SAHABAT BLOG

06 September 2011

Muhammad Indera seorang Komunis

Aku cukup tersingung dan bingung apabila PAS ingin memperbetulkan kembali sejarah serangan Bukit Kepong apabila mereka cuba untuk mengangkat seorang guru agama iaitu Muhammad Indera atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dan pewira negara. Sebenarnya aku hairan dan bingung kenapa isu ini dibangkitkan kembali oleh PAS setelah peristiwa tersebut berlaku sejak sekian lama.

Aku selidik siapa dia Muhammad Indera ini. Setelah aku selidik daripada pelbagai sumber seperti   SINI   dan  SINI LAGI, maka dapat aku simpulkan bahawa Mat Indera ini merupakan seorang ahli politik muda yang begitu cergas berjuang untuk menentang British. Beliau seorang yang cerdik dan berpelajaran. Namun demikian, sayang seribu kali sayang, perjuangan beliau telah terpesong jauh apabila beliau menyertai Parti Komunis Malaya. Aku tidak fikir beliau telah terpedaya atau ditipu untuk menyertai komunis, tetapi aku percaya beliau telah direkrut dan didedahkan dengan perjuangan komunis secara details. Rakan bloger Gerakan Timur ada cerita menarik berkenaan Mat Indera seperti di bawah.

" Mat Indera akhirnya menyertai PKM pada 13 Julai 1948 dan dilantik sebagai Pegawai Am dalam Gerila Melayu Malaya, sayap Melayu PKM dan terus menjalankan aktiviti komunis dalam usaha meresapi dan menyusup dalam masyarakat orang Melayu di sekitar Muar dan Batu Pahat melalui surau dan masjid. Latar belakang sebagais eorang guru agama Mat Indera telah dieksploitasi komunis dalam usaha merekrut orang Melayu menyertai komunis dan memberi sokongan kepada perjuangan komunis yang telah banyak menzalimi orang Melayu terutama di era Bintang Tiga hingga mewujudkan kebangkitan orang Melayu melalui Perjuangan Pahlawan Parang Panjang. Akibat keganasan dan kezaliman komunis semasa Bintang Tiga terhadap orang-orang Melayu, PKM@Bintang Tiga telah dicop sebagai musuh utama orang Melayu pada waktu itu. Untuk pembacaan lanjut sila baca di SINI.

Walaupun demikian, sebagai seorang Islam, aku doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dosanya diampunkan kerana sesungguhnya sejahat mana pun Orang Islam itu,  beliau akan mendiami Syurga juga akhirnya.

No comments: