SAHABAT BLOG

05 September 2011

Sokong Komunis Malaya?...Bertaubatlah.

Komunis Malaya adalah penjahat dan penganas. Mereka telah membunuh begitu banyak nyawa kerana kononnya hendak memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajahan. Masalahnya selepas merdeka pun mereka masih berjuang menentang kerajaan. Apa makna semuanya ini?

Maknanya komunis Malaya ini adalah penjahat seperti penjahat-penjahat yang lain seperti perompak, penyamun, lanun dan sebagainya. Semua ini adalah musuh negara. Tujuan penjahat ini adalah untuk mencari keuntungan untuk diri sendiri tanpa mengira samada ianya bersalahan dengan peraturan, zalim, membunuh dan sebagainya. Mereka ini banyak mennyusahkan kerajaan dan menimbulkan keadaan huru hara di sana sini.

Kesimpulannya, sesiapa sahaja yang menganggotai Komunis Malaya adalah orang jahat selagi mereka tidak bertaubat dan mengaku kesilapan yang telah mereka lakukan. Mat Indera itu aku difahamkan telah menyertai satu kompeni komunis. Maknanya Mat Indera itu adalah orang jahat. Kalau dia ni orang jahat, kenapa pula ada yang anggap bahawa beliau adalah hero dan penjuang.

Ada yang cuba samakan perjuangan Mat Indera dengan perjuangan Tok Janggut, Abd Rahman Limbong, Dol Said, Mat Salleh dan seumpamanya. Mereka semua ini telah diiktiraf sebagai pejuang negara kerana mereka ini telah menentang British semasa penjajahan British. Mereka berjuang bukan untuk kemerdekaan tanah air, tetapi berjuang menentang kezaliman dan kebiadapan British di tempat mereka. Begitu banyak perbezaan antara perjuangan mereka dengan perjuangan Komunis Malaya. Komunis Malaya ini berjuang untuk menjadi pemerintah kerana mereka beranggapan bahawa sesiapa sahaja yang berjaya menghalau British keluar dari Tanah Melayu, maka orang atau golongan itulah yang bakal menjadi pemerintah. Mereka mengambil contoh serangan Jepun ke Tanah Melayu. Itu cita-cita Komunis Malaya iaitu untuk memerintah Tanah Melayu menjadi sebuah negara Komunis. Pada masa itu mereka tidak peduli siapa yang menjadi kaum majoriti dan kesultanan Melayu. Bagi mereka siapa yang berkuasa menghalau British, maka merekalah berkuasa. Kesultanan Melayu akan dikuburkan begitu sahaja.

Orang Melayu yang menyertai atau menyokong perjuangan Komunis Malaya pada masa itu dan masa kini, aku anggap  samada mereka ini terperdaya ataupun mereka ini memang  sanggup  hendak menjadikan Tanah Melayu ini sebuah negara Komunis yang terang-terangan menolak ajaran Islam. Mereka perlu bertaubat.

No comments: