SAHABAT BLOG

24 August 2013

Daripada 100 orang anggota kumpulan geng, 71 daripadanya adalah India.

Bukit Aman: 71% anggota geng adalah kaum India

Pengarah Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata rekod polis mengenai anggota kumpulan geng yang dikenali mendedahkan bahawa 71 peratus daripadanya adalah kaum India.

Hari ini di Forum Pencegahan Jenayah, Hadi berkata senarai polis mengenai anggota kumpulan geng yang dikenali sehingga 30 Julai menunjukkan 71 peratus adalah kaum India, 23 peratus Cina dan hanya bawah lima peratus Melayu.

Dalam pembentangannya, beliau berkata kumpulan India telah menggunakan selatan Thailand.

Putrarahman: Kalau rujuk kepada berita di atas aku tertanya-tanya juga kenapa begitu ramai jumlah India yang terlibat dengan kumpulan geng-geng ni. Ini tidak lain dan tidak bukan punca utamanya ialah HINDRAF. HINDRAF telah membentuk satu pemikiran dikalangan anak muda India bahawa kaum mereka adalah kaum yang paling tertindas. HINDRAF juga telah berjaya melahirkan anak-anak muda India yang agresif dan berani menzahirkan perasaan tidak puas hati mereka. Apabila HINDRAF semakin tenggelam, anak-anak muda India ini akhirnya membentuk kumpulan-kumpulan kecil yangmana akhirnya membentuk geng-geng.


No comments: