SAHABAT BLOG

03 November 2013

Tahniah Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Tahniah aku ucapkan kepada pasukan Bolasepak Negeri Pahang kerana berjaya memenangi piala berprestij iaitu Piala Malaysia dengan mengalahkan juara bertahan iaitu Kelantan dengan jaringan 1-0. Aku melihat kemenangan Pahang ini cukup adil kerana secara keseluruhannya Pahang banyak menguasai permainan dan banyak kali mereka mengancam pintu gol Kelantan dengan beberapa percubaan menarik.

Ucapan tahniah juga aku ucapkan kepada pasukan Kelantan kerana berjaya menjadi naib juara. Sebenarnya bukannya sesuatu yang mudah untuk mengekalkan prestasi sebagaimana yang ditunjukkan oleh pasukan Kelantan dimana boleh dikatakan setiap tahun kebelakangan ini mereka sentiasa berada dipentas final samada piala FA mahupun piala Malaysia.

PENYERANG utama Pahang, Matias Ruben Conti meraikan kejayaannya menjaringkan gol pertama, sekali gus menjadi gol kemenangan pasukannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini. Pahang mengalahkan Kelantan 1-0. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
SHAH ALAM 3 Nov. - Penantian 21 tahun Pahang berakhir apabila berjaya muncul juara Piala Malaysia 2013 selepas mengalahkan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam malam ini. - UTUSAN ONLINE
Gol kemenangan Pahang diperolehi menerusi jaringan penyerang utama pasukan itu, Matias Conti pada minit ke-59. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131103/su_10/Piala-Malaysia-Pahang-juara-kalahkan-Kelantan-1-0#ixzz2jb6aA5xR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: