SAHABAT BLOG

19 October 2013

Sebab Jika Mukhriz Tidak Terpilih

Sehingga artikel ini aku tulis, keputusan pemilihan jawatan naib presiden UMNO masih belum diputuskan secara rasmi. Sehingga kini, keputusan tidak resmi menunjukkan bahawa Zahid Hamidi dan Shafie Afdal bakal kembali menduduki kerusi Naib Presiden. Perkara ini bukanlah satu kejutan bagi aku. Persaingan untuk merebut satu lagi tempat masih lagi berlaku kejar mengejar antara Mukriz Mahathir dengan Hishamuddin Hussin. Sehingga artikel ini ditulis, hishamuddin Hussin kelihatan mendahului Mukhriz Mahathir.

Aku bukan hendak melemahkan semangat para penyokong Mukhriz. Secara peribadi aku secara total menyokong Mukhriz untuk menjawat salah satu jawatan naib Presiden bagi menafikan Hishamuddin Hussin. Namun sejak dahulu lagi aku realistik dan berpijak di bumi nyata bahawa peluang untuk Mukhriz Mahathir sangat sukar dan penuh berduri.

Sebab utama jalan Mukhriz penuh berduri dan berliku ialah kerana beliau terlalu popular. Kepopularan beliau telah mengundang rasa tidak senang pemimpin muda lain yang bercita-cita tinggi untuk menjadi PM dan TPM setelah era DS Najib dan Muhyidin berakhir kelak. Jika Mukhriz dipilih, maka peluang kedua pemimpin muda ini akan kelam dan semakin pudar.

Walaupun aku tidak mengundi untuk memilih majlis tertiinggi UMNO pada kali ini, aku sebenarnya mengharapkan agar para pewakilan UMNO tidak memilih Hishamuddin Hussin. Aku sebenarnya langsung tidak mempunyai keyakinan kepada beliau untuk menerajui kepentingan ortang Melayu. Hisamuddin ini aku lihat sedikit lemah dan ada unsur-unsur kelembutan pada diri beliau. Kedua-dua perkara ini tidak sesuai untuk menjadi seorang pemimpin bagi kaum yang sentiasa dicemburui oleh musuh-musuhnya. Persaingan semakin sengit, hanya yang gagah dan berani sahaja diperlukan menjadi ketua.

Mungkin pemilihan Naib Presiden ini tiada kaitan secara langsungnya dengan KJ, tetapi aku melihat KJ memainkan peranan yang cukup besar bagi mempengaruhi para pengundi muda untuk memilih Hishamuddin. Aku secara peribadi tiada masalah dengan KJ, tetapi aku masih lagi tidak berasa selesa dan selamat dengan beliau ini jika dikenangkan tindakan beliau semasa Pak Mertua beliau menjadi PM dulu terutama apabila mengawal sepenuhnya media dan juga peranan beliau sebagai penasihat PM untuk membuka lebih banyak ruang kebebasan kepada kaum minoriti untuk bersuara dan menuntut sesuatu yang menyalahi kontrak sosial.

Apa-apa pun, jika sekiranya Mukhriz Mahathir terpilih, ini merupakan satu anugerah besar kepada Umat Melayu dan Agama Islam di Malaysia ini. UMNO aku percaya akan semakin kukuh untuk tahun mendatang ini. Jika sekiarnya Mukhriz tidak terpilih, aku mengharapkan, beliau tidak berputus asa. Peluang untuk beliau masih terbuka luas. Apa yang beliau perlu ialah kena bijak berpolitik terutama dengan mendekati golongan muda walaupun aku percaya, perkara ini sudah tentu sedikit sukar bagi beliau sebagai seorang pemimpin negeri yang mana perana beliau hanya tertumpu kepada negeri.

No comments: