SAHABAT BLOG

15 September 2009

MAMPUKAH PR MEMERINTAH NEGARA?

Sekarang ini ramai pemerhati politik yang memandang bahawa era kemasyhuran BN mungkin bakal berakhir dalam PRU 13 nanti. Rakyat pula sudah ramai yang mula mencongak apakah yang bakal berlaku selepas PRU 13 nanti, bahkan sudah ada di antara penganalisis politik yang memberikan ulasan dan pendapat masing-masing seperti contoh DR Chandra Muzafar yang telah menulis di dalam Mingguan Malaysia bertarikh 13 Sept 2009,. Beliau menyentuh mengenai kebimbangan beliau kepada Pakatan Rakyat jika ditakdirkan memerintah selepas PRU 13 nanti. Beliau bimbang jika ditakdirkan PR memerintah, mereka tidak dapat mengawal ataupun mengatasi hubungan kaum yang semakin rapuh sekarang ini. Aku turut bersetuju dengan pandangan dan pendapat yang dikemukakan oleh Dr Chandra Muzaffar ini.

Saya harapkan lebih ramai pemerhati poltitik bebas seperti Dr. Agus Yusof yang pada pendapat aku boleh menghuraikan apakah yang bakal berlaku selepas PRU 13. Mungkin bagi sesetengah pihak, mereka merasakan bahawa perkara yan aku utarakan ini barangkali terlalu awal untuk diperkatakan dan didebatkan, namun bagi aku sesuatu yang penting itu sebenarnya tidak boleh memilih masa untuk dibicarakan. Masa yang sesuai ialah pada masa ianya dibicarakan. Negara kita bukan seperti Negara Jepun atau Thailand atau Filipina. Bagi Negara yang saya sebutkan itu, walau parti mana pun yang memerintah, pemimpinnya masih terdiri dari bangsa yang sama, agama yang sama, budaya yang sama dan banyak lagi yang dikongsi bersama. Oleh itu jika mereka tidak banyak perkara yang akan berubah dan diubah. Cuma mungkin dasar pemerintahan sahaja yang berlainan.

Keadaan ini berbeza sama sekali dengan Malaysia. Contohnya , di dalam parti PR walaupun boleh dikatakan majority ahlinya adalah orang Melayu, tetapi pemimpin yang berkuasa adalah bercampur-campur. Tidak ada satu bangsa pun yang betul-betul mendominan parti PR. Sehubungan itu, setiap yang ada dalam PR akan berusaha untuk membawa aspirasi bangsa, budaya, agama masing-masing supaya dilayan sama-rata dalam sistem pemerintahan Negara. Apabila ini berlaku, maka akan timbul pelbagai konflik hubungan antara kaum. Ketika inilah pelbagai pihak akan campurtangan untuk mengatasinya termasuk pihak luar yang sejak sekian lama cemburu dengan keharmonian Malaysia.

Sepertimana dikatakan oleh Dr. Chandra Muzafar, PR masih ketandusan pengalaman dalam memelihara dan mengatasi masalah-masalah yang berkaitan hubungan kaum dalam Negara kita ini. Mungkin sekarang ini mereka mengatakan bahawa mereka memahami kehendak dan juga keperluan setiap kaum, namun mereka lupa bahawa sekarang ini mereka masih belum memegang kuasa. Lihat sahaja apa yang berlaku di Kedah dan juga Selangor. Di Kedah, ADUN DAP bertindak keluar parti bilamana kerajaan PAS Kedah bertindak merobohkan pusat penyembelihan ba alif ba ya. Roboh pun bukannya tak ganti yang lain, tetapi oleh kerana menceroboh Ba Alif Ba Ya itu seolah-olah menceroboh maruah Ca Ya Nun Alif , maka ADUN tesebut bertindak sedemikian. Mujurlah tidak berlarutan isu ini dan ADUN itu kembali ke dalam Kerajaan Pakakat. Aku tak pasti apa janji DSAI kepadanya. Di Selangor pula, Isu Kepala Lembu masih belum berhasil untuk ditafsirkan apakah motif utamanya. Adakah ianya bermaksud sepertimana tersurat ataupun ada maksud tersirat yang sebagaimana dituduhkan. Sekarang ini orang Hindu geram semacam kepada orang Islam kerana setiap tahun beratus-ratus ekor lembu yang menjadi korban. Mereka tidak boleh kata apa kerana kekuatan yang dimiliki oleh UMNO dalam kerajaan BN. Apabila Isu kepala lembu ini dibangkitkan, ianya memberi gambaran kepada orang Islam bahawa orang Hindu sanggup untuk mempertahankan lembu-lembu apabila ada ruang untuk mempertahankannya. Aku fikir jika PR memerintah, mungkin korban-korban lembu tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya dan secara besar-besaran seperti sekarang kerana hendak menjaga hati orang Hindu.

Kecetekan Ilmu hubungan kaum pihak PR ini boleh mengakibatkan suatu masalah besar kepada Negara jika ditakdirkan mereka memerintah. Aku bukanlah hendak mendakwa bahawa hanya BN sahaja yang layak memerintah, tetapi kita kena ingat bahawa di dalam BN itu sendiri terdiri daripada 14 buah parti politik yang merangkumi semua kaum di Malaysia ini. Setiap masa mengikut perlembagaan masing-masing, pemilihan pemimpin diadakan. Ini sebenarnya sudah boleh dikatakan demokrasi dan inilah yang pada pendapat aku demokrasi yang paling sesuai untuk diamalkan dalam Negara berbilang kaum seperti Malaysia yang sentiasa sahaja hendak memenangkan kaum masing-masing.

Semua pihak dari sekarang ini hendaklah membincangkan secara serius pasal PRU 13 nanti. Masih belum terlambat untuk kita menentukan nasib Negara kita selepas PRU 13 nanti walaupun PRU 13 masih jauh lagi. Tidak ada ruginya jika kita membincangkan perkara ini sekarang kerana keadaannya sudah berubah berbanding 12 PRU yang telah dilalui. Jika dalam PRU sebelumnya, kita sudah boleh agak parti mana yang bakal membentuk kerajaan selepas sesuatu PRU dan kita sudah boleh agak siapakah dan apakah dasar pemerintahan yang bakal dilaksanakan, namun keadaan sekarang ini sudah memperlihatkan angin perubahan. Jika dilihat kepada perkembangan semasa, ada kemungkinan besar parti yang bakal memerintah selepasa PRU 13 bakal berubah ataupun keadaan dimana kerajaan campuran bakal dibentuk.

Kita tidak boleh ambil ringan kepada perubahan pucuk pimpinan Negara, walaupun ada satu kumpulan parti yang sering kali mendakwa, walaupun parti mana yang memerintah, perlembagaan tetap sama. Mereka lupa bahawa perlembagaan itu adalah ciptaan manusia dan bila-bila masa boleh diubah atau digantikan. Seperti di Thailand atau Iraq, mereka telah menggunakan Perlembagaan baru setelah tumbangnya kerajaan sebelumnya. Oleh itu, apa jaminan perlembagaan adalah sesuatu yang kekal. Selama ini, perlembagaan hanya melalui sedikit perubahan kecil disebabkan kita masih memilih kerajaan yang sama setiap kali PRU. Namun aku percaya, perubahan besar mampu dilakukan bilamana tidak ada satu kaum pun yang menjadi majority dalam pemerintahan Negara. Semua kaum akan mendakwa bahawa mereka ingin agar bangsa, bahasa dan budaya mereka juga hendaklah dilayan sama rata dalam perlembagaan Negara.

Gua Fikir…Lu Fikir…Dema Fikir…kita sama –sama fikir.

4 comments:

Kang nasir said...

salam slmt hari raya.

bila kita berbicara tentang kepimpinan.
pemimpin beremosi tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah.
apatah lagi pemimpin yg mencari salah utk kebenaran.

UMNO PARTI PENJARA said...

PR perlu mampu tentukan hala tuju negara untuk 50 tahun akan datang..















Reformasi Dan Transformasi – Generasi Muda Perlu Bersiap Sedia
>>> Klik Di Sini <<<

putrarahman said...

Kang, Selamat Hari Raya, bagaimana raya tahun ini, meriah seperti dahulu atau dah semakin suram.

Pemimpin perlu mempunyai emosi, namun emosinya hendaklah emosi seorang pemimpin dan bukannya emosi seorang pengikut. kalau tidak beremosi langsung, susah jugak kita kerana kita tidak mahu pemimpin yang berhati batu.

putrarahman said...

Faizal, selamat hari raya, tak sempat aku nak ke Felda mengkawang ke rumah saudara aku kat sana.

Mampu atau tidak mampu, PR memerintah, aku harap benar supaya ahli-ahli bijakpandai memberikan pandangan mereka supaya kita tidak terpedaya oleh sesuatu yang tidak pasti.