SAHABAT BLOG

20 October 2013

Tahniah DP Mukhriz, Tuan Selayaknya Menang VP UMNO

Pemilihan UMNO telah berakhir. Kita pun dah tahu keputusannya yangmana tidak mengejutkan aku dan juga kebanyakkan pmerhati politik yang lain. Namun secara keseluruhan keputusan Naib Presiden terutama kemenangan Hishamuddin mengundang raca kecewa para blogger termasuk aku. 

Bagi jawatan Naib Presiden, nampaknya para pewakilan secara hampir sebulat suara mengekalkan Ahmad Zahid Hamidi dan Shafie Afdal. Manakala Hishamuddin Hussin pula, para pewakilan berbelah bahagi samada hendak mengekalkan beliau ataupun memberikan peluang kepada Mukhriz untuk mengisi slot terakhir bagi jawatan Naib Presiden. 

Nampaknya, ada perwakilan ataupun bahagian yang masih belum mahu ataupun belum berani untuk melakukan perubahan. Persaingan sengit antara Hishamudin dan Mukhriz melihatkan perbezaan undi hanya dipisahkan dengan 9 undi. Hishamuddin mendapat 100 undi manakala Mukhriz mendapat 91 undi.

Satu perkara yang aku masih konfius dan bingung ialah bagaimana undi-undi tersebut dikira. Ini disebabkan pada satu ketika aku melihat undi yang diperolehi oleh Mukhriz melebihi Hishamuddin. Maknanya daripada 146000 perwakilan yang layak mengundi itu, berapa sebenarnya undi yang diperolehi oleh Mukhriz dan berapa pula yang diperolehi oleh Hishamuddin. Jika UMNO benar-benar hendak dilihat telus, sepatutnya jumlah undi yang diambil kira untuk menentukan pemimpin mereka adalah jumlah setiap undi yang diperolehi oleh setiap calon. Aku bagi contoh, di Bahagian Hulu Terengganu, Mukhriz mendapat 400 undi, Hishamuddin pula mendapat 200 undi. Maknanya kalau mengikut undi bahagian, Mukhriz yang mendapat undi. Di bahagian Kemaman pula Mukhriz mendapat 300 undi, manakala Hishamuddin pula mendapat 350 undi. Maknanya mengikut undi bahagian Hishamuddin yang mendapat undi. Jadi kedudukan sekarang seri. Bahagian Besut pula, Hishamuddin mendapat 250 undi, Mukhriz pula mendapat 240 undi. kalau mengikut undi bahagian, Hishamuddin telah mendapat 2 undi, dan Mukhriz mendapat 1 undi. namum demikian, apabila dicampur jumlah pewakilan yang memberikan undi kepada Mukhriz ialah berjumlah 940 orang, manakala Hishamuddin pula mendapat 800 undi. Dari sumber yang sahih, jumlah sebenar undi perwakilan yang diperolehi oleh Mukhriz ialah  55,290 undi manakala Hishammuddin 54,829 undi. Jadi siapa yang sebenarnya dimahukan oleh perwakilan untuk menjadi Naib Presiden??

Kalau senario yang aku berikan di atas diamalkan oleh UMNO, maka jelaslah bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam sistem pengundian kali ini. Sistem undi bahagian ini memberi peluang kepada pemimpin yang dipilih menganaktirikan bahagian yang tidak memilih mereka dengan melihat bahagian berkenaan seolah-olah menentang mereka. Jadi kepada 91 bahagian yang tidak memilih Hishamuddin sebagai Naib Presiden, adakah bahagian ini akan dianaktirikan ataupun dipandang sebagai penentang oleh Hishamuddin selepas ini. Bahagian ini dilihat sebagai bahagian yang tidak sealiran dengan Presiden UMNO.

Satu lagi unsur yang tidak bagus pemilihan UMNO kali ini ialah kedudukan calon-calon yang tidak ada apa-apa jawatan samada diperingkat persekutuan samada sebagai menteri ataupun timbalan menteri. kehadiran mereka ataupun percalonan mereka hanya sebagai pelengkap demokrasi sahaja. Dilaporkan semua menteri dan timbalan menteri yang bertanding jawatan, menang. Ini memberi makna bahawa jika calon itu seorang menteri ataupun timbalan menteri, ianya menjadi kelebihan berganda kepada mereka untuk menang.

Akhir kata, aku ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Aku juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada datuk Paduka Mukhriz Mahathir kerana menjadi pencabar yang jantan. Bukannya menjadi pemenang yang pondan. Simpati juga aku lahirkan kepada Mukhriz kerana beliau telah difitnah dan dimusuhi oleh mereka yang dengki dan terancam dengan kehebatan beliau. Kalau BN tewas dalam PRU14 nanti, aku percaya Mukhriz adalah selayaknya diangkat menjadi Presiden UMNO untuk memimpin UMNO menawan kembali hati para pengundi.  



1 comment:

Anonymous said...

pau depan ,seorang ahli satu undi , baru adil, bungkus keris dgan KJ