SAHABAT BLOG

27 September 2009

Sumber Kesedaran Umat Melayu

Saya telah lama mengikuti tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Sila rujuk tulisan-tulisan beliau di dalam akhbar Mingguan Malaysia atapun dalam www.ridhuantee.blogspot.com yang banyak memperkatakan berkenaan penguasaan politik dan untung nasib orang melayu disebabkan tipu daya dan lakonan para pemimpin sebuah parti politik yang sejak awal penubuhannya menunjukkan sikap tidaks enang kepada keistemewaan orang melayu di bumi melayu. Saya telah memberikan pelbagai komen terhadap tulisan beliau. Saya dapati apa yang ditulis oleh beliau itu adalah apa yang sepatutnya saya sebagai orang melayu mengkaji dan menulisnya. Namun disebabkan kekurangan ilmu dan juga kemudahan, saya tak mampu untuk menukilkannya sepertimana yang ditulis oleh Dr. Ridhuan. Ribuan terima kasih kepada Dr. Ridhuan, dengan harapan masih ada anak-anak muda Melayu yang masih belum ‘terpukau’ agar masih boleh ditarik kembali kealam realiti.

Saya cukup bersyukur kerana masih ada orang walaupun bukan dari kaumku ( mengikut perlembagaan Persekutuan, Dr. Ridhuan adalah lebih Melayu berbanding sesetengah orang Melayu ) yang sanggup untuk mengkaji dan menulis perihal untung nasib penguasaan politik orang Melayu dimasa akan datang. Saya teramat percaya bahawa, antara tujuan utama Dr. Ridhuan menulis bukanlah disebabkan beliau begitu sayangkan Melayu ( jika nak dikaitkan dengan Isu Perkauman) sebagaimana sesetangah pihak beranggapan, tetapi saya percaya antara sebab utama beliau sanggup untuk mengadai nama baik beliau dengan menulis artikel-artikel sebegini adalah disebab rasa simpati beliau kepada bangsa Melayu dan sayangnya beliau kepada suasana aman yang mana perkembangan agama anutan beliau iaitu Islam berkembang pesat dan dapat disyiarkan tanpa rasa bimbang dan was-was. Pada hemat saya beliau mempunyai kebimbangan yang teramat sangat, jika kuasa politik orang melayu di Bumi bertuah Malaysia ini hilang dan terhakis ( boleh secara proksi ataupun boneka ), maka secara automatik Syiar Islam yang kita nikmati pada hari ini turut terpadam sama sekali. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa sebelum-sebelum ini beliau tidak menulis sebegini? Pada saya beliau tidak menulis sebegini disebabkan beliau dan juga kebanyakkan orang Melayu yang lain juga, berasa begitu selesa dan aman dengan keadaan dan suasana di bawah kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu ( UMNO). Namun bilamana senario politik sekarang ini memungkinkan pelbagai perkara boleh berlaku, kebimbangan mula berputik dalam diri Dr. Ridhuan kerana beliau telah membuat kajian ilmiah dan melalui kajian dan ilmu yang beliau miliki, meramalkan nasib keadaan yang dinikmati sekarang ini bakal berakhir. Oleh itu, beliau merasakan masih belum terlambat untuk beliau bangkit bagi memperkatakan perkara-perkara sebegini.

Dr. Ridhuan bukanlah orang kebanyakkan seperti saya dan mungkin juga seperti pembaca lain yang menulis berdasarkan pembacaan dan juga apa yang didengar daripada pemimpin-pemimpin tertentu, namun beliau membuat kajian-kajian ilmiah dan juga penyelidikan-penyelidikan rapi. Hasil kajian yang dilakukannya adalah apa yang ditulisnya, cuma secara kebetulan sahaja hasil kajian beliau itu kebanyakkannya bersamaan atau selari dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO selama ini. Oleh itu amat waras sekali bagi mereka yang selalu tidak bersetuju dengan sesuatu yang diperjuangkan oleh UMNO selama ini supaya membuat penilaian semula.

Mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa jika hendak dibandingkan PAS dan UMNO, mereka dengan bangga mengatakan bahawa PAS lebih Islam berbanding UMNO. Ini saya akui jika dilihat dari penghayatan secara luaran. Namun perlu diingat bahawa PAS sedang bekerjasama dengan sebuah parti yang terang-terang menentang Islam sehingga ada pemimpinnya yang sangup mengatakan beliau rela berkorban nyawa jika ada pihak yang hendak menegakkan hukum Allah di Malaysia. Jika PAS hidup dan berjuang secara sendiri, secara peribadi saya percaya kebimbangan DR. Ridhuan dan juga kebanyakkan yang lain tidaklah seperti sekarang ini. Dulu semasa PAS bekerjasama dengan semangat 46, kebimbangan tidaklah sepertimana sekarang ini. Namun demikian pemimpin PAS pun adalah orang politik dan mereka tahu bahawa untuk berkuasa, mereka perlu menumbangkan kerajaan UMNO terlebih dahulu dan mereka perlu bekerjasama dengan sesiapa sahaja . Sesiapa sahaja samada yang nampak ataupun yang tidak nampak.

Saya percaya bahawa sesuatu perkara itu boleh dipandang dari pelbagai sudut. Begitu juga dengan tulisan-tulisan yang ditulis oleh Dr, Ridhuan, sedangkan peraturan Islam pun masih ada yang khilaf. Namun demikian ada sesetengah pihak yang sentiasa sahaja memandang dari sudut negatif jika sesuatu perkara itu tidak selari dengan prinsip perjuangan pemimpin mereka ataupun parti mereka ( menjadi prinsip pengikut juga) . Sedangkan mereka tidak sedar bahawa pemimpin mereka itu mempunyai pandangan berpilih ataupun mempunyai pelbagai sudut pandangan, namun oleh kerana mereka adalah pemimpin, dan dek kerana takut kehilangan pengikut, maka pandangan yang tidak menguntungkan mereka haruslah tidak dikeluarkan ataupun diluahkan kepada pengikut. Inilah masalah yang dihadapi oleh golongan muda sekarang ini. Mereka begitu taksub dengan prinsip perjuangan pemimpin mereka dan juga telah ‘terpukau’ dengan sudut pandangan pemimpin mereka. Bukan semua, namun jumlahnya ramai. Dalam demokrasi, kuantiti adalah lebih penting berbanding kualiti.

Saya harap, lebih ramai cendikiawan daripada pelbagai bangsa, agar tampil untuk memberikan pandangan bebas dan tidak berpihak melalui kajian-kajian yang berkualiti untuk memperkatakan apakah yang bakal berlaku selepas PRU 13 jika ditakdirkan PR yang memerintah. Kalau dengar ahli politik yang cakap, bukannya boleh percaya sangat kerana mereka adalah ahli politik yang pada pendapat mereka mereka sahaja yang betul dan orang lain salah. Ahli politik menuntut ilmu yang sama , Cuma akidah dan prinsip perjuangan masing-masing sahaja yang membezakan antara mereka.

No comments: