Aku copy artikel di bawah daripada blog PISAU.NET. Apa yang boleh aku cakapkan, adalah Presiden PAS sedikit pun tidak merasakan bahawa perkataan dan perbuatan yang diucapkan oleh Mat Sabu berhubung menganggap bahawa Komunis itu adalah Hero kerana mereka melawan Polis British.
Daripada ucapan Hadi ini dapatlah aku simpulkan bahawa PAS ini adalah sebuah parti yang tidak layak untuk menikmati kemerdekaan yang sedang dinikmati sekarang ini kerana bagi mereka negara masih belum merdeka. Bagi PAS negara masih lagi dijajah, masih lagi tidak terlepas sepenuhnya dari penjajahan kerana kemerdekaan yang diperolehi dahulu tidak dperolehi secara mengangkat senjata. Kemeredekaan yang diperolehi oleh Parti Perikatan dahulu bukanlah satu kemerdekaan mutlak.
Kemerdekaan mutlak yang diingini oleh PAS adalah kemerdekaan yang diperolehi dengan peperangan, kemerdekaan yang diperolehi apabila orang melayu meghalau British seperti menghalau kerbau yang masuk ke dalam kebun. Itu yang dianggap oleh PAS sebagai merdeka, itu yang mereka inginkan. Pasal itulah, PAS telah secara diam telah menyokong pergerakan komunis. Mereka anggap bahawa komunis Malaya yang diketuai oleh Chin Peng itu sebenarnya pejuang kemerdekaan yang boleh menrealisasi kemerdekaan yang mereka impikan.
Kemerdekaan ini luas maknanya tetapi disempitkan oleh PAS. Kemerdekaan dalam konteks sebuah negara apabila sesebuah negara itu boleh ditadbir dan diketuai oleh anak bangsa sendiri. Apabila negara yang menjajah menyerahkan tampuk pemerintahan kepada anak bangsa, maka itulah kemerdekaan. Ianya tidak semestinya dengan angkat senjata seperti Indonesia, tetapi boleh juga diserah secara aman seperti Berunai. Selepas merdeka, tidak ada syarat yang menyatakan bahawa negara yang menjajah itu hilang atau lenyap seterusnya dari bumi yang dijajahnya. Namun demikian, inilah yang diinginkan oleh PAS. Alangkah sempitnya tahap pemikiran PAS. Walaupun ramai cerdikia pandai di dalam PAS, tetapi disebabkan pemimpin besar seperti HAdi dan Nik AZiz masih ada, masa pemikiran dan kreativiti pemimpin cerdik pandai PAS itu telah dijumudkan ke dalam pemikiran dan ideologi Hadi dan Nik Aziz.
Sesuatu yang mengejutkan, apabila Hadi memberikan syarahan berkenaan pembukaan Kota Mekah . Walaupun apa yang dikatakan itu benar dan tidak dinafikan, tetapi masanya teramat tidak sesuai. Sangat biadap apabila Hadi cuba untuk samakan kebiadapan dan kezaliman komunis malaya dengan serangan yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap kaum sendiri di Kota Makkah. Apa yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. itu merupakan satu syariat di dalam Islam. Sesuatu yang telah dikalamkan oleh Allah S.W.T.
Kesimpulannya, jika sekiranya PAS masih merasakan bahawa negara masih belum merdeka, maka mereka hendaklah terus berjuang untuk kemerdekaan sebagaimana yang mereka impikan. Mereka diharamkan untuk mengambil bahagian di dalam pentadbiran negara ataupun pentadbiran negeri kerana seperti menyertai pilihanraya ataupun menjadi wakil rakyat kerana semua perkara itu terhasil daripada kemerdekaan 1957 yang lalu.
MARANG, 29 Ogos: Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.
“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.
Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.
“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.
Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.-Haramkah
Read more: http://www.pisau.net/2011/09/hadi-samakan-komunis-dengan-rasullulah.html#ixzz1WfCKsnDw
No comments:
Post a Comment