SAHABAT BLOG

03 November 2013

Kajian Ilham Centre - Mungkinkah BN bakal Menang Di Sungai Limau?

Di bawah ini aku sertakan satu petikan kajian yang dibuat oleh Ilham Centre. Yang tulisan merah adalah kajian di PRK Kuala Besut dan tulisan hitam ialah kajian mereka untuk PRK Sungai Limau. Nilailah sendiri kajian mereka ini. 

PRK Kuala Besut
oleh: Muhamad Hisommudin Bakar 
(Pengerusi Eksekutif ILHAM Centre)

PELUANG SEIMBANG UNTUK MENANG DI KUALA BESUT
PAS turun sebagai underdog dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut ini  selepas kalah dengan majoriti agak besar dalam PRU12 yang lalu. Penampilan  Che Long  sebagai calon PAS bagaimanapun  menjadikan pertembungan adalah sengit dan sukar diramal.  Kajian ini  yang diadakan pada 18 sehingga 21 Julai 2013 menunjukkan populariti calon PAS  jauh mendahului 71 peratus berbanding 14 peratus bagi calon BN.
Kajian ini melibatkan 546 responden yang melibatkan kesemua lapan daerah mengundi dalam  DUN Kuala Besut. Kawasan pilihanraya N.01 Kuala Besut mempunyai keuniikan tersendiri dari  segi sosio budaya yang mempengaruhi pola pengundan di sini.

PRK Sungai Limau

Harakahdaily,02 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Asas sokongan pengundi Sungai Limau kepada PAS kekal dalam peratusan antara 53-55 peratus manakala diikuti rapat oleh Umno BN sekitar 45-47 peratus. 


Ilham Centre membuat kajian lapangan bermula 28 Oktober dan berakhir pada 1 November 2013 dan berjaya menemubual secara tatap muka dengan 602 responden di kesemua 19 daerah mengundi dalam N20 Sungai Limau. 

FAKTOR CALON
PRK Kuala Besut

Dapatan kajian yang paling unik ditemui di sini ialah kekuatan calon PAS, Azlan@Endot bin  Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long. Berdasarkan maklum balas responden  yang ditemui, Che Long lebih dikenali oleh pengundi dan penduduk Kuala Besut berbanding
calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman atau nama yang cuba dipopularkan oleh jentera sebagai Abe Ku.

Peratusan responden yang memihak Che Long sebanyak 71.6 peratus jauh meninggalkan Abe Ku yang hanya mendapat 14.2 peratus. Seakan mengetahui kekuatan ini, jentera PAS dilihat menggunakan strategi mengetengahkan nama Che Long berbanding imej parti.
PRK Sungai Limau
Kekuatan calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abdul Samad lebih dikenali oleh pengundi sebelum pilihan raya kecil lagi sebanyak 50 peratus berbanding calon UMNO/BN, Dr Sohaimi Lazim sebanyak 36 peratus sahaja. Dr Sohaimi hanya dikenali selepas pengumuman calon BN dilakukan. 

Kelebihan Azam pada kaca mata pengundi ialah dipilih berdasarkan latar belakang pengajian agama (43 peratus), berasal daripada parti yang sama dengan pengundi (38 peratus) dan berasal daripada keluarga ulama Pondok Bukit Besar (17 peratus) menyumbang sokongan kepada calon ini. 

Dr Sohaimi pula kekuatanya terletak kepada sokongan asas penyokong BN (33 peratus) disebabkan beliau calon yang berada di luar senarai perkiraan pengundi sebelum ini. Selain itu beliau juga dilihat oleh pengundi mempunyai kelebihan kelulusan tinggi (16 peratus). 

Ulasan Putrarahman.
Kalau nak baca lanjut kajian ilham centre di Kuala Besut booleh baca di :SINI. Kalau nak baca kajian lanjut Ilham Centre PRK Sungai Limau baca di :SINI 
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa BN telah berjaya memenangi PRK Kuala Besut dengan majoriti yang bertambah berbanding PRU13 dahulu. Kalau  di PRK Kuala Besut, Ilham Centre memberikan 71 % kepada PAS tetapi di Sungai Limau mereka hanya memberikan 55% sahaja kepada PAS. 
Dari segi calon pula, di Kuala Besut Ilham Centre memberikan 71% untuk calon PAS dan 14% untuk calon BN. 
Di PRK Sungai Limau Ilham Cenre memberikan 50% untuk calon PAS dan 38% untuk calon BN. 
Kalau dilihat kepada kajian ini di Kuala Besut, jelas bahawa ianya jauh tersasar daripada keputusan yang sebenarnya.  Dari kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre di Sungai Limau ini dan dibandingkan dengan kajian mereka di Kuala Besut, adakah di Sungai Limau juga akan memberikan keputusan yang sebaliknya seperti Kuala Besut? Adakah BN bakal menang besar di PRK Sungai Limau? 




No comments: