SAHABAT BLOG

21 February 2012

Muhammad Iskandar Zulkarnain

Memiliki nama yang indah dan mempunyai makna yang bagus menjadi impian setiap ibu bapa. Aku sudah berniat jika aku mempunyai anak lelaki aku akan namakan anak aku dengan nama Iskandar Zulkarnain. Alhamdulillah pada tanggal 18 Mei 2001 hari Jumaat, isteri aku melahirkan seorang anak lelaki yang sihat wal afiat di Hospital Besar Kuala  Terengganu.

Sebagaimana hajat aku, aku pun pergilah mendaftar nama anak aku di pejabat Pendaftaran Kuala Berang. Semasa aku sedang mengisi borang Pendaftaran Nama kanak-kanak yang baru lahir, isteri aku telefon dan meminta supaya aku meletakkan nama Muhammad di hadapan Iskandar Zulkarnain. Aku pun bertanyakan kepada petugas JPN adakah aku boleh meletakkan nama MOHD sebagai Muhammad, tetapi pegawai JPN tidak membenarkan dan MOHD hendaklah dieja dengan Muhammad ataupun Mohammad. Maka aku pun tulislah nama anak aku dengan bangganya Muhammad Iskandar Zulkarnain tanpa ada raga ragu-ragu lagi.

Suatu hari di tahun 2003 di Tawau sabah, aku ingin mencari nama anak aku di dalam rekod pendaftaran Klinik Swasta. Setelah puas mencari, nama Muhammad Iskandar Zulkarnain tidak dapat dicari. Setelah puas berusaha, akhirnya jumpalah dimana petugas Klinik mencatatkan nama anak aku dengan Md. Iskandar Zulkarnain dengan alasan nama anak aku terlalu panjang. 

Bermula dari situlah baru aku sedar bahawa  nama anak aku terlalu panjang. Semenjak dari itu setiap kali aku menulis nama anak aku, aku akan sentiasa ingatkan kesusahan yang bakal dihadapi oleh beliau setiap kali hendak mengisi apa-apa borang permohonan atau sebagainya. Aku pernah bertanyakan seorang kawan pegawai JPN, bolehkah nama anak aku ditukar, dia cakap di dalam kad pengenalan, aku boleh letakkan Muhammad Iskandar sahaja tanpa perlu letakkan Zulkarnain. 

Namun demikian, maklumat terakhir yang aku perolehi, pihak JPN sudah boleh meletakkan nama penuh walaupun panjang di dalam Kad pengenalan. 

Sebagai pengajaran, nama anak aku yang ke empat aku telah pendekkan ejaannya iaitu Nurul Husnina sahaja.  
Aku akan berusaha juga agar nama anak aku Muhammad Iskandar Zulkarnain itu boleh dipendekkan menjadi Muhammad Iskandar tanpa ada Zulkarnain. Cuma sekarang ini aku tidak tahu macamana hendak ubah nama tersebut kerana anak aku baru berusi 11 tahun. Kalau nama yang pelik-pelik  ataupun mmbawa maksud yang tidak baik, ada peraturan yang membolehkan nama di ubah, tetapi nama yang panjang macam tak ada pula peraturan. Mungkin aku boleh pergi ke Pejabat Agama untuk keluarkan surat mengatakan nama anak aku itu pelik kerana Iskandar Zulkarnain mana ada Muhammad di hadapannya.

Ada sesape boleh bantu aku ke?


No comments: