SAHABAT BLOG

27 August 2013

Calon Paling Layak Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO adalah ....... baca artkel ini.

Adus....dah dua malam apartment aku,takde air. Masalahnya, daripada 7 blog, hanya blog aku,je ada masalah air. Bukan sekali dua, tetapi banyak kali dah. Bila takde air masalah betullah. Nak berak kencing paling menyusahkan. Untuk wudud tu, memang ada simpanan khas. Belum lagi cerita pasal cuci pakaian, pinggan mangkuk, bab mandi pulak, kalau yang sunat tu takle jadi masalah besar, mandi P.Ramlee pun memadai, tetapi bila dah wajib mandi memang masalah besar. Jadi kena tangguh dululah aktiviti mandi wajib buat sementara waktu.

Malam ni dengar citenye ada meeting dengan JMB, nak cari penyelesaian. Tak taulah ramai mana yang akan hadir. Aku sendiri masih di kedai makan, bawa anak-anak makan. Isteri aku, kalau takde air, dia memang takkan,masak punya. Katanya lebih baik makan kat luar je. Aku bukannya suka sangat makan kat luar ni.

Baiklah, kite tinggal isu air kawasan aparment aku tu. Aku nak ulas sedikit asal parti keramat UMNO dan juga kerajaan yang memerintah. Aku nak sentuh pasal wanita UMNO dan ketua kaum pompuan di negara kita ni. Bukan aku nak sentuh pasal Datuk Sahrizat, tetapi berkenaan isteri seorang pemimpin BN. Namanya tidak payahlah aku sebutkan. Korang baca dan tekalah sendiri.

Apa yang aku nak cakapkan ialah kehebatan yang beliau ada dan bukanya nak mengutuk beliau atau mengata beliau. Apa yang aku perasan sehingga terpanggil untuk menulis artikel ini, walaupun beliau ini tidak ada apa-apa jawatan di dalam kabinet ataupun kerajaan, tetapi beliau ini aku dapati telah diangkat sebagai pemimpin wanita nombor satu negara. Jika ada sahaja majlis yang melibatkan wanita, maka nama beliau dahulu yang akan diingati samada sebagai perasmi ataupun jemputan utama.  Dalam erti kata lain, peranan yang beliau mainkan ini telah menenggelamkan Menteri wanita dan ketua wanita UMNO itu sendiri. Aku pun tak paham kenapa jadi macam ni.

Sebenarnya aku bukanlah nak kata bahawa peranan yang beliau ini tidak bagus atau tidak elok walaupun disebabkan peranan besar yang beliau mainkan itu telah menyebabkan ketua wanita UMNO seolah-olah diketepikan dan tidak ada peranan dalam membantu kerajaan ataupun kata mudahnya, kalau tak ada ketua wanita UMNO pun takpe kerana isteri pemimpin ini boleh memainkan peranan sebagai ketua wanita. Begitu juga dengan menteri wanita. Kalau takde menteri wanita pun takpe kerana isteri pemimpin ini sebenarnya telah memainkan peranan berkenaan.

Kesimpulan ataupun point utama yang aku nak sebutkan disini ialah, aku amat bersetuju sangat jika sekiranya isteri pemimpin ini bertanding sebagai ketua wanita UMNO dan aku percaya dengan kedudukan beliau sekarang ini, tidak ada halangan untuk beliau menang. Lagipun beliau berkebolehan dan berpengaruh. Aku percaya jika beliau berjaya memenangi jawatan Ketua Wanita UMNO, kedudukan wanita dan peranan wanita pasti akan lebih berkesan lagi untuk membantu parti dan kerajaan. Jika beliau berjaya menjadi ketua Wanita UMNO, maka lantiklah beliau menjadi senator dan seterusnya menteri wanita. Jika hal demikian, barulah segala aktiviti-aktiviti yang beliau lakukan mendapat pengiktirafan daripada rakyat.

Dari hal suami beliau yang menjadi pemimpin utama, bukanlah sebab bagi beliau dinafikan hak untuk menjawat jawatan di dalam kabinet. Sedangkan pemimpin pembangkang pun melalui proses yang sama. Lihat contoh parti PKR yang sedikit sahaja lagi dilihat seperti parti milik keluarga Anwar Ibrahim.

Aku hanya meluahkan sahaja dan lagi satu jika dibandingkan dengan isteri-isteri pemimpin terdahulu, mereka jarang sangat menonjolkan peranan mereka di dalam mengetuai wanita negara. Namun demikian, isteri pemimpin yang sorang ni nampaknya cuba mencipta kelainan. Beliau nampaknya tidak hanya mahu dilihat sebagai penaung sesuatu pertubuhan sahaja, tetapi mahu supaya suara beliau lebih didengari dan beliau juga mahukan kaum wanita memberi pengiktirafan kepada beliau sebagai isteri pemimpin utama negara dan beliau juga mengharapkan beliau diberikan peranan lebih besar untuk membantu kerajaan.

Walaupun aku bukan ahli UMNO, aku menyokongpenuh jika sekiranya bisteri pemimpin ini menjadi ketua UMNO dan menteri wanita. Jika dilantik kejawatan berkenaan, jika sekiranya kau terpandang  gambar beliau lebih besar berbanding wanita-wanita lain di dalam mana-mana majlis berkaitan wanita, aku tidak akan konfius siapa sebenarnya ketua wanita bagi negara kita ini.

Isteri pemimpin yang aku maksudkan bukannya sesiapa yang korang semua bayangkan.....he he he he.

No comments: