SAHABAT BLOG

20 February 2013

DAP bertanding hanya 50 buah kerusi Parlimen - Haji Hadi

DAP adalah sebuah Parti berbilang kaum. Maksudnya sesiapa sahaja orang melayu dari parti DAP boleh dilantik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri. Mungkin selepas PRU 13 ini, perkara ini tidak akan berlaku, tetapi tidak mustahil ianya boleh berlaku. 

Isunya, walaupun tidak menjadi Perdana Menteri, adakah perlembagaan menghalang DAP untuk memastikan Perdana Menteri yang dilantik akan mengikut telunjuk mereka dan mendengar cakap-cakap mereka. Rasanya sesiapa sahaja dalam Malaysia ini boleh mengarahkan Perdana Menteri bertindak sebagaimana mereka kehendaki. Terutama jika sekiranya Perdana Menteri itu dilantik atas sokongan kuat mereka yang bukan dari kumpulannya.

Perkara ini rasanya tidak akan berlaku jika sekiranya Perdana Menteri itu menerima sokongan kuat kumpulannya sendiri. 

KUALA TERENGGANU – Pas berkeyakinan penuh rakan sekutunya, DAP tidak akan menerajui tampuk pemerintahan negara sekalipun parti itu menang kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyifatkan dakwaan bahawa DAP akan menguasai pentadbiran kerajaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada pilihan raya kali ini, hanyalah propaganda untuk menakutkan rakyat khususnya kaum Melayu.

Secara umumnya beliau dilihat seolah-olah menggambarkan bilangan kerusi yang diperuntukkan kepada DAP juga jelas menunjukkan parti itu belum berkelayakan untuk mendominasi kerajaan PR kelak.

“(Rakyat) ditakut-takutkan sekiranya Barisan Nasioal (BN) kalah, Malaysia diambil alih oleh DAP. DAP bertanding 50 daripada 222 kerusi (Parlimen). Kalau menang habis pun tidak boleh perintah Malaysia.

“Di Terengganu, tiada satu pun kerusi DAP. Di Terengganu (majoriti) Melayu Islam. Kalau Umno kalah, Pas menang. Kalau Pas kalah, Umno menang,” katanya ketika berucap di Pulau Bahagia, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, beliau turut menegaskan kerjasama Pas-DAP berbeza sama sekali dengan gabungan parti kerajaan, iaitu Umno, MCA, MIC dan Gerakan.

Beliau menjelaskan, kerjasama Pas-DAP masih ada batasan kerana Pas tegas atas prinsip perjuangan parti dan mengehadkan batasan tertentu, tidak seperti parti pemerintah.

“Kita berjaya bincang dengan bukan Islam daripada DAP dan PKR yang sanggup bersama kita. Kita tidak jual dasar, perangai dan akhlak kita.

“Ini tidak serupa kerjasama Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan. Mereka hilang jati diri dan kuasa politik,” katanya.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga berkata, Umno gagal mentadbir negara, sambil membandingkannya dengan negara China.

Menurut Abdul Hadi, walaupun ditadbir oleh kerajaan komunis, China berjaya meletakkan republik itu setanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.


No comments: