SAHABAT BLOG

29 August 2013

Tandas Putera Okey....Tanda Putera No Way....

Filem Datuk Suhaimi Baba, iaitu Tanda Putera begitu banyak mendapat bantahan daripada pihak DAP kerana dakwaan mereka ada antara adegan yang dimuatkan di dalam filem berkenaan tidak betul. Oleh itu mereka mahu kerajaan hentikan tayangan filem berkenaan. Malahan negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah mengharamkan filem berkenaan daripada ditayangkan di Pulau Pinang. "Tandas Putera bawak pi mai sini, tapi Kalu Tanda Putera Bawak Pi Main Jouh-Jouh"

Baiklah, terus terang aku tidak meonton filem berkenaan. Dengar ceritanya filem berkenaan dibuat bagi memberi tahu kepada rakyat bagaimana kegigihan  PM Kedua dan Timbalan Beliau menghadapi kemelut keganasan kaum akibat peristiwwa 13 Mei 1969. Aku percaya filem berkenaan disengajakan pembikinannya disebabkan perlantikanDSNajib sebagai PM. Tak kisahlah disengajakan  ataupun tidak, itu bukan soalnya, tetapi yang menjadi persoalan adakah filem itu sebuah filem sejarah atau filem kisah hidup tokoh negara ataupun ianya sebuah filem cereka semata-mata.

Kalau itu sebuah filem sejarah ataupun berkaitan kisah hidup tokoh negara, aku percaya penulis skrip dan pengarah telah melakukan homework dan oleh itu aku percaya apa yang dipaparkan di dalam filem berkenaan adalah perkara sebenar yang berlaku tetapi disesuaikan untuk difilemkan terutama dialog-dialog yang diucapkan. Datuk Suhaimi sudah tentu tahu bahawa untuk menulis memilemkan kisah sejarah dan tokoh beliau perlu melakukan kerja rumah yang cukup keras dan penat, supaya hasil kerja beliau itu nanti tidak dipertikaikan kesahihannya.

Oleh yang demikian itu, apabila ada babak yang melibatkan sejarah yang tidak mahu ditonton oleh DAP, aku percaya babak berkenaan adalah betul dan benar. DAP tidak mahu keburukan dan kehinaan mereka dimasa lalu diketahui rakyat. Mereka mahu supaya kisah kehinaan  dan keburukan mereka semasa peristiwa 13 Mei itu dipendamkan kerana mereka bimbang kehinaan dan keburukan mereka dimasa lalu akan mempengaruhi golongan anak muda mnelayu yang menjadi pemuja mereka akan meninggalkan mereka. Mereka bimbang sokongan ini akan semakin dawas ataupun semakin luntur lantaran kebiadapan dan kehinaan serta keburukan mereka semasa peristiwa 13 Mei itu begitu menguris hati dan perasaan ibu, bapa, datuk nenek kebanyakkan para penyokong mereka.

Namun demikian, jika sekiranya filem ini adalah sebuah filem cereka yang hanya bersandarkan kepada nama besar Tun Razak dan Tun Dr. Ismail sebagai hadiah kepada DS Najib ataupun dalam bahasa pasarnya sebagai tujuan membodek PM, aku fikir baik ianya dihentikan tayangannya kerana sebagai sebuah filem cereka, sudah tentu ada ada adengan-adengan yang sengaja ditokok tambah dan disengajakan bagi menyedapkan jalan cerita. Tidak sepatutnya sesebuah filem cereka itu mengambil watak dan nama orang yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia sedangkan batang tubuh ataupun warisnya tidak bersetuju dan menentang apatah lagi jika sekiranya perkara yang dipetik atau dimasukkan ke dalam adegan itu adalah perkara negative.

Itu sahaja komen aku berkenaan Tanda Putera. Pada pendapat aku, dalam bentuk apa sekalipun filem ataupun drama atau dokumentari yang hendak difilemkan, jika melibatkan individu yang masih hidup ataupun waris yang telah meninggal dunia jika sekiranya perkara yang hendak difilemkan itu  tidak dipersetujui oleh yang masih hidup atau warisnya, maka ianya hendaklah dihentikan. kerana aku fikir adalah tidak bagus jika kita hendak meraih keuntungan di atas kesengsaraan orang lain atau pihak lain.

Ianya berbeza, jika sekiranya filem itu berbentuk dokumentari bagi tujuan pelajaran dan pengajaran kerana ianya bukan bertujuan untuk meraih keuntungan tetapi sebagai tatapan sejarah ataupun pembelajaran kepada rakyat. Ianya wajar difilemkan. Jadi untuk itu, jika sekiranya benar filem Tanda Putera itu adalah filem sejarah, maka aku cadangkan supaya pihak kerajaan membeli filem berkenaan dan ditukar taraf kepada dokumentari danditayangkan kepada rakyat supaya rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku semasa 13 Mei yang lalu.

No comments: