SAHABAT BLOG

21 April 2011

Video seks - Sepandai-pandai Tupai Melooooooompeat,- Bertobat lah sebelum terlambat.

Hari ini bumi maya bergegar kembali dengan Isu Video Seks. Pihak polis didakwa telah mengenalpasti pelakon perempuan di dalam Video berkenaan. Pelakon wanita yang sudahpun dirakam percakapannya oleh pihak polis ialah seorang warganegara cina yang datang ke sini untuk menuntut ilmu di sebuah kolej swasta. Siang-siang menuntut ilmu, malam-malam mempraktik ilmu. Di samping itu juga pihak polis sudah mengenalpasti tempat video berkenaan dirakamkan iaitu di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Ukur cepat, berapa masa diambil untuk ke sana?

Pihak polis sudah pergi ke tempat berkenaan untuk melakukan siasatan.  Maknanya bukan di hotel sebagaimana sangkaan awal.  Adakah ada apa-apa password untuk masuk ke dalam kawasan kondiminium tersebut? Menarik juga persoalan ini. Di samping itu juga, dilaporkan bahawa pakar luar negara dikatakan Korea selatan telah mengenalpasti lelaki yang berada di dalam Video .....hampir sampai ke klimaks dah ni..

Masalahnya kini, seksyen mana nak digunakan untuk mendakwa pelakon di dalam video berkenaan. Pelakon cina itu mungkin boleh didakwa di bawah kesalahan menyalahguna pas pelajar untuk kegiatan melacur. Kalau dia mengaku bersalah, dia hanya perlu membayar denda sahaja dan tidak perlu dibicarakan. Masih belum boleh mendedahkan siapa pelakon lelaki berkenaan. Pihak polis dan mahkamah masih menunggu kot-kot ada pihak membuat saman malu terhadap Datuk T. Dipercayai jika saman malu dibuat, maka pembuktian di mahkamah memerlukan pihak hakim menonton pemain video berkenaan. Cara ini boleh mendedahkan siapa pelakon seks berkenaan. Namun malangnya tiada pihak yang menyaman Datuk T.  

Setelah penat menunggu, maka polis tidak ada cara lain selain mendakwa Datuk T kerana mengedar bahan lucah dengan harapan apabila dituduh di mahkamah, pihak Datuk T tidak akan mengaku bersalah dan pohon dibicarakan. Ini sahaja jalan dan cara bagi pihak polis untuk mendedahkan kepada umum siapa pelakon lelaki berkenaan. Pihak polis boleh sahaja mendedahkan siapa pelakon lelaki berkenaan kerana mereka mengetahuinya, tetapi tidak ada sebab bagi mereka dari segi undang-undang untuk mendedahkan pelakon tersebut. Mungkin juga, jika polis mendedahkan siapa pelakon tersebut, mereka akan disaman oleh pihak pelakon berkenaan kerana mengaibkan dan menjejaskan kredebiliti . Lebih berbaloi saman Polis dan kerajaan daripada menyaman Datuk T yang belum tentu ada duit. 

Senario inilah yang menjadi asbab kepada pihak pelakon lelaki untuk tidak mengaku perbuatannya kerana dia tahu bahawa pihak polis tidak boleh buat apa-apa kepada beliau dari segi undang-undang kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah. Pelakon tersebut beranggapan bahawa nama beliau tidak akan didedahkan oleh pihak polis dan juga mahkamah kerana tidak ada sebab untuk mereka berbuat demikian. Hebat memang hebat dan aku percaya pelakon lelaki itu sudah tentu memperolehi nasihat guaman dari seorang atau sekumpulan peguam yang hebat dan berpengalaman. namun sepandai-pandai tupai melompat , akhirnya jatuh ke tanah juga. Tunggu je masa dan ketikanya. Ingat bahawa itu Allah maha berkuasa. Oleh itu bertaubatlah sebelum terlambat dan mohon ampun semoga Video itu tidak ditayangkan oleh Allah di akhirat kelak.




No comments: