SAHABAT BLOG

02 April 2011

SIAPA PENZINA LELAKI DALAM VIDEO SEKS

Pihak polis dah sahkan bahawa Video Seks yang dikatakan melibatkan seorang lelaki dan model  cina adalah tulen. Pengesahan ini menyelesaikan satu perkara. Sekarang ini soal siapakah penzina lelaki dan penzina wanita itu? Pihak polis kata, mereka tidak boleh memanggil pemimpin pembangkang yang dikatakan mukanya serupa dengan penzina lelaki dalam Video berkenaan, kerana tidak ada sebab untuk berbuat demikian.

Yang masih menjadi tanda tanya dalam benak aku ialah kenapa Anwar Ibrahim tidak mengambil tindakan saman malu kepada Datuk T, jika benar beliau beliau telah difitnah. Bukankah sebelum ini,, beliau akan menyaman sesiapa sahaja yang memfitnah beliau termasuk Tun Mahathir Mohamad. Karpal Singh tidak pula menasihatkan Anwar untuk menyaman malu Datuk T, dan memohon perintah junksi daripada mahkamah untuk menghalang Datuk T daripada bercakap pasal Video tersebut.

Sehubungan itu, aku cadangkan kepada para penyokong PKR supaya menasihati Anwar Ibrahim untuk menyaman malu Datuk T .  Hanya dengan cara saman malu ini sahaja, pihak polis boleh mendedahkan hasil siasatan mereka dimahkamah termasuk siapa penzina lelaki dan penzina wanita tersebut. 

Aku menulis ini bukan kerana tidak suka kepada Anwar atau menyokong puak-puak yang berniat untuk menjatuhkan beliau, tetapi aku mengharapkan dengan tulisan aku ini, sedikit sebanyak boleh menyumbang untuk memberikan keadilan kepada pihak yang tidak bersalah. 




No comments: