SAHABAT BLOG

02 November 2013

Hubungan Anwar dan Tenaga Batin PAS di Sungai Limau



Lesu 1



Lesu 2

Lesu 3


Kembali bernyawa

Akhirnya Anwar datang sebagai penyelamat PAS di Sungai Limau. Nampaknya Haji Hadi dan Mahfuz sudah kehilangan aura mereka sehingga terpaksa meminjam aura Anwar Ibrahim untuk mengembalikan kelesuan PAS. PAS seperti mati pucuk di Sungai Limau sehingga mereka terpaksa merapu meraban. Isu orang BN pakai kopiah pun jadikan isu. Nasib baik Anwar datang untuk kembali menyalurkan kembali tenaga batin PAS yang semakin lemah.

Pada peringkat awalnya, PAS yakin bahawa mereka mampu dan mempunyai sasaran untuk mengekalkan kelebihan majoriti 2 ribu lebih yang diperolehi oleh TS Azizan. Kemudian pengarah PRK Sungai Limau iaitu Mahfuz kembali ke bumi nyata dan mengeluarkan kenyataan bahawa PAS mungkin menang dengan majoriti 500 orang sahaja. Aku perhatikan juga, para bloger PAS kali ini cukup langsung tidak ghairah menulis berlenaan PRK Sungai Limau. Aku percaya mereka sebenarnya mati kutu ataupun tidak suka kepada Mahfuz dan Pahrolrazi.

Aku tidak mahu ulas dengan panjang lebar lagi. Sekali lagi aku tegaskan bahawa PAS bakal gigit jari di Sungai Limau. Calon BN akan kembali merampas DUN Sungai Limau dengan majoriti yang amat tipis. Banyak faktor yang menyebabkan PAS kalah, tetapi faktor utama ialah para penyokong TS Azizan telah berpaling arah untuk mengundi calon BN. Orang yang paling bertanggungjawab dalam kekalahan PAS iaiah Pengarah PRK mereka iaitu Mahfuz dan Pengurus komunikasi mereka.

Sebagai sebuah parti yang kononnya menjunjung tinggi nilai-nilai Islam, adalah sesuatu memalukan apabila mereka menipu untuk menang. Untuk menunjukkan keakraban Calon mereka dengan TS Azizan, maka PAS menipu dengan membuat gambar super impose. Untuk menunjukkan keperihatin para pemimpin mereka dengan penduduk, diajaknya Presiden Parti mereka menabur benih padi di dalam 'banjir' di bendang.




Bagi menjelaskan gambar di atas, Mahfuz mendakwa bahawa cara atau kaedah menabur benih dalam air itu adalah satu kaedah atau cara menanam padi di Kedah. Namun demikian menurut pegawai pertanian, jika menabur benih padi dalam air akan menyebabkan benih padi akan berkumpul di satu kawasan dan terpaksalah pula para petani mencedung semula anak padi pada kedudukan yang betul. Mana satu nak percaya. Satu cakap orang politik dan satu lagi cakap pakar. 

6 comments:

Wak Labu said...

PRK DUN Sungai Limau, kalah menang PAS atau UMNO tidak banyak memberi perubahan pade senario politik negeri Kedah.

TAPI kalu UMNO gagal menawan Sg Limau, ini akan mendatang keaiban dan kemaluan yang maha besar bagi UMNO. Menghamburkan ratusan jute RM, memperalatkan segale gentera kerajaan sedangkan PAS hanye berbekalkan air liur sahaje.

Wak Labu said...

Bagi menjelaskan gambar di atas, Mahfuz mendakwa bahawa cara atau kaedah menabur benih dalam air itu adalah satu kaedah atau cara menanam padi di Kedah. Namun demikian menurut pegawai pertanian, jika menabur benih padi dalam air akan menyebabkan benih padi akan berkumpul di satu kawasan dan terpaksalah pula para petani mencedung semula anak padi pada kedudukan yang betul. Mana satu nak percaya. Satu cakap orang politik dan satu lagi cakap pakar.


Wak tinggal di kawasan jelapang padi Sungai Manik, memang ade penaman padi yang gunekan teknik tabur benih ketike bendang masih berair.

Apebile benih padi di tabur ianye akan terus tenggelam kedasar bumi dan terlekat di tanah.

Wak heran juge bagai mane pegawai pertanian tu kate benih tu berkumpul di satu tempat.

Care penanaman padi begini lebih mendatangkan hasih kerane ianye terselamat dari serangan unggas dan tikus.

putrarahman said...

Oh ye ke Wak... aku cuma tahu tanam padi huma dan padi bukit je. Padi sawah memang bute kayu...

Anonymous said...

Wak tak payah nak tegak benang basah lah. Memang tabur benih ketika air dalam paras lutut tu kerja gila yg tak pernah dibuat oleh mana2 petani. Tak payahlah tunjuk pandai duduk dekat bendang konon.... Ini lah mentaliti tak tahu nak mengaku salah, akhirnya nampak makin bodoh...!

Demanhuri said...

Wak ko memang tak tahu bab tanam padi. So jgn lah nak tunjuk pandai. Tabur benih dlm air tu bukan paras air paras lutut la bodoh, tapi air sedikit je sekadar menutup tanah... Adoi tak payah lah tunjuk pandai kalau tak tau....

Anonymous said...

Patutlah penghasilan padi di Kedah makin merosot, dah ditunjukkan kaedah yg baik, disangkal pula. Kpd pesawah di Tk Intan diucapkan syabas kerana mempraktikkan kaedah penghasilan optima. Kepada pesawah di Kedah diharap juga mendapat pahala dgn menjamu unggas dan tikus. Berapa CGPA pegawai pertanian itu?