SAHABAT BLOG

09 October 2013

Bangkang PCA - Majlis Peguam dan Pembangkang Terlajak Kehadapan

Majlis peguam mendakwa bahawa kerajaan BN mengundur ke belakang apabila meluluskan pindaan PCA. Bagi aku, kerajaan bukannya mengundur ke belakang tetapi mereka (Majlis Peguam dan Pembangkang) yang terlalu bergerak pantas ke hadapan. Sebagai pembangkang sudah tentu mereka boleh bergerak dengan pantas ke hadapan kerana di bahu mereka tidak diletakkan beban tanggungjawab sedangkan kerajaan bergerak dengan perlahan kerana begitu besar tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh kerajaan.

Oleh itu, jika mereka teralu pantas, jangan pula mengata orang lain bergerak ke belakang. Bagi aku, undang-undang pencegahan itu amat perlu. Pepatah melayu ada menyebut "mencegah itu lebih baik dari merawat". Jadi dalam isu penjenayah tegar ini, salah satu usaha yang aku fikir amat berkesan untuk mencegah agar ianya tidak menjadi lebih parah ialah dengan menahan dan memulihkan mereka sebelum mereka membuat keadaan menjadi lebih parah sehingga sukar untuk ditangani kecuali  tindakan drastik seperti menghapuskan mereka.

Menahan tanpa bicara ini dikatakan ataupun dimomokkan oleh penuang hak asasi manusia sebagai zalim kerana menafikan hak asasi manusia ataupun penjenayah yang ditahan tersebut. Mereka mengambil prinsip bahawa selagi seseorang itu tidak dibuktikan bersalah, maka dia tidak bersalah. Ini adalah fahaman yang betul-betul bodoh dan tidak masuk akal. Aku lihat ramai para pemandu yang memandu melebihi had laju, adakah aku boleh mengatakankan mereka tidak melakukan kesalahan kerana mahkamah belum membuktikan mereka bersalah?

Polis sedar bahawa diluar sana begitu ramai para penjenayah tetapi disebabkan banyak kekangan dan juga kesukaran, maka mereka tidak dapat mengheret para penjenayah itu di muka pengadilan untuk dibuktikan bersalah. Kesukaran ini mungkin disebabkan kekurangan bukti ataupun kesukaran untuk dibuktikan ataupun pelbagai sebab yang menjadi halangan. Jika dibawa kemuka pengadilan sekalipun belum tentu mahkamah membuktikan para penjenayah ini bersalah, mungkin disebabkan teknikal dan sebagainya. Maka penjenayah ini lepas bebas melakukan jenayah mereka. Kalau jenayah ringan-ringan itu tidak menjadi hal, tetapi kalau jenayah yang berat-berat, sudah tentu ianya akan membawa mudarat yang lebih besar kepada negara.

Para pembangkang bukan tidak tahu analogi ataupun perkara ini tetapi kenapa mereka masih membangkang. Pada aku, mereka masih membangkang kerana memang menjadi tugas mereka untuk membangkang segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan. Mereka akan sedaya mungkin cuba untuk menutup kebaikan usaha-usaha kerajaan itu daripada rakyat dan juga penyokong mereka. Mereka akan mencari pelbagai alasan yang kadang-kadang bodoh dan tidak masuk akal untuk diberitahu kepada rakyat. Jika mereka gagal untuk membohongi rakyat sehingga rakyat teruatama para penyokong mereka sehingga mereka sedar akan kebaikan usaha-usaha kerajaan itu, maka ianya merupakan satu kegagalan kepada pembangkang. KPI pemimpin yang diberitanggungjawab akan isu tertentu dianggap tidak tercapai.



Lulus PCA, Malaysia mengundur ke belakang

Harakahdaily,04 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam menyifatkan tindakan kerajaan Malaysia meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan Jenayah (Pindaah dan Pemerluasan) 2013 atau Prevention of Crime Act (PCA) sebagai tindakan mengundur ke belakang.

Presidennya, Christopher Leong, berkata ianya sesuatu yang menyedihkan bagi negara ini apabila undang-undang penahanan tanpa bicara dikembalikan semula.

Undang-undang yang turut mengurangkan kuasa mahkamah yang diluluskan Dewan Rakyat itu juga ujarnya, memberikan pukulan hebat kepada kedaulatan undang-undang negara ini.

“Jenayah keganasan yang berlaku perlu mengikuti prinsip, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah.

“Pindaan PCA itu akan menafikan hak asasi manusia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata Christopher dalam satu kenyataan.

PCA diluluskan di Dewan Rakyat lewat malam semalam selepas menjalani perbahasan hangat sejak ianya dibentangkan.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menentang keras undang-undang ini yang disifatkan bertentangan dengan keadilan sejagat dan cenderung untuk disalahgunakan

No comments: