SAHABAT BLOG

15 December 2012

PAS Masih Mencari Calon PM

Calon Jawatan PM  Pakatan Rakyat rupa-rupanya masih belum diputuskan lagi ataupun masih belum dipersetujui oleh PAS. PAS masih mengharapkan supaya Presiden mereka akan dipilih oleh Pakatan Rakyat untuk menjadi PM. Pada masa yang sama, DAP dan PKR telah sebulat suara untuk menamakan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, itupun dengan syarat Anwar menang dalam PRU 13 nanti.

Aku sebenarnya langsung tidak menyokong Anwar menjadi PM. Namun demikian, aku mungkin menerima beliau dengan syarat dia melakukan dua perkara yang aku percaya sama sekali beliau tidak akan melakukannya.

Perkara pertama yang beliau harus lakukan ialah   bersumpah laknat bahawa segala tuduhan Saifol terhadap beliau adalah tidak benar. Saifol telah pun bersumpah laknat mendakwa bahawa Anwar Ibrahim memasukkan kemaluannya ke dalam punggung Saiful. Jika Saiful berdusta, aku tidak tahu manusia jenis apa beliau ini. 

Perkara ke dua ialah Anwar perlu bersumpah untuk menafikan segala dakwaan Datuk T di dalam sumpahnya yang mendakwa Anwar Ibrahim telah berzina dengan seorang pelacur cina. 

Jika dianalisa tindak tanduk pemimpin PAS, aku percaya berkemungkinan besar mereka percaya kepada kedua-dua isu yang melibatkan Anwar Ibrahim  itu benar-benar berlaku sebagaimana didakwa,  tetapi mungkin disebabkan PAS sedar bahawa hanya faktor Anwar Ibrahim sahaja yang boleh membantu mereka untuk menumbangkan UMNO yang tidak berjaya mereka tumbangkan puluhan tahun lamanya, maka PAS membiarkan sahaja perkara ini. 

Walaupun mengetahui status moral Anwar , PAS membiarkan sahaja perkara ini sehinggalah apabila tiba masa yang sesuai, barulah PAS membuat keputusan. Keputusan yang dimaksudkan ialah mencalonkan Presiden PAS sebagai Perdana Menteri. Maka dengan mengambilkira percaturan ini,  berbanding dengan sekutu mereka DAP dan PKR,  PAS masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menyokong Anwar menjadi PM jika PR berjaya menawan Putrajaya. 

Ini cadangan aku kepada semua umat Islam di Malaysia ini termasuk pemimpin UMNO, PKR dan PAS menganjurkan solat hajat dan doa supaya negara Malaysia ini dipimpin oleh seorang Islam yang berakhlak dan bermoral tinggi. Minta Allah S.W.T. menolak sebarang usaha untuk melantik serorang yang bermoral rendah untuk dilantik sebagai pemimpin negara. Doa dan solat hajat ini tidak mensasarkan kepada sesiapa tetapi sebagai permintaan Umum dari Allah S.W.T. 


Pas: Calon PM Pakatan diketahui selepas penamaan calon

15 Disember 2012
Mustafa Ali

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa AliGEORGETOWN - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, calon yang layak dipilih sebagai perdana menteri dalam Pakatan Rakyat (PR) hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon pilihan raya umum ke-13 kelak.

Beliau berkata, calon perdana menteri itu mesti dipilih dalam kalangan calon yang bertanding dan menang dalam pilihan raya berkenaan.   "Saya fikir masa paling baik untuk mengumumkannya ialah selepas penamaan calon kerana orang yang mahu menjadi perdana menteri perlu dipilih. Dia mesti jadi calon (pilihan raya) dan menang baru boleh (dipilih jadi perdana menteri)," katanya kepada pemberita pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di sini, hari ini.   Mustafa diminta mengulas pandangan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mengulangi sokongannya kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.   Karpal berkata demikian dalam ucapan aluannya pada kongres itu.   

Mustafa berkata, Pas masih belum boleh memberi kata putus berhubung perkara berkenaan dan tidak pasti sama ada sokongan Karpal itu merupakan pendirian DAP.    - Bernama

No comments: