SAHABAT BLOG

21 April 2011

PERKASA: 'Cina balas susu dengan tuba" - apa kata segelintir melayu.


Malam ni, aku nak sambung pasal isu DAP dan Undi Cina. Aku bukan nak fokus kepada artikel PERKASA seperti di bawah ini, tetapi nak copy beberapa komen yang menarik danntidak menarik yang ditulis oleh kebanyakkan oleh orang melayu berhubung artikel di bawah ini. Artikel ini di copy daripada malaysia kini. Apakah strategi malaysiakini siarkan artikel ini? Kalau tanya anak aku yang darjah 4, pasti dia akan kata artikel ini ditulis dengan panjang lebar supaya ianya menarik perhatian para pengomen melayu yang pro-pembankang untuk mengutuk PERKASA dan membela DAP dan orang Cina. Itu anak aku punya jawapan. Akupun nak buktikan jawapan dia itu betul atau tidak. Akupun copylah beberapa komen dari pembaca Malaysiakini yang mengulas pasal artikel di bawah ini.

Komen pertama, aku tak sebut nama.

Racist sungguh! abeh tu bile Melayu Sokong UMNO lepas nie Kaum Cina pun boleh persoalkan laa.. Kenapa Melayu Racist? sbb undi kaum sendiri.. Sah Sah kalau Cina Undi MCA or SUPP pun Racist gak! Sentimen Politik perkauman yg tak abis-abis nak mengapi-apikan masyarakat...

Dah kalah tu.. sudah-sudah la... terima jer kenyataan.. DAP Menang pun bukan semua cina yg undi DAP! orang yg tak suke BN bukan orang CINA jer... kalau kerusi DAP tu bagi kat PKR pun.. PKR boleh menang..... now Politik 2 Parti.. Kerajaan - Pembangkang.. Buktinya SNAP bungkus.....

Jgn bodoh sgt buat kesimpulan...

Komen ke 2

Inilah masalahnya bila perjuangan berteraskan perkauman dan bangsa. ini akan menimbukan ketegangan antara kaum. tak serikkah apa yang berlaku dlm lipatan sejarah. adakah kerana org cina tidak memilih BN maka kita menghukum mereka begitu.Sepatutnya BN kn buat post mortem sebab knp cina tak pilih BN. Adakah kerana mereka rasis? Dan perlu diingat adakah bila Pembangkang menang maka kuasa orang melayu HILANG. ISH BETAPA BODOHNYA PEMIKIRAN BGEGINI! SEDARKAH KITA SELAM INI KENAPA KITA ORG MELAYU KETINGGALAN? SIAPA YG MEMERINTAH MALAYTSIA? DAP KE? PAS KE? SEDARLAH ORG MELAYU! KALAU KITA BERSATU MEMILIH CALON2 MELAYU DR PAS DAN PR KITA AKAN LIHAT KUASA MELAYU DAN ISLAM AKAN LEBIH KUAT LAGI!


Komen Ke 3

Melampau! statement untuk tarik undi melayu.. jgn harap undi melayu atas pagar akan undi UMNO dan BN! parti racist! semua kaum bumiputera, melayu, india, cina TOLAK parti racist UMNO BN!

Komen seterusnya dan terakhir aku nak copy. Komen yang lain banyak lagi, bolehlah baca sendiri.

betul2 racist dan bniat jahat utk mgugat keamanan n keharmonian yg telah lama dinikmati oleh semua kaum di sarawak.......untuk pengetahuan perkasa bukan bangsa cina sahaja yang mengundi DAP malah pelbagai bangsa lain yg terdapat di kawasan bandar juga mengundi utk menumbangkan BN kerna tidak suka dgn pentadbiran n CM nya...dlm ceramah DAP spanjang kempen pun pemimpin2 mereka tidak myentuh langsung ttg hak2 kaum lain yg tinggal di Malaysia yg telah termaktub dlm parlembagaan....sarawak bukan seperti di semenanjung yg mpunyai pelbagai suku bangsa spt melayu, melanau, iban, bidayuh, cina, kenyah, kayan, penan, org ulu, kelabit n sebagainya....
skiranya org dayak d sarawak racist sperti pertubuhasn PERKASA maka org dayak sudah lama mberontak utk merebut kuasa sbagai CM n memrintah sarawak sebab golongan dayak merupakan majoriti dan k


Seronok baca komen dalam malaysiakini ni. Namun demikian kena banyak bersabar bila membaca komen-komen yang diluahkan. Boleh dikatakan 99.9 % para pengomen orang melayu dan bumiputera.

He he he he, macam batu apilah pulak aku ni. Tak ada le macam itu, aku cuma nak bagi tahu 
bahawa, orang Melayu kita sekarang ini berada di dalam keadaan yang cukup selesa. Bila dah selesa, mereka malas nak memikirkan perkara-perkara yang susah ataupun malas nak memikirkan nasib mereka pada masa depan. Yang lebih malang lagi, apabila mereka semakin lupa sejarah kesengsaraan nenek moyang mereka membebas dan membangunkan negara ini. Bagaimana susahnya para pejuang zaman dahulu yang berjuang menentang penjajah bangsa pendatang iaitu British dan Jepun. Mereka merasakan bahawa keselesaan yang dikecapi sekarang ini akan berkekalan. 

Yang paling malang sekali bimana melayu-melayu selesa ini beranggapan bahawa cara orang Cina  berfikir sepertimana mereka berfikir. Cara orang Cina memandang masa depan, sama sepertimana mereka memandang masa depan. Inilah yang paling malang, kesian sungguh.


Banyak lagilah komen-komen yang  boleh di baca di http://www.malaysiakini.com/news/162019



PERKASA: 'Cina balas susu dengan tuba

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

NONESelain itu, ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari dalam satu kenyataan berkata kerajaan juga wajib memulangkan kembali hak dan peruntukan keistimewaan bumiputera mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia.

“Sejak PERKASA dilancarkan di Sarawak, ia tidak pernah mempersoalkan sebarang tuntutan kaum Cina demi menghormati Gagasan 1Malaysia dan demi keharmonian negeri Sarawak dengan memberi pengorbanan dan toleransi yang amat tinggi dalam hal ini.

“Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina,” katanya.

utusan malaysia and umnoKenyataannya itu adalah yang terbaru berikutan rentetan beberapa siri artikel yang diterbitkan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bermula Ahad lalu dalam ruang kolum oleh 'Awang Selamat' supaya mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya,

'Awang Selamat' - nama sama yang digunakan oleh para editorUtusan berkata sentimen anti BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan bahawa masyarakat berkenaan bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka di bidang ekonomi tetapi juga mahu menjadi dominan dalam bidang politik.

NONEHari ini, timbalan ketua pengarangUtusan, Datuk Zaini Hassan (kiri) mencabar Umno untuk melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini pada kadar segera, Gagasan itu bagi menangkis apa yang dakwa Zaini sebagai agenda DAP untuk memastikan pengundi Cina meramaps kuasa politik daripada orang Melayu.

Menyokong tuntutan Utusan itu, Abang Abdul Nasser berkata tindakan masyarakat Cina yang mengundi DAP seperti yang terlihat pada keputusan pilihan raya Sarawak ke-10 yang lalu “diibaratkan seperti membela buaya yang dalam kekenyangan pun akan menggigit tuannnya”.

Selain itu, tuntutan lain PERKASA Sarawak adalah seperti berikut:
  • Kerajaan BN Pusat dan negeri hendaklah mengkhaskan satu dasar khusus untuk Bumiputera Sarawak dan Sabah sebagai satu “tindakan afirmatif” yang lebih berkesan menggantikan “Dasar Ekonomi Baru” supaya segera dapat meningkatkan Ekonomi Bumiputera dengan perlu dipantau oleh Kesatuan-Kesatuan Bumiputera.
  • Memastikan kaum Bumiputera yang bukan beragama Islam menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.
  • Menuntut supaya semua rakyat pribumi perlu menikmati kemudahan asas seperti api, air dan klinik.
  • Menuntut biasiswa automatik kepada anak-anak Bumiputera di Sarawak dan Sabah yang mencapai kelulusan minimum untuk memasuki kolej dan universiti.
  • Memberi kelonggaran khusus kepada kaum bumiputera untuk memasuki IPTA dalam semua jurusan kritikal.
  • Mempastikan pengagihan projek dan kontrak kepada kontraktor dan syarikat bumiputera dilakukan dengan telus dan berkesan dengan membenarkan kesatuan-kesatuan memantaunya.
NONE“PERKASA mengucapkan syabas dan tahniah kepada pribumi Sarawak dan kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan barisan wakil rakyatnya yang telah memenangi DUN masing-masing dengan cemerlangnya.

“BN harus kekalkan simpanan tetapnya (Fixed Deposit) di Sarawak yang tidak boleh sesiapa lagi menggangu gugat atau mempertikaikannya,” katanya.

No comments: