SAHABAT BLOG

22 June 2013

Apa Lagi Yang PR Mahu?

Apalagi yang pembangkang mahu? Mereka telah berjaya memenangi undi majoriti rakyat dan berjaya juga menguasai sebanyak 3 buah negeri dan hampir berjaya menguasai 2 buah negeri lagi. Kalaulah benar dakwaan mereka bahawa SPR dan kerajaan BN telah menipu di dalam PRU 13 yang lalu, mana mungkin mereka berjaya mendapat sokongan majoriti daripada rakyat dan menguasai 3 buah negeri?.

Dalam siri bantahan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat yang mendakwa berlaku penipuan dalam PRU 13 yang lalu, sebenarnya hanya satu topeng lutsinar. Walaupun bertopeng. mereka masih mempamerkan watak sebenar mereka. Mereka tanpa segan silu menerima keputusan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan serta  mereka masih mahu mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat. Apa semuanya ini?  

Berpijak dibumi nyatalah. Adakah disebabkan mereka berjaya memenangi undi majoriti, maka mereka boleh sesuka anak beranak dorang menuduh SPR menipu Dan sebagainya. Sungguh aku tak sangka bahawa PR sanggup membodohkan diri mereka sendiri hanya disebabkan mereka tidak berjaya menobatkan Anwar Ibrahim menjadi PM.

 Untuk menjadi perdana menteri, seseorang itu perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dan terbukti selepas PRU 13 baru-baru ini, DS Najib telah berjaya memperolehi sokongan 133 ahli parlimen berbanding Anwar yang hanya mendapat sokongan dari 89 orang ahli parlimen sahaja.

Apa lagi selepas blackout 505¿-Aku Yakin mereka tidak pernah akan menjumpai tanda noktah, kerana bagi mereka dalam perjuangan hanya Ada tanda koma. Perjuangan mereka tidak Ada matlamat Dan sasaran yang kuat, tetapi hanyalah satu perjuangan yang diasaskan oleh nafsu dua atau tiga orang pemimpin mereka yang mengamalkan LGBT.

Blackout 505 adalah sebenarnya cahaya untuk LGBT. Siapa yang terlibat dalam blackout 505 sebenarnya sedang mengumpul kayu API untuk menghidupkan ungun untuk cahaya LGBT.




No comments: