SAHABAT BLOG

02 November 2013

Wakil Rakyat DAP Double Standard

Ceroboh tanah kerajaan, bila kerajaan datang nak robohkan, panggil wakil rakyat DAP untuk membantu menghala berlaku. Jika perkara ini berlaku di negeri Pakatan Pembangkang , wakil rakyat DAP tak pula datang untuk menghalang. Bukankah double standard namanya ini. Wakil rakyat DAP double standard dalam membela rakyat. Mereka hanya membela rakyat jika sekiranya rakyat 'dianaiya' oleh kerajaan BN tetapi jika kerajaan Pakatan Rakyat yang menganaiya, mereka menyokong. Dalam bahasa yang lebih kasar aku boleh katakan wakil rakyat DAP ini adalah wakil rakyat yang boleh disifatkan sebagai wakil kepada rakyat yang menentang kerajaan BN dan bukannya wakil kepada rakyat yang menentang kerajaan Pakatan Rakyat. 

Sepatutnya sebagai wakil rakyat, mereka hendaklah menentang sebarang bentuk ketidak adilan yang dilakukan oleh kerajaan samada kerajaan BN ataupun kerajaan Pakatan Rakyat. 

Isu terbaru adalah berkenaan penentangan wakil rakyat DAP  terhadap usaha untuk merobohkan seb uah penempatan haram di Negeri Sembilan. Dengar ceritanya ada wakil rakyat DAP yang telah memaki-maki pihak polis dan akibatnya mereka ditahan oleh pihak polis. Dua tiga hari lepas kalau tak silap aku ada berlaku perobohan gerai peniaga melayu di Kajang, Selangor oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak pula aku melihat kehadiran wakil rakyat DAP datang untuk bertekak dan menghalang dengan pihak PBT atau MPKJ untuk menghalang tindaka MPKJ tersebut. Kenapa bila kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan dalam negeri yang diperintah oleh BN, mereka sibuk hendak menghalang dan sanggup ditahan di dalam lokap. 

Aku sebenarnya keliru bila memikirkan tindak tanduk wakil rakyat DAP ini. Adakah mereka faham dan tahu fungsi mereka sebagai wakil rakyat? Jika mereka beranggapan bahawa fungsi mereka sebagai wakil rakyat adalah sebagai wakil kepada rakyat yang hanya menentang kerajaan BN, apa pula nasib rakyat di kawasan mereka yang menentang kerajaan PR? Jika beginilah sikap mereka, terus terang aku cakapkan bahawa elaun yang mereka terima itu tidak berkat, rezeki mereka tidak akan dipermudahkan oleh Yang Maha Pemberi Rezeki dan jika mereka menjadi kerajaan, hanya kemurkaanNya sahaja yang menanti.  

No comments: