SAHABAT BLOG

19 April 2011

KENAPA MELAYU MARAH PADA CINA

Nampaknya selepas sahaja selesai PRN Sarawak, telah timbul satu petanda atau petunjuk mudah kepada pemimpin melayu berkenaan sokongan dan juga kiblat orang-orang Cina. Petunjuk mudah ini boleh difahami oleh semua orang yang rajin mengikuti perkembangan politik semasa tanahair.  Harap-harap para pemimpin kita boleh membaca petunjuk yang sangat mudah ini. Kalau masih tidak berubah, bermakna mereka pura-pura tidak membaca petunjuk mudah ini. 


Orang melayu marah kepada Cina  bukan pasal dia berbangsa Cina,


Orang Melayu marah pada Lim Guang Eng dan Lim Kit Siang bukan pasal nama dorang Lim Guang Eng atau Lim Kit Siang,


Orang Melayu marah kepada Cina, Lim Guang Eng atau Lim Kit Siang pasal mereka semua sokong DAP dan orang kuat DAP,


Orang melayu marah pada DAP bukan pasal nama dia DAP,


Orang Melayu marah pada DAP kerana dasar perjuangan DAP itu adalah satu dasar jangka panjang yang bakal menguntungkan kaum Cina. Kenapa aku cakap bakal menguntungkan orang Cina kerana DAP matlamat perjuangan DAP adalah untuk memberi peluang yang sama rata kepada rakyat malaysia tanpa mengambilkira samada kamu bumiputera melayu ataupun bangladesh. Asalkan kamu boleh mengatasi yang lain, maka peluang itu akan datang dan dimiliki oleh kamu. 


Orang melayu bukan dengki dan sekat peluang orang Cina nak kumpul harta atau membina empayar. Orang melayu tidak mahu semua peluang ekonomi yang ada dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang Cina tanpa ada kawalan daripada pihak kerajaan dan juga tanpa menghormati hak-hak bumiputera melayu.


Aku tak mahu tulis banyak-banyak kerana nak bagi peluang kepada pembaca untuk membaca satu artikel rakan bloger yang aku copy bulat-bulat dari blog beliau. Dulu aku jarang mengopy dan mengepaste, tetapi jika ada artikel-artikel yang menarik untuk dikongsi dengan pembaca blog ini, maka aku buatlah kerja-kerja mudah ni.  Namun demikian, aku bagitau juga tuan punya blog. Kalau nak baca yang asal, boleh layari blog http://blogenstarz.blogspot.com/. Banyak lagi artikel menarik dalam blog beliau yang boleh dibaca.




ANDA ORANG MELAYU - SAMPAI BILA ANDA BOLEH BERTAHAN DENGAN SIKAP CHAUVINIST CINA 1




Kaum Cina diMalaysia adalah satu kaum yang kedua terbesar setelah Kaum Bumiputera.Kaum bimiputera pun bukan satu kaum yang terbesar jika tidak dimasukkan berbagai sukukaum yang identitinya bukan benar2 tulin MELAYU !

Kalau kaum2 yang diserapkan menjadi bumiputera mendapat ilham mahu menjadi sebahagian daripada kaum CINA - Apa akan terjadi kepada Kaum Melayu......... bayangkanlah !

Kegusaran orang Melayu yang mulai sedar permainan licik tetapi merbahaya oleh DAP, semakin ketara. Biarpun para penjilat DAP cuba menutup masalah parti CHAUVINIST itu dengan mengatakan yang gusar dan takut tentang DAP adalah para penyokong, pemimpin mahupun orang UMNO, hakikatnya lebih ramai Melayu di atas pagar turut menzahirkan kegusaran tentang KEJAYAAN DAP dalam melaksanakan impian mereka untuk mengkucar-kacirkan negara ini atau lebih tepat lagi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah lagi Singapura yang sangat tebal KIASUnya.



Ternyata segala macam tindakan Najib Abdul Razak dalam usaha menarik simpati dan sokongan masyarakat bukan Melayu menerusi pelbagai jenis bantuan dan huluran gula-gula, bukan sahaja membuatkan Bumiputera-Melayu yang menjadi teras sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional memprotes, bahkan tindakan Najib itu diperbodoh-bodohkan oleh masyarakat yang Najib cuba ambil hati.



Maka selepas keputusan PRN Sarawak, timbullah pertanyaan sama ada Najib dan UMNO khususnya akan meneruskan perangai memberi gula-gula seperti sekarang, atau pun mula memikirkan kaedah lain yang lebih baik, terutama sekali seperti yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang yang mengenepikan kawasan-kawasan DAP kalah.



Bagaimana pula dengan peruntukan yang diberikan dan diuar-uarkan oleh Najib Abdul Razak kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan? Adakah peruntukan dan bantuan yang jumlahnya jauh lebih besar berbanding peruntukan untuk SAR dan sekolah agama akan diteruskan?



Layanan yang diberikan kepada masyarakat bukan Melayu-Bumiputera sebelum ini jelas mengecewakan orang Melayu-Bumiputera yang begitu kuat menyokong UMNO-BN. Protes senyap telah pun berlaku dan seandainya Najib tidak mengatasi serta menangani masalah ini, satu lagi katastropi akan berlaku. Dan ianya bukan sahaja akan membabitkan UMNO dan Barisan Nasional, bahkan Najib dan keseluruhan masyarakat Malaysia.



Sampai bila Najib akan meneruskan dasar memujuk Melayu-Bumiputera dengan cakap-cakap muluk sedangkan pada masa yang sama, terus menghulurkan gula-gula dan pelbagai peruntukan lain untuk masyarakat yang sama sekali menolak Najib, UMNO dan Barisan Nasional? 

Kalau susah sangat hendak menguruskan kaum cina.... Buat sahaja seperti yang dipratikkan semasa Pemerintahan Presiden Sukarnao satu masa dulu. Parti GOLKAR adalah kesinambungan DAP dan PAP - dimana perjuangan GOLKAR adalah menjurus kepada Pembelaan kaum CINA di Indonesia !

No comments: