SAHABAT BLOG

03 April 2011

62 PEGAWAI KASTAM PELAHAP, MAKAN RASUAH


Malaysia kerugian sebanyak RM108 billion akibat kegiatan rasuah yang diamalkan oleh pegawai kastam. Satu jumlah yang benar-benar tidak masuk akal. Bayangkan, berapa banyak pembangunan boleh dilakukan oleh kerajaan dengan duit sebanyak itu. Pasal itu kerajaan kekurangan pendapatan sehinggakan elaun-elaun kakitangan kerajaan terpaksa dibekukan. 

Tergamak mereka semua makan duit haram dan disebabkan perangai pelahap mereka ni, negara terpaksa menanggung kerugian. Harapkan pagar, pagar makan padi. Bayangkan jika sekiranya orang diamanahkan untuk menjaga keamanan negara juga melakukan perbuatan yang sama, maka negara kita akan bakal hancur binasa dan punah ranah. 


Siapa menteri yang bertanggungjawab. Minta jasa baik tuan dan kerjasama tuan supaya meletak jawatan serta merta. 

RM108 bilion lesap setiap tahun

PUTRAJAYA 2 April - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.

Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.

"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.

"Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.

"Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion," katanya.

Berita selanjutnya boleh baca di bawah.


Tiada Kompromi Pegawai Kastan Rasuah

KOTA BAHARU 3 April – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai kastam yang didapati terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.


PUTRAJAYA 2 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain dalam 'Operasi 3b' yang diadakan sepanjang minggu ini.





7 comments:

Anonymous said...

tuan2 nak tau hanya x berape saje dimakan olih kastam...selebihnya dibaham olih jerong2 berstatus datuk dsgnya yg.memegang jawatan pengarah2 dalam syarikat2 pengimpot/agent dlm syarikat2 tersebut.kastam sebenarnya x mau pon buat kerja2 tu tp didesak dan diberi jaminan x kan berlaku apa2 olih penyangak2 yg.bergelar datuk tersebut....contoh kastam verses Datok md said (MP)jasin ketika zaman kpk datok ab.rahman hamid

Anonymous said...

108bilion - itu yang dpt kesan. ramai lgi jerung yg berpangkat dlm kabinet pun kena siasat juga. 108bilion tu kalau dpt dimanafaatkan sepenuhnya utk rakyat kan bagus. sprm kena lah lebih telus. jgn takut nak siasat orang. jgn hanya siasat kes rasuah rm200 - rm2,000 jer. byk kes yang tak de penghujungnye.... hanya depa yg tau.

Anonymous said...

pemerintah skrg tak serius menangani rasuah hinggakan berbilion ringgit wang rakyat di nafikan. mana ketelusan, mana pergi kecekapan...dan rasanya banyak lagi fail rasuah yang depa tak berani nak bukak.... kalau takut tak yah kerja.

putrarahman said...

Terima kasih kepada yang memberi komen. Namun kalau setakat menuduh tanpa bukti tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau ada bukti, sila tampil kepada pihak SPRM dan berilah kepercayaan kepada pihak SPRM.Takkan nak tubuh SPRM sendiri kot untu menyiasat?

Anonymous said...

Cadangan. Bagi je Malaysia Duty Free. Kos akan turun tapi barang nak turun harga tu tak jamin lah. Tapi, sudah tentu tak boleh makan duit.

putrarahman said...

Tol Free pun tak mampu nak beri.

Anonymous said...

blogger x thu cite jgn pndai2 wat entry ni....cube keje kastam,tngk sedara hebat ke x....kita boleh ckp ,tlis mcm2...dlm paper semua auta je...nk sdap laku kan paper die,....