SAHABAT BLOG

22 February 2012

Tok Imam Baling Kasut kepada Hakim


Imam baling kasut ke arah hakim
T
Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

NONEImam berkenaan, Hoslan Hussain (kiri), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.

Difahamkan Roslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan  kerana ia mengikut undang-undang.

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Roslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan mahkamah memegang Roslan dan cuba menenangkan beliau.

Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.
Sementara itu, ketika Malaysiakini, Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu tersebut tidak dilayan.

Beliau mendakwa telah membuat banyak laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan tersebut, tetapi tiada tindakan.

Malah, dakwanya, Umno turut terbabit didakwanya telah digunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.

Menurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.

Katanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya.

Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu dalam setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.

Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lepas, katanya,
khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut.

Sebaik mendengar khutbah tersebut, Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya.

COKAM: Imam ni boleh jadi hero baru PAS. Apa-apa pun tindakan beliau membaling kasut kepada Hakim tu satu perbuatan yang kurang manis. Beliau bernasib baik kerana tidak dikeluarkan perintah menghina mahkamah. 

Beliau diusir dari kuaters, tetapi beliau senyap je. Patutnya beliau panggillah sidang akhbar di pejabat DUN DAP ke PKR ke ataupun PAS. Barulah ada peguam sukarela yang nak bantu beliau. 

Kesian tok Imam ni. Walaupun beliau penyokong tegar pembangkang, diketika beliau terkepit, tiada sesiapa yang hendak menolong. Orang bergaduh pasal ayam goreng pun ada peguam.

3 comments:

Anonymous said...

memang dia penyokong pembangkang. tp isu tu..isu peribadi antara beliau dgn majikannya yg nak menyorok kesalahan. (ada byk aduan salah laku tmpt kerja- tp tiada tindakan). beliau lagi profesional kerana tak nak campur politik dengan masalah peribadi. tak mcm org penyokong kuat sebelah sana. kena cubit sikit pun nak mengadu kat umxx. apapun soal baling kasut tu agak kurang sopan...tp beliau pun ada tahap sabar dan punya perasaan amarah. cuma tahap nya sahaja berbeda.

putrarahman said...

Ada juga pemimpin pembangkang yang isu peribadi beliau dah jadi isu negara.

Anonymous said...

ADA...TP YG MENJADIKAN ISU NEGARA TU ADALAH SURAT KABAR PENYEBAR FITNAH RAK YAT...DAN TV TIGA SUKU.