak ambil yang bukan manfaat. Baca dan fikir.